China Amerika Perlulah Hormati Perundangan Antarabangsa



PAS menggesa semua pihak agar menghormati garis sempadan perairan negara-negara ASEAN dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) setiap negara yang berada dalam lingkungan kawasan Laut China Selatan.
Pencerobohan mana-mana pihak terhadap kawasan tersebut adalah dianggap sebagai mencabuli undang-undang maritim antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.PAS memandang serius laporan tentang kapal penyelidikan milik China, Haiyang Dizhi 8 yang berada berdekatan dengan kapal penerokaan milik Petonas yang dipercayai berada di kawasan perairan milik Malaysia.Ia boleh dianggap sebagai satu usaha untuk menimbulkan intimidasi mahupun provokasi terhadap Petronas dan juga pencerobohan terhadap perairan Malaysia.Kerajaan China perlu melihat persahabatannya dengan negara-negara ASEAN sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah secara diplomasi dan perundingan tentang tuntutan bertindih Laut China Selatan dan kepulauan di sekitarnya.Sebarang pertikaian berpanjangan dan konfrontasi tidak akan menguntungkan mana-mana negara dan pihak yang berkepentingan.Oleh itu, semua pihak diminta mematuhi undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui dan ditetapkan sama ada oleh UN Convention on the Law of the Sea ( UNCLOS ) dan juga keputusan timbang tara oleh International Court of Justice ( ICJ ) serta the International Tribunal for the Law of the Sea ( ITLOS ).Jika semua pihak mematuhi dan bertanggungjawab terhadap undang-undang dan juga keputusan yang ditetapkan, sebarang tuntutan bertindih mampu diselesaikan secara baik dan aman begitu juga pertikaian yang berpanjangan serta lebih buruk mampu dielakkan.Laut China Selatan dan kawasan kepulauan di sekitarnya perlu dikekalkan sebagai zon selamat dan bebas oleh semua pihak memandangkan ia adalah salah satu laluan perdagangan utama dunia, disamping kaya dengan hasil lautan seperti perikanan dan juga hasil minyak dan gas.Jika berlaku sebarang ancaman di perairan tersebut serta kawasan kepulauan di sekitarnya, ia bakal menjejaskan ekonomi dunia serta negara-negara di sekitarnya dan juga nelayan-nelayan yang bergantung kepada hasil laut untuk menampung keperluan ekonomi mereka.Kehadiran 2 buah kapal perang milik Amerika Syarikat juga mampu memburukkan keadaan serta mungkin menimbulkan intimidasi kepada China.Perseteruan dua kuasa besar dunia antara Amerika Syarikat dan China tidak harus dibabitkan ke pentas ASEAN memandangkan negara-negara ASEAN mengamalkan sikap saling menghormati hak, diplomasi dan perundingan dalam mengekalkan keamanan serantau.Berpadalah dengan ancaman pandemik Covid-19 yang kini perlu dihadapi dengan sebaiknya oleh semua negara. Ancaman nyawa dan ekonomi rakyat terbanyak wajar diberi keutamaan oleh semua pihak.Maka dengan ini, PAS menyeru semua pihak agar menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan antara negara. Ruang diplomasi dan perundingan harus diutamakan dalam usaha untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dan tuntutan.Kekalkan dan hormati kedaulatan negara-negara ASEAN dan perairannya. Malaysia dan ASEAN harus berusaha untuk menjamin keamanan serantau, menjaga kepentingan dan kedaulatannya. ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

#sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/04/china-amerika-perlulah-hormati.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Amerika Saman China

Covid 19 Amerika Saman China

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 284 hits
Donald Trump WASHINGTON Amerika Syarikat bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik koronavirus Tuntutan i...
Covid 19 Amerika Saman Pemimpin China Kerana Didakwa Menipu

Covid 19 Amerika Saman Pemimpin China Kerana Didakwa Menipu

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 253 hits
WASHINGTON Missouri Amerika Syarikat semalam bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik ...
Amerika Saman Pemimpin China Dakwa Sengaja Tak Hentikan Wabak Covid 19

Amerika Saman Pemimpin China Dakwa Sengaja Tak Hentikan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 297 hits
WASHINGTON Missouri Amerika Syarikat semalam bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik ...
Covid 19 Amerika Saman Pemimpin China

Covid 19 Amerika Saman Pemimpin China

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 307 hits
WASHINGTON Missouri Amerika Syarikat semalam bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik ...
China Working On Merging Its Biggest Brokers To Take On Wall Street

China Working On Merging Its Biggest Brokers To Take On Wall Street

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 176 hits
China has started the process of potentially merging its two biggest brokerage firms to create a company that can better compete with the global investment banks as the country opens up its financial markets according to people familiar wit...
Restoran Fast Food Di China Sekat Pelanggan Kulit Gelap Masuk Premis Bimbang Mereka Bawa Koronavirus

Restoran Fast Food Di China Sekat Pelanggan Kulit Gelap Masuk Premis Bimbang Mereka Bawa Koronavirus

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 405 hits
Sebuah restoran McDonald di China didakwa menyekat pelanggan berkulit gelap dari memasuki premis kerana bimbang mereka merupakan pembawa koronavirus Video yang tular di media sosial baru baru ini menunjukkan seorang pelanggan memegang notis...
China Delays Mask And Ventilator Exports After Quality Complaints

China Delays Mask And Ventilator Exports After Quality Complaints

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 190 hits
Chinese customs officials facing accusations from Europe that some medical supplies have been defective say they will inspect every shipment Chinese officials have begun inspecting every shipment of N95 respirators ventilators and other med...
Saluran Tv China Senaraikan Dr Noor Hisham Antara 3 Doktor Terbaik Amp Diyakini

Saluran Tv China Senaraikan Dr Noor Hisham Antara 3 Doktor Terbaik Amp Diyakini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 221 hits
Berita Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID 19 di negara ini Memetik laporan Astro Awani pengiktirafan itu diberikan ol...
Ujian Vaksin Covid 19 Sudah Berjaya Masuk Fasa Kedua Di China Najib

Ujian Vaksin Covid 19 Sudah Berjaya Masuk Fasa Kedua Di China Najib

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 310 hits
Gabungan syarikat CanSino dari Hong Kong dengan kerajaan negara China mengumumkan fasa pertama ujian Vaksin sudah tamat pada 2hb April 2020 Fasa pertama yang mengambil masa 14 hari telah melibatkan 108 sukarelawan Seramai 500 sukarelawan ak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities