Certot Cicak


 Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Certot : Cicak

“Aduh, laparnya….”
Aku menggosok-gosok perut yang berbunyi. Itulah… kawan-kawan ajak makan, aku buat tak kisah sahaja. Maklumlah, makanan di asrama ini bukannya sedap sangat. Menu pun sama sahaja setiap hari.
Aku pun mula membuka almari. Mujurlah mak membekalkan aku banyak makanan seperti mi segera, susu segar dan Koko Krunch.
“Ahh… malaslah nak basuh cawan. Lagipun, cawan ni bersih lagi.” Aku monolog sendiri.
Aku ambil Koko Krunch dan tuangkan ke dalam cawan.
Tak semena-mena, ada bunyi aneh sewaktu aku hendak meletakkan susu segar. Seperti ada yang bergerak-gerak di dalam cawanku.
“Kak Sya!” panggilku sedikit kuat.
Terpaksa aku seru dia kuat-kuat. Aku dah tahu rutin dia malam-malam begini. Menelaah pelajaran sambil mendengar radio menggunakan earphone. Kalau aku panggil dia lembut-lembut, dia takkan dengar.


“Apa?”
“Sini kejap,” panggilku dengan perasaan cemas.
“Ada apa?” tanyanya, lalu berdiri di sebelahku.





“Akak boleh tolong tengok tak ada apa dalam cawan ni? Saya rasa ada benda bergerak dalam tu,” kataku dan cepat-cepat menghulurkan cawan itu kepada Kak Sya.
Gadis itu teragak-agak nak ambil. Aku rasa dia pun takut nak tengok apa yang ada di dalam tu.
Sememangnya Kak Sya ini ditugaskan untuk menjaga kami yang OKU penglihatan ini. Namun begitu, Kak Sya pun OKU penglihatan juga seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Cumanya, mata dia terang banyaklah daripada kami.
“Wei!”
“Ha, ada apa? Ada apa?” tanyaku cemas.
“Ada cicak! Arghhh!” Spontan dia melempar cawan yang berada di tangannya.
Aku pun apa lagi, tak peduli dengan Koko Krunch yang berterabur sana sini, terus memanjat katil kawan sebelah.
“Wei, cicak!”
Dah… tak pasal-pasal satu bilik menjerit. Masalahnya, cicak tu di mana sekarang? Masing-masing takut nak tengok bawah.
Satu lagi masalah, siapa pula yang nak sapu Koko Krunch yang berterabur tu?
Err… malas nak fikir!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2024/10/certot-cicak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lg S Brand Reinvention A Global Success Story

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

Ah Chong Posmen

Ruu Mufti Mufti Hentam Menteri Agama Kurang Faham

Senarai Hotel Murah Di Hatyai Harga Bawah Rm200

What S New In Android 15 Plus More Updates

Kini Tampil Bertudung Shasha Abedul Syukur Dapat Hidayah

Video Gelagat Kacak Tak Mahu Tiket Flight First Class Netizen Puji Sangat Humble Tak Berlagak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Art Of Reading

10 Rekomendasi Aplikasi Kasir Terbaik Di Indonesia

Kes Bunuh Kerat Lapan Abah Hayat Terlepas Tali Gantung

Lelaki Didakwa Menceroboh Rumah Wakil Rakyat

Certot Cicak

Viral Alarm Struggles Of Roommates Tips On How To Test Your Own