Cerita Raya Kami Pagi Di Bandar Malam Di Kampung


Cerita Raya Kami, Pagi Di Bandar, Malam Di Kampung | Hari ni dah msuk 20 Syawal, tapi baru umi sempat nak menitip cerita raya kami. Syawal yang sama banyak dinanti dan sama banyak tak ingin Ramadan pergi. Semakin usia meningkat ni, semakin rasa payah nak lepaskan Ramadan pergi setiap tahun sejak Allahyarham abah dijemput Illahi.

Entah dimana hilang rasa teruja raya tapi persiapan raya tetap dilakukan dari shopping pakaian raya hingga kelengkapan rumah yang seadanya. Sebenarnya bab mengemas, beli langsir tu hasil kerja anak-anak gadis dan DH juga.



Buat pertama kalinya pada bulan Ramadan kali ini, umi langsung tak buat kuih untuk juadah berbuka seperti kuih lopes, kuih lepat liat, buah melaka seperti tahun-tahun lalu kecuali Nasi Ulam. Entah mana hilangnya rasa nak buat semua tu, walau tu semua kuih kesukaan DH terutama di bulan Ramadan


TARIKH RAYA JADI TANDATANYABerbalik tarikh hari raya yang jadi tanya tanya, terungkai bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan yang raya jatuh pada hari Sabtu, 22 Mei. Lega!. Rsanya ramai yang lega walau ramai dah bersiap lebih awal andai raya jatuh pada hari Jumaat. Umi pun dah ke pasar beli santan subuh Rabu, beli daging tempatan segar pun hari Rabu.


1 SYAWAL 1444H | SABTUSeperti kebiasaan, pagi raya umi dan DH dah bangun pagi untuk mandi sunat Aidil Fitri, solat Subuh berjemaah seperti hari-hari biasa dan umi terus ke dapur siapkan sarapan untuk habibi sebelum dia ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri. 



Selesai makan, DH dan 3 hero pun berangkat ke masjid, sementara the girls bersiap berpakaian dan bersolek sementara tunggu DH balik dari masjid untuk sesi mohon kemaafan seperti tahun-tahun. Sesi ni yang paling indah, manis dan penuh drama.


Dalam DH ke masjid dengan 2 hero yang lain, umi dah siap-siap hidangkan kat atas meja dan the girls pun dah siap bersiap dengan pakaian baru


Lepas sesi berraya sesama anak beranak, kami gerak ke rumah bonda, beraya dengan bonda dan sempatlah juga jumpa famili adik yang sampai awal. Memang kami tak tunggu lama sebab nak gerak balik ke Kedah memandangkan umi ni bukan boleh cuti lama sebab rutin jaga bonda.





Dah banyak tahun kami balik tak cukup korum, kekadang salah seorang hero akan ikut tapi lazimnya hanya berenam. Ayong tak ikut sebab standby kalau perlu bantu Tok Mak (bonda) dan Angah pula akan naik kerja hari Selasa. Lagipun diaorang pun dah besar, boleh tolong tengokkan kucing-kucing kat rumah.


Gitulah putaran hidup bila anak-anak dah besar dan kalau ada yang dah berkeluarga. mereka pun akan sibuk dengan keluarga sendiri atau balik kampung sebelah suami atau isteri. Maka nanti tinggalah umi dah DH, menanti anak cucu macam kawan-kawan yang lain.


Sejak kedua orang tua DH dah tiada ni, kami memang tak rush la balik kampung, drive pun macam makan angin walau laju jugak sebab nak sampai seawal yang mungkin dan rehat.





Kami stop kat R&R Sg Perak arah Utara dengan perut lapar sebab cuma kan ketupat palas dengan gulai daging jer kan. DH cakap kenapa tak bawa sekali, ehhh...


Next time kalau singgah sini, memang akan cari mee kari kat gerai Cha Noodles ni, no bad dan tidak sejuk gedi macam sesetengah gerai yang makanan yang kita beli tu sejuk


Perjalanan kami so far ok, tak sesak sangat sebab ramai dah balik awal tapi ada je kemalangan jalan raya yang berlaku yang buatkan highway perlahan tapi bergerak.





Akhirnya kami sampai Kerpan lebih kurang jam 8 malam, adik DH dah lama sampai dan dah siapkan dinner untuk makan bersama. Perut dah lapar, dapat nasi dengan sambal belacan ulam timun serta ayam kicap pun dah sedap. DH pula pulun makan bertambah sebab ada  udang ketak atau udang lipan yang direbus. Heeee memang umi tak makan la udang ni sebab tengok yang hidup tu memang nampak macam lipan dan lipas pun ada. Tapi the girls suka sebab manis dan sebab udang ni fresh jadi isinya manis


2 SYAWAL 1444H | AHADSelepas subuh, terus umi dah DH ke pekan Kerpan yang terletak kat jalan besar. Kalau jalan kaki dalam 10 minit dah sampai tapi kami naik motor sambil menikmati udara pagi dengan pemandangan cantik

Kami keluar beli breakfast sebab anak-anak nak makan nasi lemak kuning. Raya kedua dah ramai yang meniaga pulak tu. Perut kena isi sebab nak kunjung mengunjung ke rumah saudara mara bukan nak duduk lama-lama kan dan yang pasti nanti kembung dengan air.

