Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah


 
Semestinya ramai pembaca blog AlongMurni (AM) mengenali Dato' Dr. Mohamad Nasir bin Mohamed Sam atau lebih dikenali sebagai M. Nasir yang merupakan seorang penyanyi, pencipta lagu, komposer, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Malaysia yang lahir di Singapura.
PERTAMA KALI KONSERT SPIN OFF LAGU RAYA DIANJURKANCIPTA RAYA SIFU M.NASIR CETAK SEJARAH Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa. Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.

Pada saat peminat masih belum move on dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2 M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.

Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp KL. Konsert ini mengujakan M. Nasir kerana konsep bertemakan raya pertama kali dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.

Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya dibikin khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.


“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu  raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.

“Dari situ timbul ilham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.

“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.


Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya.


“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya lagu popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau dan juga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.

“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir dan akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!”ujar Iman Tang lagi.


Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri  muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaja akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya sebelum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak.


“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” ujar M. Nasir. 

Jumpa di Zepp Kuala Lumpur:

📍PEMBELIAN TIKET:

www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya

mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam 11:00 pagi

 

Tiket kategori seperti berikut:

KATEGORI

HARGA TIKET

LEMANG DAN SERUNDING (SEATING)

RM 588

RENDANG DAN KETUPAT (STANDING)

RM 258

LONTONG DAN KUAH KACANG

RM 388

VIP BOX

RM 10,000

 


KONSERT DATO' M. N46IR 'CIPTA RAYA'

13 APRIL 2025 (AHAD)

20:00 MALAM

ZEPP KUALA LUMPUR






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2025/03/cipta-raya-sifu-m-nasir-cetak-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Usim Cipta Sejarah Terpilih Jadi Imam Solat Tarawih Di New Zealand

Pelajar Usim Cipta Sejarah Terpilih Jadi Imam Solat Tarawih Di New Zealand

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 186 hits
Seorang pelajar Fakulti Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia menjadi kebanggaan kita apabila diberi kepercayaan menjadi imam solat tarawih di Masjid Manukau Islamic Youth Centre Auckland New Zealand Anak muda Muhammad Hanif Zaka...
Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna Chatgpt

Cara Hasilkan Poster Hari Raya Guna Chatgpt

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 180 hits
Kalau sebelum ini saya ambil masa lama untuk siapkan sekeping template poster ucapan Selamat Hari Raya tahun ini tak lagi Saya bangun daripada tidur pagi ini terus saya buka komputer untuk cuba ilmu baru yang saya dapat pada malam sebelumny...
Jom Cantikkan Diri Anda Sebelum Raya Di Laman Cinta Meriam Tradisional Spa

Jom Cantikkan Diri Anda Sebelum Raya Di Laman Cinta Meriam Tradisional Spa

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 156 hits
Hi semua Raya semakin hampir dan sudah tiba masanya untuk memastikan anda kelihatan cantik dan segar sebelum hari yang dinanti nantikan tiba Tapi dimanakah spa yang murah dalam masa yang sama boleh buat kan kita berseri seri sepanjang masa ...
Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Duit Raya Minimum Rm1 000

Penjawat Awam Pulau Pinang Dapat Duit Raya Minimum Rm1 000

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 136 hits
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pembayaran BKK dianggarkan membabitkan implikasi kewangan RM7 81 juta itu akan disalurkan kepada 7 066 penerima bermula 19 Mac ini GEORGE TOWN 5 Mar Kerajaan Pulau Pinang bersetuju meluluskan bayaran Bant...
Beli Baju Raya Di Butik Jamilah Angsana Mall Jb

Beli Baju Raya Di Butik Jamilah Angsana Mall Jb

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 150 hits
nbsp BELI BAJU RAYA DI BUTIK JAMILAH ANGSANA MALL JB Mungkin korang kata kekda ni awal sangat beli baju raya kan Tapi sebenarnya tidak ye Persiapan seperti tahun tahun sudah pun kekda memang dah sediakan awal sebelum menjelang puasa lagi Ba...
Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 221 hits
Perak menteri besar Saarani Mohamad at an iftar event with civil servants this evening IPOH The Perak government has approved a special financial aid of RM1 500 for all state civil servants in conjunction with this year s Hari Raya Aidilfit...
Boyce Raya Bersama Keluarga Chord

Boyce Raya Bersama Keluarga Chord

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 156 hits
Am G F E Am G F E Am Di pagi yang mulia F G sinar menyinari C E Am Raya tiba hati berseri A Dm Baju baru ketupat di tangan Am Bersama keluarga E Am penuh kegembiraan Am G F E Am F G Rumah terbuka rezeki diberi E Dm Am Tawa dan gurau suasana...
30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 208 hits
Apakah baju raya lelaki murah yang berbaloi untuk anda beli Dalam artikel kami akan berkongsi 30 pilihan baju raya lelaki bawah RM100 ini untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Baju Melayu Slim Fit Rafida Baju Melayu ini hadir...
Haziq Rosebi Feat Ezad Lazim Zapin Raya Chord

Haziq Rosebi Feat Ezad Lazim Zapin Raya Chord

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 164 hits
G Zapin raya Cm Mari kita beraya G Zapin raya Cm Menari zapin bersama Cm Zapin raya Fm Cm Bukan langkah sebarang langkah G G Langkah bertingkah di hari raya Fm Cm Manis rupa geraknya indah D G Tak sengaja bertentang mata G Jangan bermain ma...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Ke India

Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan