China Teruskan Festival Daging Anjing Walaupun Dikecam



Aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ‘No Dogs Left Behind’ di Beijing, China bersama anjing yang diselamatkan daripada disembelih untuk dimakan. - Foto AFP


BEIJING: Festival Daging Anjing pada minggu ini, yang menjadi acara tahunan di Yulin, China, tetap diteruskan walaupun dikecam pelbagai pihak, terutama kerana bimbang mungkin memburukkan lagi penularan COVID-19.Aktivis dan pencinta haiwan berharap festival penuh kontroversi itu akan dihentikan tahun ini berikutan ancaman virus terbabit, namun sambutan terus rancak di bandar di selatan China.Bagaimanapun, tahun ini, festival selama seminggu bermula Ahad lalu itu dijenamakan semula sebagai 'Festival Solstis Musim Panas'.Meskipun penularan COVID-19 menyaksikan selera terhadap daging anjing semakin berkurangan terutama selepas virus itu dikaitkan dengan sebuah pasar menjual daging haiwan di Wuhan, permintaan tetap masih ada.Daging anjing secara tradisi dipercayai baik untuk kesihatan di wilayah tertentu di China, tetapi amalan itu semakin berkurangan berikutan lebih ramai yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.Peningkatan kesedaran masyarakat umum terhadap kebersihan mendorong China menguatkuasakan undang-undang melarang pengambilan dan perdagangan hidupan liar.Bulan lalu, Kementerian Pertanian mengkategorikan anjing sebagai haiwan peliharaan, bukan ternakan, namun tidak secara jelas melarang pemakanan haiwan itu.Malah, undang-undang itu tidak merangkumi daging anjing, tetapi bandar berhampiran Yulin seperti Shenzhen dan Zhuhai, menjadi bandar pertama mengharamkan amalan memakan daging anjing di China pada April lalu.Petikan video Festival Daging Anjing di Yulin tahun ini, yang disahkan AFP, menunjukkan puluhan anjing dikurung berhimpit dalam sangkar kecil lagi kotor selain beberapa gerai besar dengan timbunan bangkai anjing yang sedang dilapah.Ramai pengguna media sosial China, Weibo, turut menggesa festival itu diharamkan sama sekali akibat COVID-19, dengan mengambil kira hakikat bahawa penularan wabak COVID-19 bermula di pasar awam.Beberapa pakar menyatakan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat umum di China berhubung pemakanan daging anjing dan isu keselamatan makanan ketika dunia berdepan ancaman COVID-19.Cadangan China untuk memperkenalkan undang-undang melarang kekejaman terhadap haiwan menerima sambutan baik ketika sesi Parlimen pada bulan lalu.Biarpun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak terutama kumpulan aktivis, Festival Daging Anjing di Yulin dikatakan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan dan diteruskan. - AFPKomen Weblog Ibnu Hasyim: Samak tak samak? Dr Maza huraikan perihal najis babi dari kaca mata ulama Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Astro Awani |  Mac 08, 2018 KUALA LUMPUR: Berikut adalah huraian Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pandangan ulama berkaitan kebimbangan orang ramai mengenai hukum najis babi (khinzir):
1. Kita tidak patut mengandaikan perkara yang kita tidak nampak. Asal sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu.2. Apa yang disebut dalam hadis tentang basuh dengan air tanah ialah anjing. Ini seperti sabda Nabi s.a.w :
طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِيهِ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ
“Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim, lafaz Muslim).
Hadis ini hanya menyebut jilatan (dalam riwayat al-Bukhari minuman) anjing dan tiada satu pun hadis yang menyebut khinzir.

BACA;  Babi hutan sesat dalam masjid, jemaah cedera disondol3. Al-Imam al-Nawawi r.h (meninggal 676H) merupakan tokoh terbilang dalam Mazhab al-Syafi’i. Ketika al-Nawawi mensyarahkan hadis di atas dalam kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj yang merupakan kitab Syarh Sahih Muslim yang terkenal, beliau menyebut:
وَأَمَّا الْخِنْزِيرُ فَحُكْمُهُ حُكْمُ الْكَلْبِ فِي هَذَا كُلِّهِ هَذَا مَذْهَبُنَا وَذَهَبَ أَكْثَرُ الْعُلَمَاءِ إِلَى أَنَّ الْخِنْزِيرَ لَا يَفْتَقِرُ إِلَى غَسْلِهِ سَبْعًا وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَهُوَ قَوِيٌّ فِي الدَّلِيلِ
(Adapun khinzir maka hukumnya sama seperti hukum anjing dalam semua aspek tersebut. Ini pendapat mazhab kita. Adapun majoriti ulama berpendapat bahawa khinzir tidak memerlukan basuhan sebanyak tujuh kali (seperti yang dalam hadis anjing di atas). Inilah merupakan pendapat (al-Imam) al-Syafi’i. Inilah (pendapat tidak wajib basuh tujuh kali berserta tanah) merupakan pendapat yang KUAT dari segi dalil) (3/185, Beirut: Dar al-Turath al-Arabi).

