Cheng Hoe Salah Taktikal



PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. - Foto EPACheng Hoe salah taktikal

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni mempertikaikan taktikal pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sekali gus menyumbang kepada kekalahan 0-2 kepada Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Jumaat lalu.



Menurut Bakri, kekalahan pertama dalam saingan Kumpulan A kempen Piala AFF 2018 itu sebenarnya boleh dielakkan jika Cheng Hoe menekankan aspek bertahan daripada menggunakan strategi menyerang.



Apatah lagi katanya, skuad Harimau Malaya kendaliannya hanya hadir selaku pasukan pelawat di Hanoi.




"Kalau ada mekanisma pegang bola 20 sentuhan boleh dapat satu gol, saya kira Malaysia boleh menang besar malam itu," katanya ketika dihubungi Sukan NSTP.



"Vietnam bukanlah kuat mana pun, mereka juga sebenarnya takut untuk berdepan kita. Ia dapat dilihat apabila mereka lebih menggunakan taktikal bertahan dengan sesekali menyerang balas ke kubu negara.



"Perkara yang menghairankan saya ialah kenapa kita selaku pasukan pelawat pula yang menyerang, sedangkan biasanya pasukan tuan rumah yang akan menyerang untuk mendapatkan gol.



"Tetapi malam itu, terbalik, kita pula menyerang dan Vietnam bertahan. Sepatutnya jurulatih kita mengarahkan permainan tertutup supaya penyerang Vietnam tidak dapat bergerak.



“Dan kita pula mengharapkan serangan balas seperti mana yang pernah dilakukan pasukan Dollah Salleh empat tahun lalu," katanya.



PEMAIN Vietnam, Luong Xuan Truong (dua dari kiri) diasak pemain Malaysia, Muhammad Akram Mahinan (dua dari kanan) dalam aksi Piala AFF 2018 di Stadium Nasional My Dinh, Jumaat lalu. - Foto EPA


Pada edisi 2014, skuad negara yang dibimbing Dollah berjaya mengejutkan skuad The Golden Dragons di Hanoi apabila melakar kemenangan 4-2 pada separuh akhir kedua untuk mara ke final menerusi agregat 5-4.



Bagaimanapun, hasrat untuk melihat skuad Cheng Hoe mengulangi pencapaian itu gagal apabila Vietnam meraih gol dalam setiap babak menerusi percubaan Nguyen Cong Phuong (minit ke-12) dan Nguyen Anh Duc (minit ke-60).



"Sejak dulu lagi, penyerang Vietnam memang laju macam lipas kudung. Apabila kita tahu penyerang lawan laju, tindakan pertama yang akan diambil ialah kecilkan ruang buat mereka untuk berlari ke depan.



"Tetapi dalam perlawanan kali ini tidak. Pertahanan kita terutamanya kiri dan kanan naik terlalu tinggi dan akhirnya membuka ruang buat penyerang Vietnam untuk bergerak.



“Akhirnya mereka dapat gol, walaupun sebenarnya kita lebih banyak menguasai bola," katanya yang membawa Malaysia mara ke temasya Sukan Olimpik 1980.



Kekalahan pertama selepas menang 1-0 ke atas Kemboja dan 3-1 dengan Laos itu meletakkan Malaysia dalam misi wajib menang ke atas Myanmar yang kini menduduki tangga teratas kumpulan, namun berkongsi enam mata bersama Vietnam dan Malaysia.



Aksi terakhir skuad negara berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.


- bharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/cheng-hoe-salah-taktikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cheng Hoe Pertahan Aksi Harimau Malaya

Cheng Hoe Pertahan Aksi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 326 hits
JURULATIH Tan Cheng Hoe NSTP Azhar RamliCheng Hoe pertahan aksi Harimau MalayaMESKIPUN situasi agak kritikal buat Malaysia untuk melepasi halangan Kumpulan A Piala AFF namun jurulatih Tan Cheng Hoe mengakui tidak akan mengubah cara permaina...
Vietnam Miliki Kelebihan Berganda Cheng Hoe

Vietnam Miliki Kelebihan Berganda Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 222 hits
JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi hari ini Foto Azhar RamliVietnam miliki kelebihan berganda Cheng HoeSEPANG Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Tan Cheng Hoe mengakui V...
Fokus Misi Separuh Akhir Cheng Hoe

Fokus Misi Separuh Akhir Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 293 hits
CHENG Hoe ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil NSTRP Asyraf HamzahFokus misi separuh akhir Cheng Hoe KUALA LUMPUR Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe...
Saya Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Pasukan Cheng Hoe

Saya Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Pasukan Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 301 hits
KUALA LUMPUR 8220 Setiap jurulatih ada cara dan gaya permainan sendiri dan saya tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita 8221 Demikian jawapan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe yang menepis dakwaan bekas pemain kebangsaan e...
Vietnam Enggan Terpedaya Kata Kata Manis Cheng Hoe

Vietnam Enggan Terpedaya Kata Kata Manis Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 285 hits
KETUA jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe dan ketua jurulatih Vietnam Park Hang seo pada sidang media praperlawanan di Ibu Pejabat VFF hari ini Foto ihsan Facebook FAMVietnam enggan terpedaya kata kata manis Cheng HoeHANOI Jurulatih Vi...
Vingada Percaya Ramuan Cheng Hoe

Vingada Percaya Ramuan Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengendali skuad kebangsaan Nelo Vingada percaya Tan Cheng Hoe mempunyai ramuan tersendiri untuk memacu Harimau Malaya menjayakan misi wajib menang ke atas Myanmar Sabtu ini Perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF di Sta...
Kritikan Suntik Semangat Pemain Cheng Hoe

Kritikan Suntik Semangat Pemain Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 224 hits
Kritikan suntik semangat pemain Cheng HoeKUALA LUMPUR 24 Nov Ketua jurulatih skuad negara Tan Cheng Hoe menyifatkan kritikan penyokong susulan kekalahan kepada Vietnam menyumbang kepada kemenangan 3 0 ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kump...
Harimau Malaya Mampu Baham Myanmar Cheng Hoe

Harimau Malaya Mampu Baham Myanmar Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 246 hits
TAN Cheng Hoe NSTP Hazreen MohamadHarimau Malaya mampu baham Myanmar Cheng HoeKUALA LUMPUR Selepas menganalisa dan mengkaji kekuatan serta kelemahan pasukan Myanmar Tan Cheng Hoe tanpa berselindung mengakui skuad Harimau Malaya mampu melepa...
Itu Cara Saya Cheng Hoe

Itu Cara Saya Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 311 hits
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe NSTP Asyraf HamzahItu cara saya Cheng HoeKUALA LUMPUR Setiap jurulatih ada cara dan gaya permainan sendiri dan saya tahu apa yang terbaik untuk pasukan kita Demikian jawapan ketua jurulatih...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai