Cerita Tentang Coldplay Dan Lagho
Sesuatu yang menarik untuk direnung bersama. Penulisan dibawah diambil dari Facebook Ahmad Wazir Aiman bertarikh 26 Nov 2023. Artikel dibawah merupakan pandangan beliau bukan pandangan blog Buka Minda ini. Jom baca
Sumber gambar : wikipedia
CHERRY PICKING, BIAS KOGNITIF DAN LOGICAL INCONSISTENCIES
Tulisan ini agak panjang, dibahagikan kepada 3 bahagian. Jemput baca, berfikir dan cerminkan pendirian diri masing-masing
Disclaimer: Saya tak pernah pergi ke sebarang konsert seumur hidup saya. Penulisan ini bukan untuk normalisasikan konsert, jauh sekali untuk mengajak lebih ramai orang pergi konsert. Tulisan ini hanya bertujuan untuk mengajak kita periksa diri sama ada kita sedang mengamalkan fallacies tanpa kita sedari.
[BIAS KOGNITIF]
Tentangan yang vokal di media sosial terhadap penganjuran konsert di Malaysia ini bukannya sesuatu yang baru. Namun, terdapat bias kognitif yang sangat jelas terhadap aneka hiburan yang dinikmati penduduk negara kita
Bila ditanya apa antara tujuan penganjuran konsert dikecam, jawapan seperti unsur lagho dan juga elemen maksiat menjadi jawapan utama. Menariknya, hampir semua jenis hiburan yang kita consume pada hari ini, sebenarnya boleh dikaitkan dengan kritikan yang sama
Saya bagi contoh yang mudah:
Di Malaysia, majoriti daripada kita bukan sahaja mernomalisasikan, turut menyokong loud and proud satu jenis hiburan yang tidak menutup aurat, tidak menjaga ikhtilat, sarat dengan promosi syarikat arak, judi dan unsur perjudian (betting) atau pertaruhan. Tahu tak apa tu? - Bola sepak antarabangsa.
EPL, Bundesliga dan La Liga bukan orang biasa sahaja yang sokong dan minat di Malaysia ni, golongan ustaz, asatizah dan mufti pun ada yang terang-terangan layan.
Player bola yang bergama Islam pun ramai yang mempamerkan gaya hidup yang bertentangan dengan syarak, seolah-olah menormalisasikannya kepada belia yang melihat mereka sebagai idola. Ada tattoo lah, minum arak lah, kahwin berlainan agama dan sebagainya.
Respon mudah: Ambil yang jernih, buang yang keruh. Kita cuma nak hayati seni permainan bola sepak yang dipamerkan
Halal. Teruskan berhibur
But wait.
Dengan prinsip yang sama, begitu jugalah orang yang pergi konsert pun. Nak tonton dan hayati persembahan artis kegemaran mereka je.
Of course akan ada bad apples in every situation. Game bola sepak pun dicemari dengan pergaduhan, ketaksuban melampau, orang berbogel masuk ke atas padang. Begitu jugalah konsert akan ada orang terlebih emosi dan buat perangai gila. Bottom line is for most of the people who came to watch football or concerts, they just want to enjoy the perfomance
Why would you assume people spend thousands of ringgit, take a few days off from work, make the effort to travel, if it wasn't for their love for the performance of their favourite artists or athletes
Gaya segelintir orang mendoakan kehancuran ke atas saudara sendiri dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup menakutkan. Diorang ingat pergi konsert ni pesta zina ke? Parah betul pemahaman
Siap perlekehkan usaha penganjur menyediakan ruang solat tambahan. Allahu, manifestasi seseorang tidak membiarkan sesuatu hiburan itu melalaikan mereka adalah dengan tidak meninggalkan solat. Kalau penganjur nak bantu permudahkan keperluan penonton muslim, kau panas hati kenapa? Lagi bagus kalau di samping dia berhibur, dia tidak lupa teras agama.
Kalau kau pergi stadium bola untuk perlawanan yang besar, mana lah ada ruang solat tambahan. 5 jam sebelum kickoff pun dah ada orang datang ambil tempat duduk yang strategik. Solat? Entahlah tak bergerak dari tempat duduk sampai habis game sebab tak nak seat kena curi.
Stadium yang orang guna pergi konsert tu adalah stadium yang sama yang orang guna untuk tengok bola. Kalau kau rasa itu rapat dan tak jaga pergaulan, begitu jugalah masa orang tonton sukan. Lelaki dan perempuan terlompat-lompat, menjerit bersorak, kutuk team lawan tu semua berlaku. Shariah compliance tak tu?
[SPEKTRUM HIBURAN]
Bila diamati demografik mereka yang mengeji concert goers ni, saya perasan beberapa perkara yang menarik.
Pertamanya kebanyakan mereka (bukan semua) adalah daripada latar belakang yang konservatif dan bersifat local. Secara relatif, pendedahan dan pergaulan dengan komuniti antarabangsa adalah sedikit rendah berbanding mereka yang pergi ke konsert, yang lazimnya well-travelled, well-exposed, banyak pendedahan kepada hiburan antarabangsa. Saya ulang, kebanyakan, bukan semua
Keduannya, kebanyakan mereka datang dari kumpulan M40 rendah dan ke bawah. Media dan hiburan yang mereka akses pun lebih bersifat local atau timur. Kalau lihat demografik yang pergi ke konsert pula, rata-rata yang saya kenal adalah daripada golongan professional, berpendapatan pertengahan M40 dan ke atas dan banyak membesar dengan hiburan barat atau global. Bila fikir balik make sense juga lah orang kaya je yang pergi sebab tiket, travel cost semua tu agak mahal
Suka atau tidak, lokaliti dan income group mempengaruhi upbringing, dan upbringing akan menentukan hiburan apa yang kamu dapat akses, apa yang normal dan apa yang taboo kepada seseorang
Berlakunya pertembungan perbezaan yang sedikit sebanyak menyumbang kepada dikotomi minat, citarasa dan akses kepada jenis hiburan. From there, it becomes a problem of 'It's easy to be hostile against what you're not familiar with.'
Pergi ke konsert ni satu benda yang foreign bagi mereka, tidak dibantu juga oleh momokkan pelbagai misconception tentang konsert. Orang yang pergi konsert pula lihat mereka yang kritik ni 2 x 5 juga. Jenis hiburan yang dinikmati pengkritik konsert ni pun banyak je unsur lagho dan perkara yang kita boleh anggap tidak patuh syariah.
Dulu masa kecil, budak-budak berhibur dengan bermain games. Orang tua-tua dulu pula selalu larang bermain video game, anggap ianya lagho, dan ada yang sampai rosakkan alat permainan anak-anak. Kini bila dah besar, ia dinormalisasikan sebagai hiburan atau rekreasi untuk isi masa lapang dan hapuskan stress. Malah, orang tua pun main game sekarang, buat strim, jadikan karier dan punca rezeki khususnya professional gamers.
Tapi, watak video games kebanyakannya tak tutup aurat, ada yang berdasarkan mitos dewa dan dewi yunani dan tuhan Grik, ada game yang membabitkan exrcosism dan ritual agama lain. Tak nak tegur suruh jauhi kerana elemen maksiat dan mampu menggugat akidah
Kau berhibur dengan cara layan anime dan mangga? Akan ada orang boleh je cari salah dalam minat dan cara kau berhibur tu. Dia cherry pick cosplayer transgender, guna strawman fallacy untuk kaitkan kau dengan dunia anime dan mangga yang luas. Quote cerita yang menggunakan fiksyen tuhan, dewa dan dewi sebagai premis untuk kata anime ni merosakkan akidah. Hatta, dulu pun orang surau momokkan kepada budak-budak yang maksud "pikachu" adalah aku sayang yahudi lah bagai.
Dulu masa di Universiti, saya pernah berkenalan dengan seorang wanita muslim dari Russia, dari wilayah Dagestan. Dia marah dan rasa pelik bila dapat tahu saya dengar muzik ketika bersenam sebab dia kata dalam mazhab/uruf dia haram. Jadi saya tanya dia apa dia dengar kalau sedang jogging, dia jawab bacaan al-quran.
Allahu insaf rasa.
Muzik tu haram, ada banyak sumber yang kata ianya haram. Lirik lagu yang lagho dan sebagainya.
Ambik kau, kau dengar muzik pun boleh kena kecam kalau tinggal kat sana. Untuk diorang, kalau kau dengar muzik, mungkin kau dipandang seperti mana kau pandang orang yang pergi konsert
Nak dijadikan cerita, dia complaint dekat saya yang dekat tempat dia, ada yang kecam dia khususnya golongan konservatif, sebab wanita tak sepatutnya berjogging di kawasan umum. Wanita tak sepatutnya tonjolkan diri dalam sukan, berpakaian sukan dan sebagainya. Peranan domestik wanita muslim perlu dipelihara
Nampak tak kat situ? Kau punya normal, boleh jadi ekstrim untuk orang lain, khususnya orang yang tak faham atau tak familiar dengan apa kau lakukan
[APA RESOLUSI?]
Bila dah besar baru faham, main game, tengok bola, pergi konsert, tengok wayang tu semua tak lagho mana pun sebenarnya sebab semuanya atas individu. Boleh je jaga solat sambil menikmati apa jenis hiburan. Boleh je tak membenarkan hiburan yang ditonton itu menggugat akidah.
Rupanya tengok bola bertahun takde pun jadi suka berjudi atau rasa nak minum arak
Rupanya dah bertahun pergi konsert, takde pun nak buat perkara tak senonoh.