Ertinya, al-Imam al-Nawawi menyokong pendapat majoriti para ulama iaitu kenajisan khinzir hanya dibasuh seperti najis yang lain tanpa memerlukan tujuh kali air dan tanah.4. Bahkan dalam kitab al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab pula, yang merupakan kitab teras dalam Mazhab al-Syafi’i, al-Imam al-Nawawi mengkritik anggapan yang mendakwa bahawa telah ijmak (sepakat semua para mujtahidin) tentang kenajisan khinzir. Kata al-Imam al-Nawawi:

نَقَلَ ابْنُ الْمُنْذِرِ فِي كِتَابِ الْإِجْمَاعِ إجْمَاعَ الْعُلَمَاءِ عَلَى نَجَاسَةِ الْخِنْزِيرِ وَهُوَ أَوْلَى مَا يُحْتَجُّ بِهِ لَوْ ثَبَتَ الْإِجْمَاعُ وَلَكِنَّ مذهب مالك طهارة الخنزير مادام حَيًّا وَأَمَّا مَا احْتَجَّ بِهِ الْمُصَنِّفُ فَكَذَا احْتَجَّ بِهِ غَيْرُهُ وَلَا دَلَالَةَ فِيهِ وَلَيْسَ لَنَا دَلِيلٌ وَاضِحٌ عَلَى نَجَاسَةِ الْخِنْزِيرِ فِي حَيَاتِهِ
(Ibn al-Munzir menukilkan dalam Kitab al-Ijma’ tentang ijmak ulama mengenai kenajisan khinzir. Ia (ijmak tersebut) jika benar sabit lebih utama untuk dijadikan hujah (tentang kenajisan khinzir). Namun, Mazhab Malik berpedapat kebersihan khinzir selagi ia masih hidup. Adapun apa yang dihujahkan oleh pengarang (maksud al-Nawawi ialah al-Imam al-Shirazi  pengarang Kitab al-Muhazzab) dan selain beliau, itu semua tiada hujah mengenainya. Kita tidak mempunyai dalil yang jelas mengenai kenajisan khinzir semasa masih hidup).(2/568, Beirut: Dar al-Fikr).

5. Jadi, pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah adalah pendapat mazhab Syafi’i kerana mereka menyamakannya dengan anjing ataupun lebih najis dari anjing. Sementara majoriti ulama berpendapat memadai kesan khinzir itu dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Apa yang penting basuhan itu menghilangkan kesan najis tersebut. Ini kerana tiada dalil yang menyatakan khinzir wajib dibasuh sebanyak tujuh kali dan termasuk satu kali air tanah. 

6. Seperti yang dinyatakan tadi, pendapat ini disokong oleh tokoh besar Mazhab al-Syafi’i sendiri –walaupun ini berbeza dengan mazhabnya- iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab al-Imam al-Syafii.  Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman (seorang ilmuwan dalam mazhab al-Syafi’i, meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat KEBANYAKAN ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak”. (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafi’i, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

7. Pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga lebih memudahkan kita berurusan terutama bagi yang makan di hotel, kapalterbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan muslim kerana bahan ataupun unsur khinzir mungkin sering digunakan oleh mereka. Demikian apabila kita berjalan di tempat awam yang mana bahan khinzir terdedah di mana-mana pada hari ini.8. Maka, memadailah kita mendapati sesuatu bekas itu bersih tanpa perlu ia dibasuh sebanyak tujuh kali bersama tanah. Ini kerana pada majoriti para ulama, khinzir seperti najis yang lain yang memadai dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasa. Apabila tiada kesan tersebut pada peralatan makanan, tempat duduk, pakaian dan seumpamanya maka dikira sebagai bersih. Ini seperti mana kita berurusan dengan najis-najis lain.

9. Dalam negara kita banyak pendapat mazhab lain yang digunapakai apabila ada hujah yang kuat atau atas alasan tertentu. Perbankan islamik kita banyak memakai selain pendapat Mazhab al-Syafii. Zakat pendapatan umpamanya, bukan berasaskan dari Mazhab al-Syafi’i, namun diamalkan. Demikian menunaikan Zakat Fitrah secara bayaran wang bukan pendapat asal Mazhab Syafi’i. Apatahlagi muzik diharamkan dalam Mazhab al-Syafi’i , namun dibenarkan dalam masyarakat kita. Ustaz yang kuat marah orang lain tidak ikut Mazhab Syafi’i pun mendengar muzik, bahkan ada yang bermain muzik. Maka, memakai pendapat selain Mazhab al-Syafi’i bukanlah sesuatu yang baru apatahlagi untuk dinilai sebagai salah.

