Cerita Sebenar 4 Hotel Th Dijual
Via WhatsApp
Dua tiga hari ini, banyak sangat orang cakap tentang isu Tabung Haji. Ada yang kata TH gadaikan harta umat Islam lah. Ada yang cakap TH jual aset ke DAP la. Menteri Kewangan rompak harta umat Islam lah. Malah, ada yang berseloroh yang rukun Islam ke-5 adalah “Mengerjakan Tabung Haji…” (tak sangka, ahli agamawan pon boleh terjebak buat lawak permainkan rukun Islam macam ni).
Kalau ikutkan hati, memang saya tak nak tulis tentang hal ini. Nanti, tak pasal-pasal kena kecam. Macam isu pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur tu. Berapa ramai yang digelar sebagai “Macai Kerajaan PHancing” kerana cuba membantu untuk memberi penjelasan kepada umum
Tapi, oleh kerana dorongan rakan-rakan semalam, saya kuatkan diri untuk tulis isu Tabung Haji ni. Tujuan saya hanyalah satu. Saya ingin membantu menyebarkan maklumat yang benar dan perbetulkan persepsi yang salah dan tidak betul dari sisi pandang Perundangan Korporat (Corporate Law).
Rata-rata status atau komen yang saya teliti di media sosial ini, boleh saya katakan bahawa ramai tak faham dari sudut corporate restructuring exercise (aktiviti penstrukturan korporat). Tak boleh nak salahkan mereka juga, sebab mereka semua ni bukannya dari background economy, law (corporate law), account or business admin & management. Tapi, yang masalahnya adalah mereka ni tak sedar diri. Mereka bahkan bangga pula menunjukkan kejahilan mereka di mata umum.
Sebab itulah timbul pelbagai reaksi, pandangan dan komen yang negative yang dilemparkan oleh netizen. Ini adalah hasil kegagalan mereka memahami proses dan apa itu aktiviti penstrukturan semula syarikat dan apakah tujuan-tujuan yang hendak dicapai daripada penstrukturan tersebut.
Selain itu, mereka juga tidak faham apakah itu Preference Shares (Saham Keutamaan / Istimewa) dan bagaimana ianya berfungi. Seperti mana yang pernah saya jelaskan, Preference Shares ini ada banyak. Ada yang berbentuk redeemable, ada yang berbentuk convertible, ada yang berbentuk cumulative, ada juga berbentuk redeemable and convertible dan ada juga yang berbentuk hybrid antara kesemuanya.
Sebelum saya menjawab terus komen dan pandangan negative tersebut, amatlah perlu saya lukis pergerakan dan flow pindah milik asset Tabung Haji [melalui anak syarikatnya iaitu TH Hotel & Residence Sdn Bhd (“THHR”)] kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (“UJSB”). Sila lihat pada Gambar Rajah 1 di atas.
Melalui gambar rajah tersebut, maka fahami lah kita bahawa pada permulaannya assets yang dipegang oleh anak syarikat tersebut mempunyai liability yang ditanggung secara bersama iaitu liability untuk menjelaskan hutang-hutang kepada bank. Boleh jadi liabiliti-liabiliti tersebut akan diklarifikasikan sebagai current liabilities atau non-current liabilities. Pada masa yang sama, assets tersebut juga diletak pada bahagian nilaian non-current assets.
Apabila keseluruhan assets dan liabilities dipindah milik melalui pembelian, maka UJSB akan membayar kepada TH sebanyak RM 19.9 Billion melalui tiga (3) cara seperti berikut:-
(a) UJSB akan menerbitkan RM 10 Bilion sukuk tujuh tahun;
(b) RCPS-i (Islamic Redeemable Convertible Preference Shares) dalam bahasa Melayu Saham Utama / Istimewa Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM 9.60 bilion; dan
(c) tunai sebanyak RM 300 Juta.
Adakah TH rugi dalam pelan penstrukturan ini dengan menjual dan memindahkan assets tersebut kepada UJSB?
