Cik En Cerahi Kehidupan Bersama Top


Cik En Cerahi Kehidupan Bersama TOP | Musim pendamik Covid-19 masih lagi belum habis dan masih ada yang terkesan dari segi ekonomi dan mental. Lagi lagi ibu tunggal yang perlu menguruskan keluarga sendiri. Sekolah dah buka dan banyak keperluan yang perlu ibu ibu ini beli untuk anak anak mereka. Cik en pun ada kawan kawan yang mengeluh harga barangan yang semakin meningkat. Baju baju anak pun ada yang sedikit mahal. Tapi apabila Sourthern Lions Sdn Bhd lancarkan kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) bersama agensi yang popular, cik en dapat rasai sinar harapan untuk ibu ibu tunggal ini. 





Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah 

Kuala Lumpur, Disember 13, 2021 – Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . 


Satu kajian  mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad. 


Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.   


JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.   


Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini. 


Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class. 


TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula. 


Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.


Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria . 


TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.    


Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’. 


“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.  


Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan  inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”


Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian. 


“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.    


Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.


“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling. 


Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133. 

Korang dah cuba ke TOP Gentle Care yang warna biru muda tu?? Wangi sangat tau! sesuai untuk semua, kanak kanak sampai ke orang tua. Kalau belum next korang try okey


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2022/01/cik-en-cerahi-kehidupan-bersama-top.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top 5 Best Selling Fitness Weight Gainer Mass Gainer In Malaysia

Top 5 Best Selling Fitness Weight Gainer Mass Gainer In Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 236 hits
haiTop 5 Best Selling Fitness Weight Gainer Mass Gainer in Malaysia Many struggle for real not only to lose weight but to gain weight as well Having tried to increase their calories intake with plates after plates of high carbohydrate foods...
Top Commentator Bulan Januari 2022 Tahniah

Top Commentator Bulan Januari 2022 Tahniah

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum wbt Untuk permulaan cerita maaf sangat sangat kerana saya lambat mengumumkan nama nama yang bertuah untuk masuk carta Top Commentator Jurnal Shikin Razali pada bulan ini Okey TAHNIAH diucapkan kepada 10 nama yang berjaya mas...
Top 10 Tajuk Blogpost Paling Popular 2021

Top 10 Tajuk Blogpost Paling Popular 2021

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 287 hits
Pernah tak anda tahu top 10 tajuk konten yang pernah diterbitkan di blog ini untuk sepanjang 2021 Tajuk tajuk ini telah menjadi antara penyumbang besar kepada konsistensi trafik atau pageviews blog ini hatta di kala tiada tajuk atau konten ...
Revealed Conflict Of Interest Stares Back At Top Sc Officials

Revealed Conflict Of Interest Stares Back At Top Sc Officials

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 145 hits
A web of ties has emerged between top people at the Securities Commission and businesses which come under its supervision Questions of conflict of interest have been raised in the Securities Commission after documents from a source in the m...
Carsome Launches Carsome Insights 2021 Revealing Top Used Car Trends And Preferences In Malaysia

Carsome Launches Carsome Insights 2021 Revealing Top Used Car Trends And Preferences In Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 181 hits
Malaysia s used car industry saw significant growth in 2021 due to several contributing factors from global supply chain disruptions and chip shortages which affected new car sales or contributed towards higher prices to consumers leaning t...
Foto Shandy Aulia Pakai Crop Top Saat Liburan Di Amerika Pamer Perut Rata Bikin Iri

Foto Shandy Aulia Pakai Crop Top Saat Liburan Di Amerika Pamer Perut Rata Bikin Iri

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 211 hits
Shandy Aulia bersama suami dan anaknya kini tengah menikmati liburan di Amerika Serikat Sederet foto foto liburannya di unggah di laman instagram Shandy Dalam fotonya Shandy tampil kece dengan busana crop top yang memperlihatkan perutnya ya...
Top 10 Komentator Disember 2021 Blog Sihatimerahjambu Pemberian Hadiah Fasa Ii

Top 10 Komentator Disember 2021 Blog Sihatimerahjambu Pemberian Hadiah Fasa Ii

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 172 hits
Selamat berhujung minggu Sampailah masa untuk saya umumkan Top 10 Komentator Disember 2021 Blog Sihatimerahjambu Sekaligus umumkan Top 3 untuk pemberian hadiah Fasa II Dah banyak hari tertangguh nak buat entry ni Banyak pulak halangannya Ma...
Top Pengomen Blog Bulan Disember 2021

Top Pengomen Blog Bulan Disember 2021

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 317 hits
Masuk tahun baru bulan baru Seperti biasa k fiezz akan announce top pengomen blog k fiezz untuk bulan Disember 2021 Jom tengok siapa orang nya Jeng jeng jeng Hehe Tengok gambar kat bawah pun dah tahu siapa gerangan top pengomen blog k fiezz...
20 Top Commentor Tahun 2021 Blog Mamapipie

20 Top Commentor Tahun 2021 Blog Mamapipie

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 261 hits
Alhamdulillah 2021 sudah pun hampir melabuhkan tirai nya Selamat tahun baru mama ucapkan kepada semua Semoga tahun 2022 ini menjadi lebih baik dari tahun 2021 Kat sini mama nak buat post penghargaan kepada 20 Top Commentor Tahun 2021 Blog M...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment