Claymore Manga Fantasi Gelap Yang Menentang Norma Penindasan Wanita


Trigger warning buat SJW, artikel ini membedah karya yang mempunyai perkara pokok yang sensitif dan bukan untuk bacaan kanak-kanak bawah 18 tahun.
Claymore merupakan satu siri fantasi gelap atau dark fantasy karya Norihiro Yagi. Siri ini telah diadaptasikan menjadi manga dan juga anime. Claymore jika dibuat rumusan sekilas ia boleh diibaratkan sama sahaja seperti siri-siri genre fantasi gelap dari Jepun seperti Beserk dan yang terbaru sekali tentunya Goblin Slayer, jika siri-siri tersebut ditulis oleh penulis yang menghormati wanita. Dan juga ibarat jika Berserk ditulis oleh seorang individu yang sihat tubuh badan dan reti perhabis jalan cerita dengan lengkap tanpa hiatus yang berpanjangan.
Seolah sudah menjadi norma dalam siri-siri dari genre fantasi gelap untuk memaparkan kekejaman yang melampaui batas terhadap makhluk hidup dan khususnya kepada wanita. Perbuatan rogol, bunuh dan seksaan mental terhadap wanita itu perkara-perkara biasa yang kita akan temui dalam genre fantasi gelap. Claymore juga tidak dapat lari dari norma tersebut. Secara umumnya pembaca siri fantasi gelap tidak membaca genre ini untuk mencari tema persahabatan yang popular dalam genre Shonen (untuk remaja lelaki) atau juga tema cinta yang popular dari genre Shoujo (untuk remaja perempuan).
Apa yang pembaca genre fantasi gelap mahukan ialah tema kekejaman dunia sebenar serta kesan kekejaman tersebut terhadap mental manusia. Peminat genre ini mahukan falsafah berat dalam jalan cerita ataupun dalam bahasa kurang ajarnya jalan cerita yang lebih “tajam” atau edgy. Boleh dikatakan genre fantasi gelap lebih rapat dengan demografi Seinen (untuk lelaki dewasa) yang sudah mempunyai kemampuan mental untuk memahami jalan cerita yang sedemikian dan bukannya untuk kanak-kanak.
Terdapat satu perbezaan yang ketara antara Claymore dan siri-siri fantasi gelap yang lain. Golongan wanita di dalam Claymore biarpun ditindas dan diperlakukan dengan kejam, mereka tidak berdiam diri dan lantas meletakkan diri mereka sebagai watak utama dan menentang semula kekejaman dan penindasan tersebut. Biarpun penentangan ini tidaklah begitu ekstrem ala-ala siri filem I spit on your grave ianya tetap ada dan wujud.
Sinopsis ringkas berkenaan Claymore. Latar belakang siri Claymore menggunakan latar ibarat zaman gelap Eropah. Claymore dalam siri ini merujuk kepada nama gelaran sekumpulan wanita yang membunuh makhluk-makhluk seperti syaitan yang dipanggil Yoma. Claymore dipanggil sedemikian rupa kerana senjata utama mereka ialah sebuah pedang besar (yang dipanggil claymore dalam Bahasa Inggeris).
Yoma mempunyai kebolehan untuk berubah bentuk badan untuk menyamar sebagai manusia dan kebolehan ini digunakan oleh Yoma untuk menyusup masuk ke dalam penempatan manusia. Kumpulan Claymore ini pula dihasilkan melalui eksperimen dan diuruskan oleh sebuah organisasi yang tidak bernama dan hanya dipanggil sebagai “the organisation” sahaja. Dunia dalam siri Claymore dibahagian kepada 47 kawasan dan setiap kawasan mempunyai sekurangnya seorang Claymore yang menjaga kawasan tersebut.
Kuasa Claymore dan juga Yoma boleh dikatakan berasal dari sumber kuasa yang sama yang digelar sebagai Yoki. Yoki jika digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan seorang Claymore bertukar menjadi seperti Yoma bertaraf tinggi yang digelar awaken being ataupun makhluk yang dibangkitkan. Seperti siri fantasi gelap lain kebangkitan ini juga dikaitkan dengan unsur kehendak seksual. Disebabkan lelaki dikatakan mempunyai kehendak seksual yang jauh lebih tinggi dari wanita mereka lebih cenderung untuk bertukar menjadi awaken being.