Tidak! Sebab apa? Sebab harga pasaran untuk assets tersebut hanya RM 9.6 Billion sahaja. Tetapi, UJSB sanggup beli assets tersebut melebihi harga pasaran sebanyak RM 19.9 Billion.
So, TH sebenarnya sangat-sangat beruntung kerana mendapat laba besar sebanyak RM 10.3 Billion hasil penjualan assets tersebut kepada UJSB.
Bahkan, penjualan keempat-empat hotels tersebut melebihi daripada harga pasaran terkini. Bukan sahaja itu, segala liabilities juga dibawa bersama kepada UJSB.
Harga pasaran terkini adalah:-
(a) TH Hotel Terengganu : RM 88 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 105.7 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 72.5 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 59 Juta.
Harga Jualan kepada UJSB oleh TH
(a) TH Hotel Terengganu : RM 133.7 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 160.6 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 110 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 89.7 Juta
Keuntungan
(a) TH Hotel Terengganu : RM 133.7 Juta
(b) TH Hotel Alor Setar : RM 160.6 Juta
(c) TH Hotel Kota Kinabalu : RM 110 Juta
(d) TH Hotel Bayan Lepas : RM 89.7 Juta
Mana ada orang yang sanggup bayar atau beli assets melebihi harga pasaran. Melainkan memang struktur ini sengaja dibuat untuk membantu TH yang sememangnya tengah tenat akibat daripada pengurusan dan pentadbiran pada zaman kerajaan lama.
Baiklah, sekarang saya akan cuba jawab dan tackle segala kerisauan dan kebimbangan netizen terhadap pelan penstrukturan ini terutamanya assets TH yang dijual dan dipindah milik kepada UJSB.
Berikut adalah rungutan dan kerisauan umum:-
(a) nasib pekerja-pekerja yang diberhentikan dan hilang mata pencarian dengan THHR;
(b) assets milik TH dijarah dan tergadai kepada pihak lain;
(c) assets TH dikawal dan dikuasai oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng – Cina DAP, sentiment harta umat Islam tergadai di tangan Cina dan kerisauan dan bimbang andai assets tersebut akan terjual kepada taukey Bukan Islam.
Penjelasan saya berhubung isu-isu diatas adalah seperti berikut:-
A. Nasib Pekerja-pekerja
A.1 Dalam mana-mana struktur penjualan, pembelian dan pemindahan assets ini, tidak dapat tidak, ianya akan mengalami proses yang melibatkan pekerja. Dalam erti kata lain, ianya adalah transfer of assets / business together with employees.
A.2 Bila kita pindah / jual assets atau business dari A kepada B, maka pekerja-pekerja tidak boleh dipindahmilik / dijual begitu sahaja sebagaimana yang kita lakukan pada assets tersebut. Ini kerana, pekerja tersebut berkerja dan digaji di bawah majikan A.
A.3 Maka, pemindahan tersebut tidak dapat dilakukan melainkan majikan A perlu memberhentikan terlebih dahulu pekerjanya dan majikan baru, iaitu B, akan mengeluarkan surat tawaran bekerja kepada pekerja tersebut.
A.4 Situasi ini pernah berlaku dalam negara kita. Sebagai contoh, penstrukturan semula MAS dan penubuhan MAB. Kan dahulu gempar dalam negara dan siap ada buat majlis doa selamat bagai, dan solat hajat. Dalam proses tersebut, MAS mengeluarkan surat berhenti (MSS or VSS) kepada pekerjanya dari terus berkerja dengan MAS dan seterusnya MAB mengeluarkan surat tawaran berkerja untuk berkerja dengan MAB.
A.5 Maka, situasi yang sama dilakukan oleh TH dalam isu ini. THHR memberhentikan hampir 90% pekerjanya (siap ada pampasan lagi) dan kemudiannya ditawarkan untuk berkerja di bawah UJ Property Management Sdn Bhd (“UJPM”).
A.6 Isu pemberhentian pekerja ini tidak akan timbul andai pengambilaihan dibuat di peringat atasan iaitu melibatkan skim pembelian / pengambilalihan saham dalam THHR dari TH kepada UJSB. Dalam skim ini, ianya tidak akan melibatkan pemindahan pekerja dan pekerja sedia ada akan terus berkerja di bawah syarikat tersebut.
A.7 Untuk memahami proses dan kesan serta perbezaan antara struktur penjualan, pembelian dan pemindahan assets dengan skim pembelian / pengambilalihan saham, anda semua boleh merujuk kepada Gambar Rajah 2.
B. Assets milik TH dijarah dan tergadai
B.1 Bagi saya, kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali. Berdasarkan kepada carian profile syarikat UJSB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, saya dapati bahawa UJSB adalah syarikat milikan penuh Menteri Kewangan (Pemerbadanan).
B.2 Berdasarkan pengalaman saya memberikan nasihat guaman kepada MAHB, Bank Pembangunan, Agro Bank, Felda. Petronas dan sebagainya, hampir kesemua entiti tersebut juga dimiliki oleh Menteri Kewangan (Pemerbadanan) [The Minister of Finance (Incorporated)].
B.3 Jadi, adakah kita akan katakan bahawa Lim Guan Eng menguasai kesemua entiti-entiti ini?
B.4 Bahkan, tiada pihak lain atau entiti lain yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersebut. Hanya MKP sahaja yang memiliki saham dalam entiti tersebut.
B.5. Maka, bagaimana mungkin kita katakan bahawa assets milik Tabung Haji dijarah atau tergadai kepada pihak lain?
C. Assets TH dikawal dan dikuasai oleh Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng – Cina DAP
C.1 Bila terbaca persepsi ini, jelas sekali ianya adalah tidak tepat dan tidak benar!
C.2 Di sini saya ingin menjelaskan dua perkara:-
(i) apa itu Menteri Kewangan (Perbadanan) (“MKP”) dan fungsinya; dan
(ii) pemisahan kuasa antara ahli lembaga pengarah (Board of Directors) dan juga pemegang saham (Shareholders)
C.3 Apa dia MKP ni? MKP ini adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 dan ianya bukanlah individu atau erti kata lain, MKP ni bukannya Lim Guan Eng. MKP ini adalah merupakan sebuah entiti atau badan korporat yang membolehkan MKP menyertai kontrak, mengambil alih, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala harta alih dan harta tidak alih. Ianya adalah dua (2) entiti atau individu yang berlainan.
C.4 Untuk tahu lebih lanjut tentang MKP ni, ini dia link https://www.treasury.gov.my/index.php/hubungikami/soalan-lazim/gic.html. Anda baca sendirilah apa Visi dan Misi. Jenuh nak taip semua kat sini. Atau link ini : https://www.treasury.gov.my/index.php/profilkementerian/bahagian-unit/sbm.html
C.5 Daripada link di atas, terdapat lebih kurang 70 buah syarikat yang dipegang oleh MPK. So, kalau nak kata MPK ini adalah Lim Guan Eng, tak tau lah nak cakap apa. Dah jelaskan berjela dan panjang lebar, still conclusion dia menuju kat situ juga. Mintak maaf, saya tak dapat nak bantu anda.
C.6 Berhubung dengan isu pemisahan kuasa antara Ahli Lembaga Pengarah (Directors) dan Pemegang Saham (Shareholders), ianya sudah jelas dalam kes Petra Perdana (rujukan number, cari sendiri la kat Google) bahawa Shareholders tidak boleh tentukan apa yang terbaik untuk syarikat. Ini kerana, kuasa mentadbir dan menentukan hala tuju sesebuah syarikat adalah terletak dalam tangan Directors.
C.7 Segala keputusan yang ditentukan oleh Directors tidak tertakluk kepada arahan Shareholders. Ini sudah jelas di bawah Akta Syarikat 2016 di bawah Seksyen 211 (1) seperti berikut:-
“The business and affairs of a company shall be managed by, or under the direction of the Board”
C.7 Ini kerana Directors hendaklah bertindak for a proper purpose and in good faith for the best interest of the company. Kegagalan Directors bertindak sedemikian, akan mengakibatkan Directors tersebut akan didapati bersalah dan dipenjara sehingga tempoh 5 tahun atau denda sehingga RM 3 juta atau kedua-duanya.
C.8 Dalam erti kata mudah, MKP (andai ianya dirujuk sebagai Lim Guan Eng) tak leh nak gugat dan kacau pentadbiran UJSB ni. Sbb UJSB dikawal and guarded by its own Boards. So, takkan lah Boards UJSB mudah-mudah nak dipengaruhi oleh MKP (andai ianya dirujuk sebagai Ling Guan Eng) untuk buat sesuatu yang tak menguntungkan syarikat dan merugikan syarikat. Kalau nak faham selebihnya kuasa Directors and pemisahan dari campur tangan Shareholders, eloklah baca sampai habis kes Petra Perdana setebal 216 muka surat tu.
C.9 Kalau betullah Boards UJSB begitu lemah dan kurang cerdik dengan menggadaikan assets syarikat dengan begitu sahaja, semestinya mereka semua akan bertanggungjawab dan didapati bersalah di bawah Seksyen 213 (3), Akta Syarikat 2016.
C.10 Berdasarkan kepada carian profile UJSB di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, berikut adalah Directors of UJSB:-
(a) Datin Rashidah Binti Mohd Sies;
(b) Mohd Shukri Bin Hussin;
(c) Mohd Hassan Bin Ahmad;
(d) Imri Dolhadi Bin Ab Wahab;
(e) Datuk Ahmad Badri Bin Mohd Zahir;
(f) Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman; dan
(g) Datuk Adinan Bin Maning.
C.11 Tak ada pula nama-nama di kalangan Directors yang berbau Cina ke or India ke or Bukan Islam. Bahkan, semuanya adalah Islam. Kalau nak tahu semua profile mereka semua ni, Google aje. Mereka ini bukan calang-calang orang.
C.12 Katakanlah, andai suatu hari nanti apa- apa yang akan berlaku pada Directors and suddenly kesemua Directors bertukar tangan kepada Non-Muslim, TH still apa kuasa besar. Bagaimana?
C.13 Bila-bila masa TH boleh exercise its right as Preference Shareholders to convert the RCPS-i to ordinary shares, subject to the terms and conditions of the subscription of Preference Shares Dalam erti kata lain, TH akan tukar saham utama mereka kepada saham biasa dalam UJSB.
C.14 So, bila TH tukar aje RCPS-i kepada saham biasa, sudah tentu TH akan memegang majoriti saham dalam UJSB kerana MKP hanya mempunyai satu (1) sahaja saham biasa (ordinary shares) dalam UJSB dan TH memiliki 99.99% saham dalam UJSB. So, TH boleh fight dalam AGM untuk melantik Directors representing TH dalam UJSB tu mengatasi jumlah Directors yang dilantik oleh MKP, bergantung dan tertakluk kepada Perlembangaan syarikat (dahulunya dikenali sebagai Articles of Association).
C.15 Di penghujung proses penukaran saham tersebut, UJSB akhirnya menjadi milik TH juga. Ini kerana, TH memegang saham 99% dalam UJSB tu.
C.16 Andai Directors dikuasai kesemua oleh Muslim, terdapatnya pemisahan kuasa antara MKP dan Directors dalam UJSB, dan TH mempunyai kekuatan dari sudut Saham Utama / Istimewa (Preference Shares), maka mana mungkin assets umat Islam tergadai? Mana mungkin assets umat Islam akan dijual ke taukey-taukey Bukan Islam?
C.17 Tak kan semudah itu sekali assets TH nak kena gadai mcm tu? Kalau ada lagi orang yang masih beranggapan sedemikian, maka tak dapat lah saya nak bantu. Dah jelas panjang lebar penjelasan yang saya tulis ni, kalau masih lagi ada yang tutup mata dan butakan hati untuk menerima penjelasan, hanya Allah sahajalah yang mempunyai kuasa untuk memberikan pentunjuk kepada mereka. Semoga pencerahan saya ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana.
Mohd Ashraf Ramli
Peguam
Kuala Lumpur
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26448