Chegubard Berang Faizal Azumu Penyebab Kekalahan Bersatu Negeri Sembilan
Chegubard berkata keputusan Muhyiddin melantik Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai pengerusi PN Negeri Sembilan sebenarnya menyukarkan gabungan terbabit untuk mengambil alih negeri berkenaan
Dengan pelantikan Ahmad Faizal mengetuai PN Negeri Sembilan, status negeri itu sebagai kawasan berpotensi untuk dimenangi bertukar kepada "mudah kalah."
Malah dia juga mendakwa ada antara calon yang dikemukakan Bersatu dalam PRN pada 12 Ogos lalu sebenarnya dipilih selepas mereka dicadangkan beberapa ketua cawangan Umno.
Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, harus bertanggungjawab atas kegagalan parti itu merampas Negeri Sembilan daripada PH pada pilihan raya negeri (PN) lalu, kata ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin
“Kepada presiden juga, keputusan hantar Peja (Ahmad Faizal) oleh presiden sehingga menukar Negeri Sembilan sebagai negeri berpeluang menang kepada negeri mudah kalah, perlu diambil tanggungjawab.
“Senarai calon beberapa orang umur 70 tahun ke atas, calon tak sedia tanding, tak ada jentera, tanpa persediaan kewangan sangat pelik dan seolah-olah sengaja untuk (mencari) kalah.
“Senarai calon lebih bersedia diketepi dengan alasan alasan bodoh seperti calon umur 75 tahun dicadangkan lapan ketua cawangan Umno,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.
Badrul Hisham juga mendakwa dia ada mengingatkan Muhyiddin bahawa kekuatan Bersatu dan PN bukanlah daripada kepimpinan tertinggi sebaliknya akar umbi dan kekuatan "gelombang" rakyat
Sementara itu dia turut mempersoalkan mengapa Bersatu Kedah hanya menamakan tiga wakil rakyat untuk mengisi jawatan exco dalam kerajaan negeri serta seorang timbalan speaker DUN
Dia mendakwa perkara itu didedahkan menerusi surat Bersatu Kedah kepada Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor
“Kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan keputusan berbeza dengan keputusan Bersatu pusat,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2023/08/chegubard-berang-faizal-azumu-penyebab.html