Cincin Emas Klcc 7 Layer Yang Amat Menawan
Cincin Emas KLCC 7 Layer Yang Amat Menawan. Kalau nak beli emas, kena pandai pilih dan survey banyak tempat. Ada yang jual emas dengan harga tinggi berserta upah. Maka, harga emas yang dibeli melambung harganya kerana faktor tersebut. Memang betul harga emas dikawal oleh persatuan yang berkenaan, tetapi ada caranya peniaga barang kemas tulen dapat menawarkan harga yang berpatutan agar semu orang mampu memilikinya.
Orang tua-tua dahulu kala, mesti ada seurat 2 emas di badan. Bukan ia lambang kekayaan sebaliknya ia adalah sebuah pelaburan jangka panjang bila kita memerlukannya
Selain emas, tanah juga adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Cincin Emas KLCC 7 Layer Yang Amat Menawan
Sebagai langkah pelaburan jangka pendek dan jangka panjang, saya akan membeli emas bila ada wang lebih.
Contohnya, baru-baru ini saya membeli sebentuk cincin emas 916 yang dinamakan cincin KLCC 7 layer. Ada banyak jenis sebenarnya.. ada yang bajet sikit dia ada 3 layer punya. Tak kisah beli cincin bajet atau sebaliknya, yang penting ia tetap emas tulen
Berat cincin 5.33 gram, saya dapat beli di kedai yang free upah, dan pada harga ahli. Bila di bandingkan dengan kedai lain, saya dapat jimat dekat RM200 lebih.
Selain nampak menawan di pakai, ia juga pelaburan tak nampak dan menguntungkan. Saya boleh pakai bila-bila masa tetapi jika di masa akan datang saya memerlukan lebihan tunai, saya boleh menggunakannya. Win-win situation orang kata
Jika anda ramai anak perempuan, boleh kongsi-kongsi pakai bersama dan bertukar-tukar cincin.
Kalau nak lebih berbaloi, anda juga boleh beli emas pada musim tertentu, contohnya jika tauke kedai membuat promosi tawaran potongan harga. Walau sekadar RM1 atau RM2 potongan segram, ia pun dah dapat mengurangkan harga emas yang dibeli
Pada masa sekarang persaingan kedai emas sudah terlalu banyak. Kerana, ramai orang sudah mula menceburi perniagaan emas kerana mereka sudah nampak peluang besar disitu
Jadi, beli lah emas tulen sedikit demi sedikit ketika anda ada duit, jika emas turun nanti sekalipun, jika tak ada duit pun tak guna, kan? Sebab nak beli, duit tak ada.
Beli emas ketika ada duit, bukan ketika harga emas turun. Itu sifirnya yang sifu kewangan bagitahu saya
Semoga bermanfaat
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2021/11/cincin-emas-klcc-7-layer-yang-amat.html