Ciri Ciri Attention Seeker
Ciri-ciri Attention Seeker| Apakah maksud Attention Seeker? Ianya jelas bermaksud pencari perhatian dalam Bahasa Melayu manakala terjemahan lain pula mengatakan bahawa Attention Seeker adalah seseorang yang bertindak semata-mata dengan cara yang ditujukan untuk menarik perhatian orang lain. Menurut Persatuan Psikitari Amerika, penyakit Gangguan Personaliti Histrionic (HPD) ditakrifkan sebagai "gangguan keperibadian yang bercirikan corak emosi mencari perhatian yang berlebihan, biasanya bermula pada masa dewasa dewasa, termasuk kelakuan yang mengganggu.."
Bagaimana kita mengenali individu yang dikatakan Attention Seeker ini? Sukar untuk saya menamakan satu contoh personal (Attention Seeker) memandangkan belum ada rekod pengiktirafan mengatakan seseorang itu adalah Attention Seeker. Walau bagaimanapun, beberapa ciri berikut merupakan Ciri-Ciri Attention Seeker yang utuh untuk melayakkan seseorang itu digelar pencari perhatian orang ramai
Melakukan perihal dangkal - Begitu kerap perilakunya diragui dan kesahihan cerita hidupnya boleh dipertikaikan serta diketahui oleh orang ramai kerana bukan hanya satu otak yang berfikir mengenainya tetapi banyak mata sedang melihatnya.Berpura-pura ketika meminta perhatian orang ramai - Amat jelas, benda yang tiada, diadakan, ibarat penjenayah amatur mengorak langkah tetapi terlalu banyak silapnya. Perbuatan berpura-pura mudah dihidu orang ramai dan akhirnya kisah Attention Seeker akan memakan diri sendiri.Sukar beri penjelasan atas kejengkelan tindakannya - Mustahil seorang Attention Seeker akan mengakui kesilapannya memandangkan ianya menjadi tabiat hidup yang sukar dibendung walau berkali-kali sikap jengkelnya dibongkar orang ramai.Bertindak kurang bijak dengan konsisten - Seperti perbuatan yang tabiat, ianya akan diulang-ulang tanpa sesalan. Ada sahaja perkara rekaan berlaku dengan tujuan menarik perhatian orang ramai untuk memberi perhatian kepadanya.Sentiasa meraih simpati orang ramai - Paling mudah dan kerap dilakukan si Attention Seeker adalah meraih simpati atas kejadian yang menimpa dirinya. Meraih simpati dengan berlebihan seperti menangis di rakaman video you tube dengan sangat beremosi dan menjengkelkan mata orang ramai yang memandang.Tidak hirau dengan teguran orang lain - Seperti yang saya katakan tadi, tahap keyakinan Attention Seeker sangat tinggi dan sukar orang lain menasihatinya sehingga mereka akan sedar dengan sendiri bahawa tiada orang suka dengan perbuatannya. Maka jika tidak dilayan perbuatannya, akan hilang selera Attention Seeker untuk mengulanginya lagi.
Kelakuan Attention Seeker sering mengundang cemuhan orang ramai apabila tindakannya ibarat kurang kasih sayang, melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapatkan perhatian orang ramai kepadanya serta hidup dengan penuh rekaan dan khayalan. Namun apa yang positifnya, keyakinan seorang Attention Seeker sangat tinggi sehingga berani melakukan "banyak perkara kurang bijak" biarpun mendapat kutukan ke atasnya.
Attention Seeker akan sentiasa mencipta "drama" hidup sendiri untuk mendapat perhatian orang ramai. Tidak sakit boleh jadi sakit, mengugut membunuh diri di khalayak ramai demi meraih simpati walhal jauh sekali ingin mati serta bergembira memainkan perasaan orang lain. Namun sikap sebenar Attention Seeker sangat mudah dihuraikan malahan perbuatannya jelas dibuat-buat tanpa mereka sendiri sedari. Awas Attention Seeker, anda selalu diperhatikan bukan kerana mereka simpati tetapi bersedialah menerima caci dan maki. Baca juga Ciri-ciri Golongan Wanita Gedik. Wallahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/10/ciri-ciri-attention-seeker.html