Clubrock Perlis Memartabatkan Malaysia Di Persada Peta Dunia Sebagai Pelancongan Kembara
Hi Everyone,
Perlis adalah destinasi yang menarik dengan landskap yang indah dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas dan singkapan batu kapur yang unik. Tebing batu kapur, gua besar dan laluan flora yang tersedia di negeri Perlis menghasilkan persekitaran yang sempurna untuk aktiviti pelancongan. Taman negeri yang bergunung-ganang di kawasan barat menawarkan peluang pendakian gunung batu kapur yang mencabar manakala kawasan rata memperkenalkan monolit batu kapur yang menakjubkan.
Memanfaatkan keindahan alam semula jadi ini, MyEco Discovery Sdn Bhd (ahli Kumpulan MyUS) hari ini mengumumkan pra-pelancaran ClubRock Perlis. ClubRock Perlis adalah kem induk rock climbing pertama dan pusat pengembaraan eko bagi negeri tersebut. Majlis pra-pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, di KL Eco City Kuala Lumpur. ClubRock Perlis akan memulakan pameran jelajah jualan ke seluruh negara bermula di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan seterusnya di Perlis. Sehinggalah ke pembukaan secara rasminya pada Januari 2024, sejajar dengan Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025
ClubRock Perlis, yang terletak di Gua Kelam, merangkumi keluasan tanah lebih 23,000 kaki persegi. Ia mempunyai 35 bilik dan lima kem premium, yang mana setiap bilik mampu menempatkan sehingga empat orang sebilik. Dengan jumlah kapasiti 160 tetamu, ClubRock Perlis menawarkan pengalaman yang unik dan mengasyikkan di tengah-tengah ketenangan alam semula jadi
"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan ClubRock Perlis, kem induk rock climbing pertama di Malaysia dan pusat pengembaraan eko di Perlis," kata Dato' Nellsen Young, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif MyUS Group of Companies right. Kecantikan semula jadi negeri Perlis benar-benar luar biasa dan merupakan suatu khazanah buat penggemar aktiviti luar dan ClubRock Perlis berhasrat untuk meletakkan negeri ini di peta dunia bagi peminat tegar rock climbing. “Misi kami adalah untuk mewujudkan ruang untuk pendidikan, pembangunan, pertumbuhan komuniti, dan penerokaan. Kami menyeru pengunjung untuk menyelami keajaiban alam semula jadi negeri Perlis sambil menikmati kemudahan moden dan aktiviti pengembaraan yang mengujakan,” jelas Dato' Nellsen
Keseronokan Untuk Semua
Walaupun rock climbing kekal sebagai tarikan utama, ClubRock Perlis turut menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Daripada pendakian mudah yang sesuai untuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun hingga aktiviti meneroka Gua Kelam 1 yang mesra kanak-kanak dan meneroka alam semula jadi serta melihat hidupan liar. Kewujudan ClubRock Perlis bertujuan untuk memupuk rasa menghargai alam semula jadi dalam kalangan kanak-kanak dari semua peringkat umur sekaligus memastikan ia destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga bagi dalam dan luar negara
Semasa pra-pelancaran, ClubRock Perlis memperkenalkan Pakej Pengembaraan eksklusifnya iaitu penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang sebilik termasuk sarapan pagi. Para tetamu akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti mengujakan seperti penerokaan Gua Kelam 1, sesi rock climbing bersama tenaga pengajar berpengalaman dan menerokai keindahan alam semula jadi. Pakej ini juga termasuk makan malam istimewa di salah sebuah restoran ikan bakar terkenal di Kuala Perlis serta pengangkutan pergi dan balik dari stesen keretapi atau stesen bas untuk empat orang. Baucar boleh tebus ini bernilai lebih daripada RM3,000 akan diberikan semasa pembelian sepanjang jelajah ke seluruh negara. Pembeli akan menikmati diskaun bagi aktiviti dan tempat tarikan yang berada disekitar negeri Perlis
Bagi meraikan pelancaran itu, ClubRock Perlis menawarkan kod promosi istimewa "ClubRock100" yang menawarkan diskaun sebanyak RM100 daripada harga jualan asal iaitu RM499. Dengan kod promosi ini, pengunjung akan mendapat harga tawaran istimewa sebanyak RM399 bagi 4 orang sebilik untuk setiap baucar yang dibeli. Kod promosi ini juga boleh ditebus dalam laman sesawang www.clubrock.com.my sepanjang jelajah negara
Memperkasakan Komuniti Tempatan
ClubRock Perlis akan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan bagi komuniti setempat dan industri tempatan. ClubRock juga akan berfungsi sebagai pusat untuk latihan dan kursus pemantapan rock climbing yang dikenali bagi pendaki dalam dan luar negara
“Projek ini akan menawarkan peluang pekerjaan buat masyarakat setempat dalam pelbagai sektor seperti hospitaliti, perkhidmatan kulinari dan bimbingan pengembaraan. ClubRock Perlis juga komited untuk menyokong industri kecil dan serdahana dengan penghasilan produk tempatan daripada penjual makanan tempatan dan mempromosikan aktiviti tradisional negeri Perlis di kafe ClubRock,” jelas Dato’ Nellsen
Mendukung Eko-Pelancongan dan Amalan Mampan
Seiring dengan usaha mengutamakan amalan mampan, ClubRock Perlis akan menggabungkan teknologi mesra alam ke dalam operasinya untuk memelihara sumber semula jadi, mengitar semula air dan mengurangkan sisa buangan. Sistem penuaian air hujan dan mesin kompos sedang dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini. Tambahan lagi, ClubRock Perlis akan menawarkan lawatan harian yang berinformasi dan menarik yang diketuai oleh pemandu pelancong bertauliah serta berpengalaman. ClubRock Perlis menawarkan penginapan yang unik di tengah keajaiban alam semula jadi di Gua Kelam serta mempromosikan kesedaran tentang keindahanan alam semula jadi
Dalam usaha memelihara dan menerokai keajaiban alam semula jadi di kawasan ini, ClubRock Perlis mengalu-alukan usaha sama dengan Universiti dan Penyelidik yang berminat untuk mengkaji flora dan fauna negeri Perlis serta kerjasama dan pertukaran pengetahuan
“ClubRock Perlis bersedia untuk merevolusikan pelancongan di negeri Perlis dengan menawarkan pengalaman yang tidak dapat ditandingi untuk penggemar rock climbing dan pencinta alam semula jadi,” kata Dato’ Nellsen
Untuk maklumat lanjut, layari www.clubrock.com.my dan ikuti weareClubRock di laman sosial Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini mengenai pameran, jelajah negara, promosi serta pameran dalam dan luar negara
Pemilik Projek: MyUS Venture Partners Sdn BhdDiurus & Dikendalikan oleh: MyEco Discovery Sdn Bhd
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/07/clubrock-perlis-memartabatkan-malaysia.html