Certainty Dry Pants Membantu Mereka Yang Mempunyai Masalah Kawalan Pundi Kencing
Hi Korang,
Bila dah masuk umur-umur remaja purba ni, masalah terkucil, mudah terkencing secara tiba-tiba walaupun adakalanya tidak banyak tetapi ianya tetap menjengkelkan dan bagi kak lily mengerikan sungguh la kan
Inikan plak bagi mereka senantiasa aktif sepanjang hari
Kalau nak tahan memang boleh tahan tapi sampai bila kita boleh tahan menghadapi masalah ini. Baru-baru ini kak lily di perkenalkan dengan jenama dari Jepun iaitu Certainty® Dry Pants dari Unicharm yang bukan sahaja boleh digunakan oleh warga emas bahkan untuk golongan dewasa yang ada masalah dengan kawalan pundi kencing
Untuk info jenama Certainty bukan sahaja ada menawarkan Dry Pants bahkan terdapat juga wet tissue dan juga Dry Tape. Untuk produk dibawah keluaran Unicharm, selain jenama Certainty turut berada di pasaran adalah Lifree yang juga menyokong masalah pelawasan air kencing dan juga boleh digunakan sebagai tuala wanita untuk hari-hari yang haidnya banyak
Certainty® Dry Pants direka dengan penyerapan berganda yang berfungsi untuk memberi penyerapan secara terus tanpa kebocoran. Ianya dapat mengelakkan pengumpulan bakteria serta tidak mendatangkan bau yang tidak menyenangkan
Didatangkan dalam bentuk seluar dengan 2 kali regangan, pinggang elastik sekaligus memberi keselesaan. Paling penting ianya sangat mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja
Berbanding dari segi saiz memang lebih jelas Certainty® Dry Pants lebih selesa untuk mereka yang aktif bergerak. Oleh yang demikan Certainty® Dry Pants bukan sahaja boleh digunakan pada warga emas sahaja bahkan golongan dewasa juga sesuai menggunakannya
Untuk mereka yang sakit, kurang bergerak boleh disyorkan menggunakan Certainty® Max (pek warna merah) yang mampu menyerap lebih maksimum. Ini terutama mereka yang terlantar di perbaringan agak lama, strok, dimensia (hilang ingatan) dan sebagainya mengikut keperluan
Untuk saiz ada ditawarkan sehingga XXL, bolehlah kak lily belikan untuk ayah kak lily ni, sebab dia payah nak bangun dan bergerak hah
Namun begitu kita masih juga ada pilihan untuk produk Lifree yang didatangkan dalam bentuk pad yang lebih lebar dan tebal untuk kegunaan harian seperti kebocoran kerana terkucil dan masalah pundi kecing yang agak serius. Produk ini direkabentuk sesuai untuk golongan wanita sahaja
Contohnya jika ibubapa korang menggunakan produk Dry Tape bolehlah menggunakan sekali bersama Lifree Pad yang mempunyai ciri seperti berikut:
✅ Pad yang dapat menyerap dengan memberi perlindungan kebocoran maksimum
✅ Penyerapan cepat dengan dengan rekaan 3D
✅ Menghilangkan bau dengan AG+
Kak lily amat gemarkan semua produk keluaran Unicharm ini
Bukan sahaja boleh cadangkan dari segi kualiti, bahkan dengan sokongan rekaan terkini memberi rasa lebih selesa dan selamat digunakan untuk kegunaan setiap hari
Terima kasih Project Butterfly Malaysia dan team Certainty + Lifree Unicharm di atas penganjuran bengkel yang cukup bermakna, padat dan penuh berinformasi
Dengan Certainty dan Lifree kita pasti akan lebih yakin diri dalam menyokong gaya hidup harian yang aktif
Boleh dapatkan di sini: https://shorturl.at/fmzCF
Untuk lebih info: https://www.certainty.com.my/
Nak cuba dulu sebelum beli, tebus free sample: https://www.certainty.com.my/sample-request/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/10/certainty-dry-pants-membantu-mereka.html