Cerita Touch N Go Saya Yang Tidak Go


Saya yakin bukan saya sahaja telah melalui pengalaman ini. Tetapi tentunya pengalaman ini amat meletihkan dan mengecewakan.

Semua pasti memiliki kad Touch n Go. Dan semua pasti tahu kad Touch n Go ada tarikh luput. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memantau tarikh luput tersebut.

Lebih-lebih lagi jika kad tersebut terlekat dengan alat Smart Tag dan pengisian dilakukan melalui online banking. Kalau pun pernah isi ulang di kiosk, berapa ramai yang perasan?

Itulah yang berlaku kepada saya. Kad saya itu dibeli pada tahun 2011. Dan tarikh luputnya adalah pada bulan April 2021. Kad saya itu sentiasa terlekat pada alat Smart Tag saya.

Ada masa saya isi ulang menggunakan Maybank2U dan ada kalanya menggunakan kiosk.

Saya baru isi-ulang di kiosk tol ebor Batu Tiga pada akhir bulan Mei 2021. Sepatutnya pada ketika itu, Kiosk tersebut telah alert saya bahawa kad itu telah tamat tempoh.

Tetapi tidak! Kiosk itu menerima duit saya sebanyak RM300 dan kemas kini baki di kad saya.

Tetapi bila saya nak guna pada awal Jun 2021, tiba-tiba skrin paparan mengatakan kad saya sudah tamat tempoh. Saya terpaksa mengundur ke belakang menyusahkan orang lain.

Pelik! Bab wang, bab duit, Kiosk tak kenal pasti tarikh jatuh tempoh. Tetapi ketika pengguna hendak menggunakan tol, pengguna dilarang kerana kad sudah tamat tempoh.

Lebih ironi, saya berhubung dengan salah seorang kakitangannya dan memohon supaya diaktifkan semula melalui whatsapp. Kemudian saya dapat jawapan kad saya telah diaktifkan semula. Lega saya.

Tapi bila saya gunakan kad itu di Tol Putrajaya pada waktu petang hari yang sama, sekali lagi hak saya telah dinafikan. Dan saya terpaksa mencari kiosk untuk masukkan duit ke dalam Mykad saya.

Rangkaian Segar Sdn Bhd mengaku mereka adalah syarikat fintech pertama di Malaysia.

Apakah tujuan expiry date pada sesuatu kad Touch n Go itu? Kenapa tidak seperti bank, memberikan kad kredit dan kad ATM bercip percuma kepada pelanggan?

Dengan teknologi canggih masa kini, dengan IR4.0, kenapa Touch n Go tidak menggunakan sistem dan teknologi untuk memberi tahu kepada pengguna di paparan tol berkaitan tarikh luput?

Kenapa Kiosk isi ulang mereka tidak ‘alert’ tarikh tamat tempoh ketika pelanggan mengisi ulang?

Lebih canggih dan mudah dibuat seperti syarikat insurans, Touch n Go boleh memberitahu pelanggan tiga bulan sebelum tarikh luput kad.

Atau, dengan data pelanggan yang ada pada mereka, bukankan mudah untuk Touch n Go menghantar notis tarikh luput melalui e-mel?

Bukankah ini sebahagian daripada pengalaman pengguna yang harus ada pada setiap syarikat seperti Rangkaian Segar.

Ini belum lagi diceritakan bagaimana susahnya nak telefon khidmat pelanggan mereka.

Dan bila ditanya, bagaimana cara kita boleh update dan mendapatkan kad baru. Pelanggan disuruh ke salah satu hub Touch n Go. Bukankah ini 10 langkah ke belakang dalam era pendigitilan yang dilaungkan kerajaan.

Dan dalam pandemik Covid-19 - ketika kerajaan mengarahkan supaya pergerakan dan mobiliti rakyat dikurangkan - Rangkaian Segar masih meminta pelanggannya untuk ke hub mereka, dengan segala risiko jangkitan?

Sebuah cerita sedih dari syarikat fintech pertama Malaysia!
Sumber: Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/cerita-touch-n-go-saya-yang-tidak-go.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Rabu

Cerita Rabu

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum MASA buat Memo Arahan Kelas Dalam Talian pagi tadi baru Sk perasan dah 28 Syawal Diam tak diam dah nak masuk bulan Zulkaedah Hari ini Iman ada temujanji rawatan gigi di Klinik Pergigian I Sihat Bukit Indah waktu tengahari Ja...
Set Buku Cerita How About You Series

Set Buku Cerita How About You Series

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 538 hits
The main objectives of How About You Series are to instill in the children s hearts the faith in Sovereignty Unshared and Ultimate Authority of Allah SWT This aim can be achieved by observing the sign of Allah SWT as manifested in His creat...
Dengar Cerita Dua Ekoq Ni Dok Kalut Kumpul Sd

Dengar Cerita Dua Ekoq Ni Dok Kalut Kumpul Sd

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 146 hits
Panas Hishammuddin bakal PM Azmin TPM antara cadangan pelan pengunduran Muhyiddin June 11 2021 Pergolakan politik semasa nampaknya memberi ruang sebebasnya untuk semua pihak mencatur kepemimpinan negara Berikutan pertemuan pemimpin parti po...
Maklumat Ini Tidak Tepat Saka Buat Cerita

Maklumat Ini Tidak Tepat Saka Buat Cerita

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 153 hits
Maklumat ini tidak tepat yang sebenarnya pejabat Tun Mahathir yang lebih dulu menghubungi Anwar dan kemudian baru Anwar menelefon Tun Mahathir lalu mereka berbual sekitar 20 minit
Hiburan Terpaksa Buat Studio Sendiri Nazrief Nazri Kongsi Cerita Isteri Mengidam Benda Pelik

Hiburan Terpaksa Buat Studio Sendiri Nazrief Nazri Kongsi Cerita Isteri Mengidam Benda Pelik

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 342 hits
Pelakon Nazrief Nazmi akui berasa teruja dan berdebar untuk menimang cahaya mata pertama pada bulan Julai nanti kerana baginya ia merupakan tanggungjawab yang besar untuk dipikul AdvertisementNazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Moh...
Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

Cerita Dari Sebalik Kemusnahan Hutan Simpan Tasik Chini Ayuh Bangkit Cegah Kemungkaran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 240 hits
TEMERLOH Kemusnahan hutan simpan di Tasik Chini sudah tidak perlu dinafikan lagi Ini kini menjadi buah mulut ramai pihak dari dalam dan luar negara Tasik Chini adalah merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera ...
Koleksi Cerita Kanak Kanak Mengikut Abjad

Koleksi Cerita Kanak Kanak Mengikut Abjad

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 376 hits
Koleksi Cerita Kanak kanak Mengikut Abjad ini menyusun setiap cerita ringkas mengikut abjad yang digunakan Bahan ini sesuai untuk diberikan kepada kanak kanak prasekolah dan murid tahun 1 bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam Bahasa Ing...
Cerita Selasa

Cerita Selasa

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum TAMAT dah sesi WFH hari ni Itupun tataw lagi kot petang petang nanti ada yang baru nak hantar laporan Memang esok ajelah Sk update Amboiii berkira benau ya ekau hahaha Hari ni pun buat kerja dari ruang tamu jer kesian tengok...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini