Cik B Bikin Kecoh


Oleh Fatin Farhana Ariffin   Cik B tidak kisah sekiranya ada pendengar tidak menyukai menonton video muzik Tolonglah, sebaliknya berterima kasih berusaha melayarinya. - Foto IG Cik B KUALA LUMPUR: Tampil dengan single sulung berjudul Tolonglah, Cik B pantas meraih perhatian apabila video muzik itu merekodkan lebih tiga juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu.
Bagaimanapun, lagu yang dihasilkan bersama ibu yang juga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida, berdasarkan pengalaman Cik B ketika kecil itu, dikritik.
Paling diperkatakan, Cik B didakwa menggunakan suara penyanyi rap popular, Yonnyboii. Cik B, 15, atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menepis kritikan apabila menceburi bidang lakonan pada masa sama.
Tidak hanya itu, Cik B terus memahat nama dalam industri hiburan dengan mencuba nasib sebagai pelawak menerusi program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang akan mula disiarkan, tidak lama lagi.
Disyorkan Untuk Anda Nora Danish cuba nasib jadi penyanyiSophia setia bersama De FamSingle istimewa Hari KebangsaanNadzmi Adhwa jadi penyanyi rap pula"Pertamanya, saya berbangga kerana berani mencabar diri menghasilkan lagu ini. Pastinya saya gembira apabila lagu ini mendapat sokongan ramai. Jujur kata, saya tidak sangka lagu Tolonglah mendapat sambutan kerana saya tahu rakyat Malaysia kurang menggemari lagu rap.
"Alhamdulillah, single ini disambut baik. Mungkin disebabkan lagu yang berdasarkan kisah silam saya turut dirasai orang lain. Ini bermakna bukan saya seorang merasai pengalaman itu, tapi ramai lagi.
"Saya sebenarnya minat menyanyi sejak dari kecil lagi. Jadi, apabila saya ada peluang dan ruang mengetengahkan bakat, mengapa tidak saya mencuba? Bukan semua orang ada peluang dan ruang seperti saya. Apatah lagi, saya disokong Mama, jadi saya teruskan sahaja," katanya kepada BH Online.
Mengulas dakwaan lagu Tolonglah dinyanyikan Yonnyboii, Cik B berkata, mungkin disebabkan suaranya serak basah, jadi ada yang mengatakan suara sama.
"Tambah lagi, cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii. Tapi saya tak kisah. Mungkin dengan persamaan ini, orang berpendapat bahawa suara saya sedap memandangkan suara Yonnyboii sedap.
"Atau mungkin juga orang tidak sangka saya boleh menyanyi sebegitu baik. Jadi tidak mengapalah, orang hendak kata begitu. Saya ambil ia sebagai suatu perkara positif sahaja," katanya.

Cik B meminati bidang nyanyian sejak kecil dan cuba mengetengahkan bakat apabila mendapat peluang serta mendapat sokongan ibunya. - Foto IG Cik BDitanya ada lebih 11,000 pelayar yang menekan butang 'dislike' pada muzik video Tolonglah, Cik B berkata, dia tidak kisah jika ada yang tidak menyukainya.
"Saya okay sahaja. Tidak kisahlah mereka tidak suka sekalipun. Biarpun mereka tidak suka, namun, mereka berusaha melayari YouTube menonton muzik video saya. Usaha ini sahaja sudah membuatkan saya rasa berterima kasih.
"Menyanyi memerlukan teknik. Saya bukanlah penyanyi handal. Jadi, dengan menyanyikan lagu rap, tidak perlulah saya mendendangkan nota tinggi, rendah dan sebagainya. Saya juga tidak mengambil kelas nyanyian. Tetapi saya tidak menolak untuk belajar.
"Untuk lagu Tolonglah, saya tidak menafikan saya ada melakukan 'auto tune' tetapi sikit sahaja, tidak banyak," katanya.
Mengenai pembabitan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, Cik B berkata, dia berlakon disebabkan idea ibunya.
"Pada awalnya, agak berat juga untuk menjayakan bidang baharu. Namun, lama-kelamaan saya seronok. Saya dapat berjumpa dengan ramai orang baharu dan belajar banyak perkara yang tidak pernah diketahui.
"Jujur kata, sama seperti lakonan, saya sertai MSL2 atas permintaan Mama. Baginya, saya boleh melawak, jadi saya ikutkan sahaja. Tidak salah saya mencuba perkara baharu," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/cik-b-bikin-kecoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesaksian Pengawal Habib Rizieq Shihab Yang Masih Hidup Ini Bikin Geger

Kesaksian Pengawal Habib Rizieq Shihab Yang Masih Hidup Ini Bikin Geger

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 238 hits
Rombongan Habib Rizieq Shihab beserta pengawalnya sudah dibuntuti sejak masih berada di Bogor Bahkan gerak gerik Habib Rizieq sudah diintai beberapa hari sebelum keberangkatan Habib Rizieq ke sebuah pengajian yang berujung peristiwa penemba...
Nggak Cuma Cinta Beda Agama Inilah 5 Deret Perkara Asmara Yang Juga Bikin Pusing 1

Nggak Cuma Cinta Beda Agama Inilah 5 Deret Perkara Asmara Yang Juga Bikin Pusing 1

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 305 hits
Kamu pernah mengalami derita cinta beda apa aja nih Agama kasta negara atau yang lainnya
Super Realistik Pria Jepang Bikin Topeng Mirip Wajah Asli

Super Realistik Pria Jepang Bikin Topeng Mirip Wajah Asli

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 294 hits
Super Realistik Pria Jepang Bikin Topeng Mirip Wajah Asli Shuhei Okawara pemilik toko topeng Kamenya Omote membuat topeng super realistik yang mirip wajah asli manusia Topeng tersebut dibuat menggunakan teknologi cetak 3D
5 Rekomendasi Drama Korea Yang Bakal Bikin Pusing Pilih Tim Mana Second Lead Vs Main Lead

5 Rekomendasi Drama Korea Yang Bakal Bikin Pusing Pilih Tim Mana Second Lead Vs Main Lead

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 353 hits
Selain di Start Up Nam Joo hyuk pernah juga nih disaingi second lead di drama lain Udah nonton belum
Nikah Belum 1 Bulan Suami Ngotot Ceraikan Istri Alasannya Bikin Sedih

Nikah Belum 1 Bulan Suami Ngotot Ceraikan Istri Alasannya Bikin Sedih

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 331 hits
Seorang wanita pemilik akun Tiktok ellavadia menceritakan pengalaman pilu yang harus dialaminya Pernikahannya dengan sang suami tidak berjalan mulus Belum satu bulan menikah rumah tangganya diterpa badai Sang suami ngotot menceraikan istrin...
Trik Jitu Menata Kamar Mungil Bikin Nyaman Dan Gak Sumpek

Trik Jitu Menata Kamar Mungil Bikin Nyaman Dan Gak Sumpek

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 275 hits
Punya kamar dengan ukuran mungil membuat si penghuninya harus pintar pintar dalam menata kamar agar nyaman ditempati dan gak bikin sumpek Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Kes Bung Bikin Hakim Kecewa Hahahah

Kes Bung Bikin Hakim Kecewa Hahahah

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 384 hits
Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Ezette A Samad kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung minggu ini berikutan Ahli Parlimen ...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co