Co Working Space Dan Study Space Di Bangi
Assalamualaikum
Melangkah masuk ruangan DNA Workspace ini terus terasa wow! Cantiknya! Moden sangat dekorasinya. Tenang dan damai je.. Sedap mata memandang lah orang kata..
Sekiranya korang adalah seseorang yang selalu bekerja tidak kira tempat, masa dan sering berada di luar lebih daripada di pejabat, ruang bekerja (co-working space) iaitu DNA Workspace yang baru dibuka di Bangi ini memang sesuai sangat untuk korang. Jika korang seorang student pun boleh menikmati kemudahan ini. Ruangan untuk fokus belajar sendirian mahupun bersama rakan-rakan juga sangat sesuai untuk korang juga
Bersesuaian dengan nama dan tema yang dibawakan oleh DNA Workspace ini iaitu Discuss, Network, be Awesome, DNA menawarkan perkhidmatan wifi juga ye. So tak perlulah korang bersusah payah nak subscribe internet laju apabila berkunjung ke sini. Wifi di sini cukup laju untuk korang buat kerja atau research bahan pembelajaran korang.
Ruangan bekerja atau study space ini memang sangat selesa dan harga yang ditawarkan juga memadai untuk pekerja mahupun pelajar yang ingin menggunakan fasiliti dan kemudahan yang begitu lengkap
Mana tidaknya, selalunya pelajar dilihat berada di restoran atau kafe mahal untuk membuat kerja atau perbincangan bersama kumpulan. Tidak dinafikan, perkara itu serba sedikit turut mengganggu pelanggan yang datang ke restoran untuk menjamu selera. Kan dah bagi pandangan kurang enak kepada pelanggan lain jika korang buat study group di situ.. Betul tak
Jadi, dengan adanya ruang bekerja sebegini rupa, korang boleh membuat kerja atau melakukan perbincangan secara berkumpulan dengan lebih selesa tanpa mengganggu mana-mana pihak. Kan molek gituhhh.. <3
Di DNA ini fasiliti yang disediakan cukup lengkap seperti :-
Sebuah bilik mesyuarat disediakan yang mana ianya boleh memuatkan 5 hingga 6 orang dalam satu-satu masa. Ruangan ini disediakan untuk perbincangan, mesyuarat dan juga lain-lain yang bersesuaian.Ada ruangan yang lebih privasi di mana boleh memuatkan 4 orang dalam satu bilik tersebut. Ruangan ini untuk mereka yang lebih inginkan privasi.Pantry juga disediakan untuk korang makan-makan dan minum. Mesin kopi Arissto juga ada disediakan.Ada juga ruangan untuk membuat seminar kecil-kecilan. Best tau sebab boleh duduk santai-santai atas kerusi, sofa atau bean bag.Setiap kubikel yang disediakan lengkap dengan plug point, kerusi dan meja seperti berada di pejabat.Untuk umat Islam, jangan risau. Ruangan untuk solat juga disediakan.Tandas juga ada disediakan. So tak perlu risau nak ke tempat lain untuk mencari tandas.Bagi mereka yang memerlukan servis printing dan scanning, di sini ada juga disediakan so tak perlulah bersusah payah mencari kedai printing.
* bilik mesyuarat (meeting room) *
* ruangan santai *
* ruangan santai yang boleh dijadikan tenpat belajar atau bekerja dengan selesa *
* pantry *
Kalau korang rasa dah penat study atau kerja, korang boleh cuci mata (cuci poket sekalilah!) di Evo Mall dan PKNS yang berdekatan dengan DNA Workspace ini. Barang-barang berharga korang macam mana pulak? Takkan nak angkut ke hulu ke hilir, ye tak?
* locker *
Jangan risaulah! Kat sini ada locker juga. Korang boleh je tinggalkan barang-barang korang sementara di sini sebab ada staff yang akan jaga barang-barang korang. CCTV juga ada. Best kan? Jalan-jalan tak payah bawa beg berat-berat dengan buku-buku atau laptop korang
Membership Monthly Packages
The Efficient (Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 7 malam)
Glass BoxNormal Rate : RM 370Promo Rate : RM 340
ResidentsNormal Rate : RM 310Promo Rate : RM 280
NomadsNormal Rate : RM 230Promo Rate : RM 200
The Accomplisher (Isnin hingga Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam)
Glass BoxNormal Rate : RM 420Promo Rate : RM 390
ResidentsNormal Rate : RM 360Promo Rate : RM 330
NomadsNormal Rate : RM 280Promo Rate : RM 250
Korang tak nak pakej macam ni? Semua boleh diatur.. Hubungi pihak DNA terus. Ada yang ikut jam punya pakej.
Alamat : 8-23-03 (2nd Floor), Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Kajang, SelangorWaze : DNA WorspaceWaktu Operasi : Isnin hingga Sabtu, 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Tapi bagi mereka yang ada membership boleh berada di sini hingga 11.00 malam. Hari Ahad hanya dibuka jika ada permintaan untuk event tertutup sahaja
Facebook : DNA WorkspaceNo. Telefon : +6012 2016 541 atau +6012 228 4468
Ceritera,Sue Sopian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suesopian.com/2019/06/co-working-space-dan-study-space-di.html