Charger Iphone Meletup
Charger iPhone Meletup!
Cerita dua minggu lepas yang tak sempat KakYa tulis kat blog. Charger iphone meletup ni dua minggu lepas punya citer. Aduhai tak tahulah nak tulis camne tapi rasa nak tulis jugak kisah ni kat sini. First time la dalam sejarah kehidupan KakYa berhadapan dengan charger telefon meletup. Bukan charger elefon KakYa tapi yang encik suami suami. Charger iphone pulak tu.
Kisah Di Sebalik Charger iPhone Meletup
Kisahnya balik kerja pada 13 Februari 2022 sekitar jam 6.50 petang masa tu. Encik suami charge iPhone kat bilik . Dalam masa tak sampai 10 minit gitu tetiba bunyi satu letupan yang kuat kat dalam bilik dan blackout satu rumah. Suis utama tendang secara auto. Terkejut KakYa dan encik suami. Terus tanya encik suami, bunyi apa tu? Kat mana datangnya bunyi meletup tu? Kuat jugakla bunyi meletup pastu ada bau macam terbakar camtu.
Encik suami cakap dari dalam bilik. Masuk bilik tengok charger iPhone dah terpelanting dan aksesori kat dalam charger bertaburan kat dalam bilik. Pastu kat suis plug ada api sikit sikit yang dah hampir padam. Aduh terkejut tengok. Nasib baik la api kecil jer dan padam dengan cepat. Mujur juga takde apa apa yang memudaratkan berlaku.
iPhone Ok Charger Jer Rosak
Lepas dah yakin takde apa apa dengan plug kat bilik tu, encik suami terus check phone. Mula mula takut gak nak pegang phone tu, mana tahu tetiba iphone tu pulak yang meletup. Tak ke haru jadinya. Tapi dah nak check, tawakkal jer la pegang slow slow. Selawat banyak banyak pastu check iphone.
Syukur alhamdulillah phone ok, wayar charger pon ok takde masalah cuma charger jer yang rosak. Nasib jugak la iphone tu tak rosak kalau tak mahu nangis tak berlagu nak beli phone baru musim musim sekarang ni. Alhamdulillah ada rezeki lagi dengan iphone nan satu tu.
Sebenarnya charger tu bukan charger iphone encik suami tapi charger tu anak perempuan KakYa yang punya. Masa dia pergi asrama haritu dia bawak iphone dia tapi tertukar charger dengan abah dia. Dia ambik charger abah dia, abah dia guna charger dia.
Bunyi Meletup Tu Buat KakYa Fobia
Nak jadi cerita mujur jugak bukan anak KakYa yang guna charger tu kat asrama. Bimbang pulak bila ingat ingat balik charger meletup ni. Pasni kena hati hati lebih kalau charge phone. Rasa takut pon ada bila ingat balik charger tu meletup baru baru ni. Mintak jauh la pasni tanak dah terkejut ngan bunyi charger meletup. Rasa takut tu masih lagi rasa hingga ke hari ni. Tak padan ngan kecik, dia punya meletup tu kuat bunyinya siap pakej asap hitam kepul kepul lagi. Ya Allah minta jauh la benda benda ni dari berlaku lagi Ya Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2022/02/charger-iphone-meletup.html