Ini menyebabkan penghasilan Claymore lelaki dihentikan dan hanya wanita sahaja yang dibenarkan menjadi Claymore. Namun demikian dalam waktu tertentu wanita juga boleh bertukar menjadi awaken being lebih-lebih lagi apabila mereka mencapai tahap kematangan seksual secara mental dan fizikal. Oleh itu adalah normal apabila seorang Claymore merasakan diri mereka bakal “dibangkitkan” mereka akan menghantar satu notis berupa kad berwarna hitam kepada Claymore lain agar diri mereka dapat dibunuh dan dihalang dari bangkit.
Atas pengaruh kuasa Yoki rupa fizikal seorang Claymore mengalami perubahan mendadak. Mata mereka bertukar warna dan rambut mereka menjadi warna pucat biarpun belum mencapai tahap uban. Perubahan fizikal yang paling ketara ialah badan mereka mempunyai belahan dari bahagian dada hingga paras pusat mereka.
Belahan ini hanya dijahit dengan benang dawai dan tidak boleh sembuh selama-lamanya biarpun Claymore mempunyai kemampuan untuk sembuh dengan cepat dari luka badan. Atas-atas sebab ini Claymore juga turut digelar Silver Eyes Witches dan mereka amat ditakuti oleh masyarakat sekitar yang tidak mengangap Claymore sebagai manusia lagi.
Siri ini memberi fokus kepada seorang Claymore bernama Clare. Siri ini bermula dengan tindakan Clare menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Raki dari seekor Yoma yang telah memakan ahli keluarga Raki. Raki kemudiannya di pulau oleh penduduk kampungnya yang risau jika Raki juga seekor Yoma. Raki yang telah kehilangan tempat bergantung sekadar berjalan tanpa arah tuju dan mengekori Clare yang ketikan itu sedang meninggalkan kampung tersebut biarpun Clare cuba menghalang Raki.
Siri ini kemudiannya mengikuti perkembangan hubungan Clare dan Raki dalam tempoh Raki membesar yang mana Clare bertindak ibarat seorang ibu yang cuba melindungi Raki sewaktu Raki masih kanak-kanak, bertindak ibarat seorang kakak sewaktu Raki mula mencapai alam remaja, dan akhir sekali hubungan cinta antara Clare dan Raki setelah Raki dewasa.
Hubungan Raki dan Clare agak unik dimana ianya seolah berlaku secara terbalik sejajar dengan perkembangan tumbesaran Raki. Dalam tempoh ini juga Clare mula menyedari tentang realiti sebenarnya dunia yang didiaminya, asal usul Claymore dan Yoma dan juga peranan sebenar “the organisation”.
Sekiranya usia kamu sudah mencecah 18 tahun siri Claymore ini satu siri fantasi gelap yang harus kamu cuba baca lebih-lebih lagi jika kamu peminat siri Berserk dan Goblin Slayer. Berbeza dengan Berserk yang kerap hiatus dan Goblin Slayer yang belum tamat, siri Claymore telah pun tamat dengan jalan cerita yang lengkap pada tahun 2014. Sebuah animasi juga telah dihasilkan oleh studio madhouse. Amaran namun, lumrah alami kebanyakan siri animasi hasil studio Madhouse… tiada musim kedua. Baca manganya jika ingin jalan cerita penuh.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2018/12/claymore-manga-fantasi-gelap-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 573 hits
Zaman sekarang ni macam macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku Bukan sekali tapi berkali kali Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergo da dengan cucu sendiri Bapa boleh ter kam anak yang lahir dari rahim...
Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat Wanita Ni Kongsikannya

Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat Wanita Ni Kongsikannya

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 682 hits
Masuk Ke Raudhah Dengan Tenang Ada Triknya Perlu Buat Wanita Ni Kongsikannya Perkongsian ini begitu bermakna apatah lagi andai kita ingin dapatkan gambaran dan cara yang pernah dilakukan oleh tetamu Allah sepanjang mengerjakan umrah di sana...
Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

Bagaimana Cara Paling Mudah Membuat Wanita Happy Dalam Hubungan Cinta Dan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 476 hits
Hi semua Hari ni saya nak cerita ikit tentang membuat wanita happy atau gembira dalam perhubungan Orang perempuan ni susah untuk di duga Kita yang perempuan ni pun kadang kadang tak boleh faham dengan perempiuan yang lain Sebab tu kerap la ...
Berhati Hati Wanita Terjumpa Lighter Dalam Bilik Mandi Rumah Sewa Rupa Rupanya

Berhati Hati Wanita Terjumpa Lighter Dalam Bilik Mandi Rumah Sewa Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 408 hits
Allahu Zaman sekarang ni memang kena waspada terutamanya wanita ada kemungkinan bahawa korang telah diintip secara halus sehalus halusnya tanpa disedari dengan mata kasar Kejadian ini berlaku pada orang terdekat pemuda ini isteri kawan dia ...
Elvina Mohamad Bengang Suami Dikacau Wanita Lain

Elvina Mohamad Bengang Suami Dikacau Wanita Lain

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 416 hits
Baru sahaja mendirikan rumah tangga awal tahun lalu Datin Elvina Mohamad seolah memberikan bayangan rumah tangganya kini bergolak apabila beliau memuat naik The post appeared first on
Sambil Bawa Lukisan Wanita Cantik Di Jombang Ini Rela Menunggu Kedatangan Jokowi

Sambil Bawa Lukisan Wanita Cantik Di Jombang Ini Rela Menunggu Kedatangan Jokowi

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 317 hits
Karena kekagumannya inilah wanita yang masih membujang tersebut memiliki keinginan untuk menyerahkan lukisan sketsa Presiden Jokowi secara langsung Apalagi lukisan yang dibuatnya tersebut secara khusus digores dari tangannya sendiri
Gempar Wanita Mengamuk Di Wakaf Che Yeh

Gempar Wanita Mengamuk Di Wakaf Che Yeh

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 1550 hits
ZULHANIFA SIDEK 16 Disember 2018 10 22 PM KOTA BHARU Seorang wanita yang dipercayai ditinggalkan kekasih bertindak mengamuk sebelum mencederakan beberapa orang awam
10 Pesohor Wanita Paling Banyak Dibicarakan Di Tahun 2018

10 Pesohor Wanita Paling Banyak Dibicarakan Di Tahun 2018

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 329 hits
10 Pesohor wanita paling banyak dibicarakan di tahun 2018 Dari Meghan Markle Putri Eugenie Brie Larson Jennie Kim Cardi B Constance Wu hingga Priyanka Chopra
Wanita Ini Bersuamikan Kucing Lepas Kecewa Putus Cinta Dengan Teman Lelaki Setelah Bersama 7 Tahun

Wanita Ini Bersuamikan Kucing Lepas Kecewa Putus Cinta Dengan Teman Lelaki Setelah Bersama 7 Tahun

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 584 hits
Siapa tak suka kucing haiwan comel berbulu dengan mata menggoda pasti mencairkan hati ramai orang dari muda sampai ke tua Malah ada yang sanggup mengeluarkan wang beribu ribu ringgit untuk membela haiwan tersebut Berbeza dengan kisah yang a...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


11 Cinta Sebelum Kamu

Renew Domain Dan Kembali Menulis

Kacang Soya Kebaikan Keburukan Kesan Berlebihan

Special Souvenir Dari Madam Eelaine

Ini Sebab Ju Jihoon Berjaya Sambung Karier Lakonan Meski Ada Kes Penggunaan Dadah

Harga Padi Naik 200 Harga Beras Kekal 2 60 Yang Penyegan Pait Ja Tanam Padi Pi Dok Kedai Salah Kerajaan