Ciri Ciri Autisme Pada Kanak Kanak Dan Orang Dewasa
Ciri-ciri Autisme Pada Kanak-kanak dan Orang Dewasa
Tahukah anda autisme merupakan penyakit yang dapat dikesan pada usia seawal tiga tahun. Austime juga banyak berlaku terhadap kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua dengan lebih mendalam lagi tentang penyakit ini.
Maksud Austime dan Ciri-cirinya
Apa itu Autisme?
Austisme ialah kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak atau lebih mudah difahami sebagai kecacatan neurologi.
Kecacatan yang melibatkan fungsi otak ini menyebabkan berlaku perbezaan antara individu normal dan mereka yang menghidapnya.
Ciri-ciri Autisme
Autisme akan menyebabkan berlakunya beberapa simptom kepada penghidapnya.
Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu anda ketahui:
Ciri-ciri Autisme Kepada Kanak-kanak
Ciri-ciri Autisme dalam kalangan kanak-kanak dapat dikesan jika mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1) Kesukaran Untuk Bergaul
Tidak mampu bergaul dengan baik adalah salah satu ciri kanak-kanak yang menghidap autisme. Hal ini dapat menganggu rutin harian kanak-kanak penghidap penyakit ini kerana tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak normal yang lain.
Kanak-kanak cenderung untuk menyendiri kerana tidak dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan normal yang lain.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini juga tidak gemar akan sentuhan fizikal, tidak ingin berkongsi minat dan sukar untuk dipujuk.
2) Masalah Komunikasi
Terdapat kanak-kanak yang menghidap autisme yang mengalami kesukaran dalam berkomunikasi dan ada juga yang dapat berkomunikasi. Hal ini dipengaruhi oleh faktor genetik penghidap sendiri.
Namun begitu, persekitaran juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada penyakit ini. Terdapat beberapa masalah komunikasi yang akan dialami oleh penghidap autisme.
Antaranya adalah seperti yang berikut:
Perlahan dalam bercakap
Menggunakan perkataan yang berlawanan dengan apa yang ingin disampaikan
Sering mengulang ayat yang sama ketika bercakap
Tidak menjawab soalan yang diajukan
Tidak merespon kepada sebarang pertanyaan atau percakapan
Tidak memahami gurauan atau sindiran
3) Bersikap Tidak Fleksibel
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini tidak fleksibel dalam melakukan aktiviti dan obsesif terhadap hobi dan minat mereka.
Contohnya, mengikut rutian yang sama pada setiap hari seperti menggunakan laluan yang sama semasa hendak ke kantin sekolah dan individu menghidap autisme ini juga sukar untuk menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan persekitaran seperti tidak ingin tidur pada masa luar dari kebiasaan mereka.
Ciri-ciri Autisme Terhadap Orang Dewasa
Ciri-ciri ini tidak hanya berlaku kepada kanak-kanak namun juga berlaku kepada orang dewasa.
Berikut merupakan ciri-ciri autisme terhadap orang dewasa:
Memilik sedikit rakan
Penghidap autisme mempunyai perwatakan yang unik dan ini menyebabkan mereka cenderung untuk memulaukan diri daripada orang ramai. Lantaran itu, mereka sukar untuk mempunyai rakan.
2) Mengalami Keterbatasan Bahasa
Gejala ini dapat dilihat dari segi kesukaran penghidap autisme dalam bertutur contohnya sukar menyampaikan sesuatu ucapan yang mudah bagi orang lain.
3) Hobi dan Minat Yang Terganggu
Orang dewasa yang menghidap autisme ini dengan sedikitnya minat terhadap sesuatu perkara.
Mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang seperti kesenian namun sukar untuk mereka mengekspresikan minat mereka terhadap bidang tersebut.
4) Menghadapi Kesulitan Dalam Mendapatkan Pasangan
Oleh kerana penghidap autisme menghadapi masalah pertuturan dan sukar memahami orang lain, mereka sukar untuk menemukan pasangan hidup dan sukar untuk menjalinkan hubungan romantik.
5) Kesulitan Memproses Sesuatu Informasi
Penyakit ini menyebabkan sukar untuk golongan ini memberi respon terhadap rangsangan luaran seperti suara orang lain ketika bercakap.
Selain itu, golongan autisme ini juga amat sensitif terhadap bunyi yang kuat.
Rawatan Untuk Kanak-kanak Austime
Seperti yang kita ketahui , penyakit ini belum ada pengubatnya namun ada terapi yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan penyakit ini.
Terapi ini bertujuan untuk mempercepatkan perkembangan mereka dari segi percakapan dan tingkah laku.
Kebaikan terapi ini adalah seperti berikut:
Dapat berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan
Memahami komunikasi orang lain
Dapat memulakan komunikasi secara spontan
Mengucapkan perkataan dengan baik
Menguasai kemahiran bersosial
Dapat bermain dengan rakan sebaya
Punca-punca Autisme
1) Genetik
Autisme biasanya berlaku kerana faktor genetik yang diwarisi oleh anak-anak. Contohnya, sekiranya salah satu ibu bapa daripada kanak-kanak tertentu menghidap autisme, berkemungkinan besar anak-anak tersebut akan menjadi penghidap.
Jika anak-anak mempunyai penyakit ini, adalah tidak mustahil untuk adik beradik lain juga menghidap penyakit yang sama contohnya sepasang kembar menghidap autisme.
Dalam sesetengah kes, penyakit ini juga dapat berlaku disebabkan oleh kecelaruan genetik anak-anak.
2) Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran juga dapat menyebabkan berlakunya autisme. Contohnya, ibu mengandung yang memakan pil-pil tertentu berkemungkinan mendapat anak autisme kerana ubat ubatan yang diambil ketika mengandung dapat mempengaruhi perkembangan kandungan.
Jangkitan virus juga merupakan punca mendapat anak autisme.
Perkongsian kali ini akhirnya tamat. Diharapkan anda semua menggunakan ilmu daripada perkongsian ini dengan sebaik-baiknya untuk manfaat bersama.
Sekian, terima kasih.
Apa itu autisme?
Autisme ialah kecacatan perkembangan yang melibatkan fungsi otak atau lebih mudah difahami sebagai kecacatan neurologi.
Apakah ciri-ciri autisme terhadap kanak-kanak?
Ciri-ciri autisme kepada anak-anak ialah kesukaran untuk bergaul, masalah komunikasi dan bersikap tidak fleksibel.
Apakah ciri-ciri autisme terhadap orang dewasa?
Ciri-ciri autisme kepada orang dewasa ialah memiliki sedikit rakan, keterbatasan komunikasi, hobi dan minat yang terganggu, menghadapi kesulitan dalam mencari pasangan dan kesulitan dalam memproses sesuatu maklumat.
Apakah kebaikan rawatan autisme?
Kebaikan rawatan autisme ialah dapat berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan, memahami komunikasi orang lain, dapat memulakan komunikasi secara spontan, mengucapkan perkataan dengan baik, menguasai kemahiran bersosial dan dapat bermain dengan rakan sebaya
Apakah punca autisme?
Punca autisme ialah faktor genetik dan persekitaran.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/02/ciri-autisme-kanak-kanak-orang-dewasa.html