Check Upt Naik 2 Garis Tak Payah Excited Pergi Scan Tunggulah Besar Sikit
Sepatutnya haid dah datang, tetapi terlewat. Sehari dua mungkin boleh tahan, tapi kalau dah masuk seminggu lambat mungkinkah sedang hamil? Terus laju dapatkan UPT di farmasi dan buat ujian air kencing. Lebih teruja, siap ajak suami ke klinik untuk buat ujian imbasan. Nak tahu usia kandungan, nak tahu confirm ke hamil. Sebenarnya semua itu tak perlu dibuat pada awal usia kehamilan.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abd Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ujian imbasan pada awal kehamilan boleh dibuat tetapi di atas beberapa sebab sahaja. Bukannya hanya berdasarkan haid datang lewat, terus bergegas ke klinik untuk buat. Biasanya doktor akan mencadangkan ibu di awal kehamilan untuk membuat ujian imbasan apabila dia mengalami pendarahan atau rasa sakit pada abdomen. Selain itu, ibu tersebut juga pernah melalui kehamilan luar rahim kerana dikhuatiri kes ini berulang.
Artikel Menarik: [Tak Nak Anak Cacat, Jangan Skip Makan Asid Folik Semasa 3 Bulan Pertama Kandungan]
Kalau dah biasa period datang, tetiba tak datang mestila pelik kan?
So pegi la check mengandung ke tak. Cara nak check tu simple je. Jumpa doktor atau sendiri boleh buat ujian air kencing ( urine pregnancy test, UPT). Boleh beli kat pharmacy UPT ni. Murah je.
Tu cara pertama nak tahu mengandung le tak. BUKAN kalut cari klinik untuk scan.
Takde cara short cut. UPT mesti dibuat dahulu untuk tahu mengandung ke idok.
Scan BUKAN cara pertama untuk tentukan sama ada sesorang tu mengandung ke tak.
Scan hanya dibuat jika :
1) pendarahan masa awal mengandung ( tu pun da kompem mengandung bila buat UPT )
2) si ibu mengadu sakit pada bahagian abdomen, tak kira ler sakit banyak ke sakit sikit
3) si ibu sebelum ni pernah ada kehamilan luar rahim, dikhuathiri kehamilan luar rahim berulang – ha yang ni sakit ke tak sakit, MESTI buat scan.
4) dah confirm mengandung, tapi period pulak tak hengat, so scan nak confirmkan berapa minggu dan tarikh jangka bersalin
Ye memang tahu, korang excited gilerrr nak scan. Belum letak probe scan kat abdomen pun dah tanya baby laki ka pompuan ka. Ada tu siap tanya baby ikut muka sapa – muka mak ke muka ayah ?🤦♂️
Mende yg perlu dibuat dahulu seperti UPT akan dibuat terlebih dahulu. Jangan melenting tak tentu pasal bila doktor mintak sampel kencing untuk UPT, walaupun korang beriya-iya nak scan dahulu.
Tak lari ke mana pun mesin scan tu !
Selain penjelasan dari Dr Izzat, Pa&Ma juga ingin berkongsi tentang jenis-jenis imbasan dan keperluannya untuk panduan para ibu:
Imbasan dan keperluannya
Imbasan ultrabunyi juga dikenali sebagai imbasan ultrasound ataupun sonografi yang melibatkan pemancaran gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. Gelombang bunyi akan melalui rahim dan imej bayi dan dipantul balik. Pantulan ini kemudiannya diproses oleh mesin dan komputer untuk mewujudkan imej pada skrin yang mendedahkan kedudukan dan pergerakan bayi.
Imbasan ultrabunyi dianggap sebagai kaedah yang selamat, tepat dan menguntungkan. Ia berbeza dengan X-ray di mana ia menggunakan pengionan yang membahayakan manakala imbasan ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi. Ia menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Pengimejan ultrabunyi, juga dikenali sebagai imbasan ultrabunyi atau sonografi, melibatkan penggunaan transduser kecil (probe) dan gel ultrabunyi diletakkan terus pada kulit.
Artikel Menarik: [Makan Produk Tenusu Ada Peluang Dapat Anak Kembar? Dr Hamid Beri Panduan]
Pengimejan ultrabunyi merupakan ujian perubatan invasif yang membantu mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan. Ultrabunyi memainkan peranan yang penting dalam penjagaan setiap ibu hamil. Antara sebab ia penting adalah untuk:
Mengetahui kedudukan uri dan tahap air ketuban.Menentukan usia sebenar bayi dan jangkaan tarikh lahirnya.Mengetahui bilangan bayi sama ada tunggal ataupun kembar.Memeriksa perkembangan fizikal bayi dan kecacatan kelahiran.Memeriksa perkembangan bayi sama ada sesuai dengan peringkat perkembangannya.Beza 2D, 3D & 4D
Imbasan 2D memberi gambar dua dimensi dalam warna hitam putih. Imbasan ini juga dikenali sebagai imbasan morfologi. Paling baik dilakukan pada minggu ke-20 hingga 26 kehamilan. Ia merupakan imbasan terperinci bayi dan banyak aspek yang akan dinilai semasa proses imbasan dilakukan. Ini bagi memastikan perkembangan bayi adalah normal.
Biasanya sonografer akan melihat kepala dan otak bayi, muka termasuk profil bibir, jantung, dada termasuk diafragma; abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing, perut, tulang belakang, anggota badan termasuk tangan dan kaki.
Imbasan ini perlu dilakukan di dalam keadaan yang baik dan memerlukan kerjasama bayi. Jika kedudukan bayi tidak menentu, anda mungkin terpaksa pulang dan datang kembali pada masa yang lain.
Setiap bayi mempunyai ciri-ciri tersendiri. Contohnya, sesetengah bayi mempunyai ukuran kepala yang lebih besar atau ukuran tulang paha yang lebih pendek. Ciri-ciri ini sering sama dengan ibu bapanya. Aspek-aspek lain yang dinilai adalah:
Kadar jantung bayi.Bilangan bayi.Kedudukan plasenta.Jumlah cecair amnion sekitar bayi.Tempoh pembukaan laluan serviks.Rahim ibu.Imbasan 3D pula merupakan gambar statik tiga dimensi dan 4D pula merupakan rakaman video. Imbasan 3D dan 4D dianggap selamat seperti imbasan 2D kerana imej-imej yang terdiri daripada bahagian-bahagian imej dua dimensi ditukar ke dalam bentuk gambar.
Imbasan 3D dan 4D boleh memberikan lebih banyak maklumat kerana ia boleh menunjukkan lebih terperinci dari sudut yang berbeza. Pengimbasan 3D dan 4D juga berguna untuk melihat hati dan organ-organ dalaman yang lain. Sebelum 26 minggu, bayi anda mempunyai sangat sedikit lemak di bawah kulit. Jadi, tulang mukanya akan mudah dilihat dengan lebih jelas. Selepas 32 minggu, kepala bayi akan pergi jauh ke dalam pelvis dan anda mungkin tidak dapat melihat wajahnya.
Pada minggu ke-28, jika plasenta berada di hadapan rahim (anterior plasenta), anda akan melihat imej terbaik wajah bayi! Namun, kadang-kadang ia tidak berlaku seperti yang diharapkan. Ia bergantung pada kedudukan bayi di dalam rahim. Pihak sonografer mungkin akan meminta anda untuk berjalan-jalan dahulu atau datang kembali dalam tempoh seminggu dengan harapan bayi berubah ke kedudukan yang lebih baik.
Sumber: Dr Muhammad Izzat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/10/check-upt-naik-2-garis-tak-payah.html