Ramai kawan kawan saya yang pergi tengok coldplay hari tu adalah suami isteri, ada yang pergi dengan anak anak, ada yang pergi satu family. Mereka minat lagu lagu coldplay dan gunakan moment tersebut untuk bonding dan live up some of their glory days
Ada kawan saya yang agak alim, ahli usrah dan sentiasa menutup aurat, pun pergi konsert dulu di Dublin, Ireland di Aviva Stadium. Punya jealous saya sebab the atmosphere was amazing, band favourite saya pulak tu yang dia tengok
Tapi? Dia hanya upload dekat instastory versi close friend only. Those who don't know akan cepat judge dia, cakap dia dah sesat lah, lost her way lah, pergi pesta maksiat etc. Untuk elakkan fitnah sedangkan dia yang hanya datang sebab nak dengar band favourite dia perform, dia tak post kat public
Kata kunci? Kawalan kendiri.
Kalau takde kawalan kendiri, main facebook ni pun boleh jadi lagho dan mudarat, tonton video lucah, cyber bully, buat fake accounts, bergaduh dan doakan kehancuran saudara sendiri (eh) penuh hostility. Dalam masa yang sama ada je orang guna Facebook untuk layan memes, layan video content creators kegemaran diorang tanpa menyebabkan diorang lalai
Kalau kau nak buat maksiat dan tinggalkan solat, tak perlu tunggu hiburan, kau akan gigih berusaha untuk bermaksiat juga akhirnya
Baru beberapa hari lepas, UKAYS umum nak buat konsert dekat mana? Dekat Kelantan guys tapi resepsi dia lain macam, komen majoritinya murni murni je. Golongan otai yang ngam dengan UKAYS semua komen sempoi tak sabar nak jumpa.
Ini bukan whataboutism. Ini soal cherry picking dan logical consistency
Isu cherry picking dan kongnitif bias ni bukan baru dalam masyarakat kita. Saya tak tahu kalau orang lain perasan atau buat buat tidak perasan but we are much more critical and extreme berkaitan isu aurat wanita berbanding lelaki walapun kedua-duanya berkaitan aurat
Kalau artis lelaki ke player bola ke tak tutup aurat or buka baju dan tayang badan, takde pun meletup sosial media, trending berminggu mengecam atau mengkritik. Shaheizy Sam tu literally buka baju tayang puting dalam polis evo 3, filem yang saya yakin majoritinya orang melayu islam yang tengok, tapi tak ada tentangan atau kecaman besar besaran pun, siap thirst lagi ada lah.
Cuba mawar rashid buka tudung, fuh, macam ahli neraka kena kecam. Baby Shima tu wujud pun dah kena kecam, target yang mudah in fact daripada golongan yang suka menengur online.
Nasib baiklah Zul Ariffin dan Shaheizy Sam tu lelaki, kalau wanita, tak tahulah kecaman level apa dah dia dapat
Kenapa begitu kuat bias kongnitif dan cherry picking yang terjadi ni?
Entah, saya tiada jawapan untuk fenomena ini
Tapi apa yang kita semua boleh buat adalah cerminkan jenis hiburan yang kita consume.
Adakah kita kritikal terhadap hiburan yang kita layan sama seperti hiburan yang kita kecam? Adakah kita konsisten dalam bersuara, menegur, tulis post berhari-hari di Facebook berkaitan lompong dalam hiburan yang kita nikmati sepertimana yang kita buat terhadap hiburan yang bukan taste kita
Kalau tak buat kenapa? Prinsip kita hanya terpakai bila sedap dengan tekak kita sahaja ke? Justifikasi yang kita pakai hanya eksklusif untuk jenis hiburan kita sahaja?
Our lagho is better than yours?
Diorang boleh justify hiburan kau lagho dan kau pun boleh justify hiburan diorang lagho. Dua dua lagho dengan cara berbeza jadi siapa lebih mulia? Siapa lebih benar
Wallahualam
Tak percaya? Cubalah komen cara kamu berhibur atau apa minat kamu, akan ada je orang yang boleh cari kesalahan, unsur maksiat dan lagho dalam hobi/minat anda
Kalau tak ada juga takpe, saya link kan di bawah ni sumber yang kata hiburan yang kamu consume, termasuk facebook ni haram. Tapi of course, kau akan cuba justify dan pilih pendapat yang ngam dengan pendirian kau juga akhirnya
FACEBOOK LAGHO DAN HARAM https://islamqa.info/en/answers/137243/what-is-the-ruling-on-signing-up-for-and-participating-in-facebook
BOLA SEPAK LAGHO DAH HARAMhttps://islamqa.info/en/answers/146844/is-it-permissible-to-watch-football-soccer-games-on-television
ANIME UNSUR FANTASI BERTENTANGAN DENGAN ISLAM ITU HARAMhttps://islamqa.info/en/answers/192671/watching-animated-movies-and-shows-that-contain-matters-contrary-to-islamic-belief-or-associate-others-with-allah
MENDENGAR MUZIK ITU HARAMhttps://islamqa.info/en/answers/5000/is-music-haram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peluangtercipta.blogspot.com/2023/11/cerita-tentang-coldplay-dan-lagho.html