10. Dalam kes-kes yang menyebabkan kesukaran, ataupun kerugian harta ataupun tidak dapat menunaikan kemaslahatan semasa, pandangan pelbagai mazhab sangat membantu umat ini keluar dari kesempitan dan kesukaran. Keluar mazhab tertentu bukanlah bererti menolak fatwa ulama kerana pendapat yang akan dipegang sebagai ganti juga merupakan pendapat ulama yang mempunyai penilaian dan hujah mereka. Ini seperti isu kenajisan khinzir ini. Pendapat yang TIDAK mewajibkan dibasuh seperti basuhan jilatan anjing  merupakan pendapat majoriti ulama. Bahkan disokong oleh tokoh dalam Mazhab al-Syafii sendiri iaitu al-Imam al-Nawawi. Ia lebih memudahkan urusan kita di zaman yang banyak terdedah kepada najis berkenaan.

11. Maka, seperti mana kita membasuh kesan darah, najis manusia dan kesan bangkai haiwan maka demikian cara kita membasuh kesan najis khinzir pada pendapat majoriti ulama. (IH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/china-teruskan-festival-daging-anjing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polres Cimahi Ungkap Oplosan Daging Celeng Dijadikan Bakso Dan Rendang

Polres Cimahi Ungkap Oplosan Daging Celeng Dijadikan Bakso Dan Rendang

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 170 hits
Empat pelanggan tetap itu kata dia berada di Majalaya Tasikmalaya Purwakarta Cianjur dan Bandung
Daging Masak Kicap Berempah Memang Asli Kesedapannya

Daging Masak Kicap Berempah Memang Asli Kesedapannya

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 654 hits
Cara masak macam masak kari tapi tambah sedap bila ditambah kicap Selain daging boleh juga diganti ayam ikan atau sotong Apa pun masa menumis pastikan ia betul betul pecah minyak dengan aroma wangi rempah kari tuh Jom semak resipi perkongsi...
Nasi Goreng Daging Kunyit

Nasi Goreng Daging Kunyit

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1222 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Petang tadi masa rehat adalah KK pergi makan kat satu kedai ni selalu jugalah makan kat siniBiasa pesan nasi goreng ayam kunyit kali ni tukar selera pula kita cuba nasi goreng daging kunyit macam luar b...
Sabahan Director S Short Documentary About Racism Impresses Critics At Us Film Festival

Sabahan Director S Short Documentary About Racism Impresses Critics At Us Film Festival

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 307 hits
All I Did Was Smile and Say Hello is based on the true story of an Asian woman s experience with racism amid the COVID 19 pandemic small Cover image via Soon King Yaw Facebook span span amp KQED YouTube span span small An animated short doc...
Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

Daging Masak Merah Sedap Macam Di Kedai Tomyam

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 522 hits
Kalau berkunjung ke kedai tomyam pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri Boleh ma...
Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

Masak Daging Goreng Kunyit Lembut Sedap Tak Liat Ini Cara Tepat Nak Masak Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 329 hits
Daging goreng kunyit memang sedap di makan bersama nasi panas kerana rasanya yang ringkas tetapi cukup mengenyangkan Pun begitu daging yang liat dan keras buat selera terpotong secara tiba tiba Keadaan inilah yang membuatkan daging kunyit m...
Hukum Tuan Korban Makan Daging Korban

Hukum Tuan Korban Makan Daging Korban

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 426 hits
Apakah hukum tuan korban makan daging korban Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Yang sebenarnya tuan korban boleh atau tidak makan sama daging k...
Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 571 hits
Breakfast Nasi Lemak Homemade Dengan Dendeng Daging Horeyy Sebelum pergi kerja sempat juga siapkan breakfast untuk family dan hero tersayang Ada 3 hero di rumah ni maka ada 3 set lauk untuk nasi lemak homemade ku ini Lauk yang tersedia adal...
Sosej Dan Bebola Daging Keluaran Miqail Stokis Diperlukan

Sosej Dan Bebola Daging Keluaran Miqail Stokis Diperlukan

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 636 hits
Assalamualaikum w b tProduk tempatan Bumiputra Islam yang baru PRDOUK TINGGI PROTEIN PRODUK RENDAH LEMAK TIADA MSG RESEPI HOME MADE ASLI MENGGUNAKAN GARAM BUKIT PINK TIADA SODIUM NITRATE TIADA PEWARNA TAMBAHAN TIADA PENGAWET MAKANAN TIADA L...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization