Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser


Hi Korang,
Cetaphil®, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* berbesar hati mengumumkan pelancaran Hydrating Foaming Cream Cleanser, iaitu pembersih muka dan badan “krim kepada buih” baharu. Dirumuskan dengan aloe vera, pembersih yang memelihara dan melembapkan kulit ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti secara klinikal memberikan perlindungan kepada lapisan pelindung kulit sehingga 8 jam. Pembersih ini juga terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan sehingga 97% partikel pencemaran


Menggunakan teknologi yang terkini bagi produk “krim kepada buih”, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser mengaplikasikan Sistem Surfaktan Asid Amino yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan, malah solekan, di samping memastikan kulit kekal sihat dan tidak kering atau tegang

Teknologi ini juga menggabungkan sifat Aloe Vera yang menenangkan kulit dengan campuran bahan yang disokong secara dermatologi, iaitu Gliserin, Niasimida, dan Panthenol. Pembersih ini yang diaktifkan dengan air untuk bertukar kepada buih, membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit, lantas menjadikannya terhidrat dan berasa nyaman. Pembersih ini berkesan, namun lembut

Selain itu, pembersih ini telah terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan kekotoran yang menyebabkan liang pori tersumbat di samping memelihara lapisan pelindung semula jadi dan tahap pH kulit. Tambahan lagi, penggunaannya mengurangkan 5 tanda kulit sensitif dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan ketegangan dan kerengsaan kulit selepas 7 hari digunakan, menunjukkan pengurangan tanda sensitiviti kulit sebanyak 79% selepas 1 bulan

Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati terkemuka yang mendorong inovasi dalam bidang ini

“Galderma dan Cetaphil® komited dalam mendefinisikan semula penjagaan kulit, satu produk inovatif pada satu-satu masa. Kami memahami keperluan pengguna yang semakin berkembang, justeru inilah sebabnya kami memperkenalkan Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser – pembersih berbuih yang memenuhi keperluan khusus ini.”
“Meskipun pembersih tradisional menawarkan ciri berbuih yang diingini oleh pengguna, produk itu lazimnya menggunakan sistem surfaktan berasaskan sulfat yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kulit yang lain. Rumusan termaju kami membezakan kami dengan pembersih yang lain. Produk dihasilkan dengan teliti untuk membersihkan kulit secara berkesan di samping mengekalkan kelembapan kulit, tanpa sabun, pewangi dan paraben, sekali gus memastikan cirinya sebagai penyelesaian penjagaan kulit yang lembut namun menyeluruh,” tambahnya

Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka dengan harga hanya RM58 untuk pek bersaiz 236ml. 
Daripada pembersih kepada pelindung matahari dan seterusnya serum, Cetaphil® menawarkan pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan kulit yang berbeza, yang merangkumi rangkaian Cetaphil® Classic, Cetaphil® Sun, Cetaphil® Baby, Cetaphil® PRO-AD Derma, Cetaphil® Bright Healthy Radiance, dan Cetaphil® Optimal Hydration. Walau apa pun jua jenis kulit atau keperluan khusus anda, anda boleh membeli produk ini di farmasi terkemuka dan secara dalam talian di seluruh negara




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2023/09/cetaphil-hydrating-foaming-cream.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaatkan Kuasa Transformasi Pembersihan Pada Pelancaran Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser

Manfaatkan Kuasa Transformasi Pembersihan Pada Pelancaran Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 306 hits
Pembersih muka krim kepada buih ini dirumuskan dengan bahan pelembap seperti aloe vera untuk kesan penghidratan yang mendalam dan menenangkanCetaphil jenama penjagaan kulit dermatologi No 1 di Malaysia berbesar hati mengumumkan pelancaran H...
Nestle La Cremeria Boba Brown Sugar Ice Cream

Nestle La Cremeria Boba Brown Sugar Ice Cream

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 239 hits
AssalamualaikumBismillahHari tu kami pergi GS Mart ternampak aiskrim LA CREMERIA keluaran baru iaitu Nestle LA CREMERIA Boba Brown Sugar Ice Cream Aku dan suami memang suka makan aiskrim Setiap kali ada produk keluaran baru kami akan pergi ...
Pilih Susu Full Cream Atau Susu Low Fat Ini Bezanya

Pilih Susu Full Cream Atau Susu Low Fat Ini Bezanya

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 326 hits
Susu Full Cream adalah jenis susu yang mengandungi keseluruhan lemak yang terdapat dalam susu dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi Ia memberikan rasa penuh berkrim dan lebih tinggi dalam kalori Digunakan oleh individu yang memerlukan l...
Hentikan Kitaran Dehidrasi Dan Sensitiviti Kulit Dengan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel Baharu

Hentikan Kitaran Dehidrasi Dan Sensitiviti Kulit Dengan Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel Baharu

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 345 hits
Cetaphil jenama penjagaan kulit dermatologi No 1 di Malaysia memperkenalkan produk inovasi penghidratan era baharu dengan pelancaran tambahan produknya yang terkini dalam rangkaian Optimal Hydration Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenish...
Kucing Pun Suka Makan Telur

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Dap Slams Pas Mp For Likening Malaysia To Palestine Calls Remarks Extreme

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penang Turf Club A Central Park For The People

Why The Work From Anywhere Revolution Is The Biggest Opportunity For You In 2025

Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Beban Tersembunyi Seorang Ibu Yang Ramai Tak Nampak

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams

How Remodel Services Turn Disaster Repairs Into Design Opportunities