Chef Wan Mohon Maaf Pada Najib Kerana Terlepas Cakap


Diterbitkan Hari ini 1:16 tengahari 

Chef Wan hari ini mengaku terlepas cakap berhubung kenyataannya yang berkata mahu menampar muka bekas perdana menteri Najib Razak.

Dalam kenyataan di Instagram yang mempunyai 500,000 pengikut, cef selebriti itu memohon maaf secara terbuka kepada Najib dan menjelaskan beliau berkata demikian kerana emosi.

"Kepada Najib, pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar yang saya telah gunakan sewaktu saya merasa amat marah.

"Ya, saya tidak mahu menjadi manusia yang tidak mengenang jasa yang tidak menghargai sumbangannya kepada negara ini.

"Mari berlaku adil, beliau adalah ahli politik dan beliau perlu berdepan semua (kritikan) ini secara terbuka.

"Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri seperti yang saya lakukan pagi ini. Ya, saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah,” kata Chef Wan, seperti tangkap layar kenyataan itu yang disiarkan Astro Awani.

Akaun Instagram Chef Wan ketika berita ini ditulis hanya dapat diakses oleh pengikutnya.

Semalam, ketika hadir berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, Cameron Highlands, media melaporkan Chef Wan yang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada Najib yang merupakan bekas pengerusi gabungan itu.

Pertahan kritikan

Untuk rekod, ia bukan kali pertama Chef Wan yang membesar di petempatan Felda menyatakan rasa kecewanya berhubung agensi kerajaan itu.

Pada 2017, Chef Wan berkongsi kekecewaan sama selepas membaca laporan media termasuk siasatan SPRM ke atas agensi itu.

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad ketika itu menyatakan penghargaan kepada Chef Wan kerana menurutnya beliau "berani berkata benar dan menegakkan keadilan di saat mengekalkan pendiriannya untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti politik."

Sementara itu, dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini, Chef Wan bagaimanapun tetap mempertahankan kritikannya terhadap BN dan Najib berhubung isu Felda.

"Tidak bermakna apa yang saya hujahkan semalam tidak betul kerana saya sanggup berdiri atas nama Allah untuk menyatakan kebenaran.

"Kepada penyokong Najib, saya cuma boleh kata, jangan jadi batu api," katanya.

Mengulas berhubung kenyataan Chef Wan semalam, Najib sekadar berkata beliautidak mempunyai sebabuntuk melayan perkara itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/chef-wan-mohon-maaf-pada-najib-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

Saya Mengaku Silap Bila Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Selepas Mahu Tampar Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 365 hits
Chef Wan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu Loading Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail dalam kenyataan di instagram ...
Mengaku Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Pada Najib

Mengaku Dirasuk Syaitan Chef Wan Mohon Maaf Pada Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 525 hits
Yes saya mengaku saya silap bila di rasuk syaitan dan naik marah ungkap selebriti masakan terkenal Malaysia Chef Wan didalam satu permohonan maafnya terhadap bekas Perdana Menteri DS Najib Razak hari ini Chef Wan juga mengakui beliau silap ...
Chef Wan Minta Maaf Dan Mengakui Silap Kerana Teringin Menampar Najib Hancing Viral

Chef Wan Minta Maaf Dan Mengakui Silap Kerana Teringin Menampar Najib Hancing Viral

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 429 hits
Selepas membuat kenyataan kontroversi mahu menampar Datuk Seri Najib Razak pagi ini Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu Chef Wan mengakui beliau silap membuat kenyataan sedemikian kerana amat marah To DS Na...
Chef Wan Mengaku Silap Minta Maaf Pada Najib

Chef Wan Mengaku Silap Minta Maaf Pada Najib

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 465 hits
KUALA LUMPUR Selepas membuat kenyataan kontroversi mahu menampar Datuk Seri Najib Razak pagi ini Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri itu Chef Wan mengakui beliau silap membuat kenyataan sedemikian kerana amat m...
Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

Hiburan Chef Wan Mohon Maaf Mahu Tampar Bekas Pm Najib Razak

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 364 hits
Hadir untuk berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan Ahad lalu Chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan didakwa telah mengeluarkan kenyataan kontroversi mahu menampar muka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Terbaru ...
Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

Chef Wan Teringin Nak Tampar Najib

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 478 hits
Chef Wan teringin nak tampar Najib PRK CAMERON Cef selebriti itu geram dengan tindakan bekas PM menguruskan isu Felda sebelum ini
Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

Video Selepas Viral Nak Tampar Najib Menteri Tolong Chef Wan Memasak

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 515 hits
Suasana Felda Sungai Koyan 1 di Jelai Cameron Highlands meriah dengan kehadiran cef selebriti Chef Wan yang hadir untuk berkempen sempena pilihan raya kecil dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan Turut hadir Menter...
Nak Tampar Najib Budi Bahasa Chef Wan Tidak Menguntungkan Ph

Nak Tampar Najib Budi Bahasa Chef Wan Tidak Menguntungkan Ph

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 376 hits
Tindakan selebriti masakan Chef Wan mahu menampar bekas Perdana Menteri Najib Razak atas dakwaan telah mewujudkan berlakunya salah urus dalam Felda bukanlah suatu perlakuan yang sihat dan menguntungkan Pakatan Harapan sebenarnya Meskipun Ch...
Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

Najib Senyum Buat Apa Nak Layan Chef Wan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 482 hits
Diterbitkan Hari ini 8 32 malam Itu Chef Wan Buat apa nak layan Chef Wan Ringkas dan sinis jawapan daripada bekas perdana menteri Najib Razak apabila diminta mengulas niat Chef Wan yang ingin menamparnya Malah Najib menjawab soalan pemberit...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Akaun I Egold Bank Rakyat Kelebihan Syarat Dan Cara Mohon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km