Clkm Ditubuhkan Calon Hina Agong Perlu Dilucutkan Kerakyatan



SHAH ALAM - Sebuah laman Facebook, Calon Lucut Kewarganegaraan Malaysia - CLKM diwujudkan dengan menyenaraikan beberapa nama rakyat Malaysia yang boleh dilucutkan kerakyatan.

Calon yang disenaraikan adalah netizen yang membuat kenyataan di media sosial khususnya bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.

Loading...
Laman Facebook itu diwujudkan Ahad lalu, selepas Sultan Muhammad V melepaskan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, Ahad lalu.

CLKM yang setakat ini mempunyai pengikut lebih 6,000 orang itu menyenaraikan beberapa pengguna Facebook yang membuat kenyataan jelek menghina Sultan Muhammad V, institusi raja dan agama Islam.

Dalam senarai yang dipaparkan, terdapat tujuh individu yang senaraikan menjadi calon supaya kerakyatan mereka digugurkan termasuklah individu digelar Eric Liew yang membuat komen jelek terhadap Sultan Muhammad V.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi Sinar Harian setuju jika tindakan keras dan tegas dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang didapati bersalah menghina institusi raja.

Katanya, senario semasa memperlihatkan betapa wujud segelintir warga yang tidak bertanggungjawab bahkan langsung tiada hormat pada institusi berkenaan.

"Ini lantaran longgarnya ketegasan kerajaan dan ringannya hukuman yang ada dalam mempertahankan institusi negara ini," katanya, semalam.

Justeru beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya undang-undang yang lebih diketat digubal bagi memastikan martabat dan maruah institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan institusi tertinggi negara dan lambang kedaulatan Islam terus terpelihara.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin berkata, biarpun tidak bersetuju dengan tindakan individu yang biadap menghina institusi raja, sebarang siasatan atau tindakan perlulah melalui undang-undang sedia ada.

Katanya, siasatan melalui undang-undang sedia ada perlu dilakukan supaya tiada pihak yang bertindak melulu.

"Negara kita mempunyai undang-undang dan tindakan yang perlu diambil juga haruslah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Namun, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak setuju sebarang penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau sultan. Ini kerana, kita memandang tinggi terhadap institusi diraja dan perlembagaan negara," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Sedar Malaysia (Sedar), Nazrin Norani berkata, kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk memberi pendidikan atau kempen kesedaran mengenai etika di media sosial.


Katanya, undang-undang sedia ada boleh diperuntukkan terhadap mana-mana pelaku yang membuat kenyataan sehingga mengganggu gugat keharmonian negara.

“Kalau mereka tahu hukuman, mereka tidak akan berani untuk membuat sebarang kenyataan atau provokasi melampau,” katanya.

Cuma apa yang berlaku hari ini dakwanya adalah wujud kelemahan daripada segi penguatkuasaan daripada pasukan keselamatan itu sendiri.

-sinar harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/clkm-ditubuhkan-calon-hina-agong-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Agong Eric Liew Azham Akhtar Nur Alia Ditahan

Hina Agong Eric Liew Azham Akhtar Nur Alia Ditahan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR 9 Jan Polis Diraja Malaysia telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di Pertuan Agong XV semalam Ketua...
Pembantu Kit Siang Gesa Polis Segera Lepas Kan 3 Individu Hina Agong

Pembantu Kit Siang Gesa Polis Segera Lepas Kan 3 Individu Hina Agong

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 395 hits
Setiausaha politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan mengkritik penggunaan Akta Hasutan untuk menahan 3 individu yang didakwa membuat kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V susulan keputusan Sultan Kelantan itu melepaskan jawatan...
Hina Agong Kakitangan Tnb Digantung Kerja

Hina Agong Kakitangan Tnb Digantung Kerja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Tenaga Nasional Berhad menggantung kerja serta merta kakitangannya yang mengeluarkan kenyataan menghina bekas Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V baru baru ini Dalam kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan TNB memaklumkan ...
Doktor Mediviron Hina Agong Letak Jawatan

Doktor Mediviron Hina Agong Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 356 hits
Seorang doktor yang dituduh menghina bekas Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai doktor di Klinik Mediviron di Kajang serta merta Doktor terlibat juga telah memohon maaf di akaun Facebook peribadinya kata Medivi...
Hina Mantan Yang Dipertuan Agong Benarkah Mereka Digantung Diberhentikan

Hina Mantan Yang Dipertuan Agong Benarkah Mereka Digantung Diberhentikan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 501 hits
Ini hal yang berlaku apabila ada kalangan kita bersikap biadap dengan menghina mantan Yang DiPertuan Agong Sultan Muhammad V selepas Baginda meletakkan jawatan Memang ya pelbagai reaksi kita lihat terutamanya di sosial media Ada yang tertan...
Tidak Perlu Tahan Individu Hina Agong Kata Pembantu Lim Kit Siang Hancing

Tidak Perlu Tahan Individu Hina Agong Kata Pembantu Lim Kit Siang Hancing

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 590 hits
Malaysia Baru Rukun Negara mungkin sudah dibuang jauh jauh kritik Sultan atau menghina Sultan dan Raja Raja Melayu kononnya tidak perlu mana mana individu itu ditahan oleh Polis sebab ia melanggar hak asasi Maaf penulis ingin beritahu sedik...
Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

Fatwa Kerajaan Ph Hina Ydp Agong Halal Usik Kerabat Ph Dan Dap Haram

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 548 hits
Bila KERABAT PH Di Kritik Perintah Tangkapan WAJIB Di KeluarkanPada pukul 2 00 petang 10 Januari 2019 Dato Lokman di minta hadir ke JSJ Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung satu video live bertajuk Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembu...
Hina Agong Siasat Di Bawah Kanun Keseksaan Bukan Akta Hasutan Lfl

Hina Agong Siasat Di Bawah Kanun Keseksaan Bukan Akta Hasutan Lfl

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 247 hits
MALAYSIAKINI Peguam Lawyers For Liberty mengkritik tindakan polis menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang didakwa menghina bekas Yang di Pertuan Agong baru baru ini Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya berkata penahanan itu men...
Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Rompak Cari Duit Raya

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Macau888 15 Slot168 Macau888 Top 95 By Claire Faro168 Co 28 25

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Over 1 000 Attend Iftar Event With Pm In Tampin

Pelita Raya 2025 Mendapat Sambutan Yan Luar Biasa Meriah Sungguh