Lepas perut kenyang, kami singgah di rumah kakak sepupu DH, yang jarangnya beberapa langkah. Singgah tak lama sebab janji petang nak singgah lagi sebab dia buat laksa. Mana boleh nak tolak kan.


Raya kali ni kami buat rombongan berskala besar sikit sebab ada 3 ketua keluarga yang join sekali. Memang jalan sakan kami memula ke Pida Dua, Teluk Mengkula dan secara keseluruhan, kami singgah ke lebih 12 buah rumah!


Balik dari beraya tu kami singgah balik ke rumah kakak sepupu sebab nak makan laksa, lepas makan laksa, singgah pula ke 4 buah rumah sepupu yang jaraknya dalam beberapa langkah dari rumah pusaka.


Kalau rumah Azhar Sulaiman tu dikelilingi dengan adik beradik dan ipar, sama la juga dengan kampung DH ni, Kampung DH ni dah macam pulau yang ada dikelilingi dengan sawah yang luas, asalnya ada 6 buah rumah dan terkini ada tambahan 3 buah rumah lagi. Kesemua rumah-rumah ni semuanya adalah rumah  sepupu dan anak-anak sepupu DH. Meriah!


Fuhh penat dah cerita raya kami, ok next umi sambung kisah raya ketiga kat entri yang lain.


Macam mana cerita raya adinda dan kekanda semua?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/05/cerita-raya-kami-pagi-di-bandar-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bas Terakhir Malam Raya

Bas Terakhir Malam Raya

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 360 hits
Filem Bas Terakhir Malam Raya arahan Irwan Rauf dan Eric Fuzi di Astro First 480 bermula 21 April 2023Bas Terakhir Malam RayaTarikh Tayangan di Astro First 21 April 2023Penulis Skrip Zuli IsmailPengarah Irwan Rauf Eric FuziProduksi Silent K...
Juadah Hari Raya

Juadah Hari Raya

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 209 hits
Selagi Syawal tak habis Rasanya tidaklah berdosa kalau cerita pasal raya kan Mama Yan nak tunjuk hidangan dan lauk pauk semasa 1 Syawal di rumah keluarga mentua di Segamat Bekas buffet yang kakak ipar beli di shopee Sangat praktikal sebab k...
Siap Tunjuk Kad Kuasa Polis Drive Macam Setan Lelaki Dakwa Dibuli Samseng Jalan Raya Rupa Rupanya

Siap Tunjuk Kad Kuasa Polis Drive Macam Setan Lelaki Dakwa Dibuli Samseng Jalan Raya Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 336 hits
The Reporter Satu rakaman video tular berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang anggota polis menjadi samseng jalanan yang berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke Ulu Klang Salah seorang pembu...
Lepas Raya Batuk Tak Berhenti Kukus Singo Pear Dengan Bahan Ni Batuk Reda

Lepas Raya Batuk Tak Berhenti Kukus Singo Pear Dengan Bahan Ni Batuk Reda

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 344 hits
Selepas berhari raya ramai yang mula mengalami batuk batuk berterusan Baik anak anak kecil kita begitu juga dengan kita orang dewasa Apa kata cuba petua mudah ini yang menjadi amalan masyarakat Cina Tip perkongsian Windy Kho ini anda kena c...
Sebar Video Hoaks Pembunuhan Honorer Rs Di Nagan Raya Ditangkap Dan Terancam Uu Ite

Sebar Video Hoaks Pembunuhan Honorer Rs Di Nagan Raya Ditangkap Dan Terancam Uu Ite

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 143 hits
WD menyebarkan informasi berupa video tentang pembegalan dan pembunuhan di kawasan Gunung Trans hingga membuat masyarakat ketakutan melintas di sana
Papa Balik Raya

Papa Balik Raya

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 320 hits
Telefilem Papa Balik Raya lakonan Fathia Latif dan Malek Mccrone di TV Alhijrah Papa Balik RayaWaktu Siaran Sabtu 22 Mei 2023 10 00 malamRangkaian TV AlhijrahPenulis Skrip Ramlah RashidPengarah Rahila AliProduksi Zeel Production Sdn BhdPela...
Serahkan Anak Anak Dalam Jagaan Allah Doakan Anak Setiap Pagi Amalkan Doa Ni

Serahkan Anak Anak Dalam Jagaan Allah Doakan Anak Setiap Pagi Amalkan Doa Ni

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 152 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau akan anaknya setiap kali menghantar ke sekolah Rasa bimbang dalam segala hal Namun hakikatnya anak anak kita berada dalam jagaan Allah dengan baik Bagi mengelakkan rasa risau yang terlampau ada baiknya kita am...
Pas Is No Better For It Is Replicating Ph Bn Raya Open House This Weekend

Pas Is No Better For It Is Replicating Ph Bn Raya Open House This Weekend

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 178 hits
THIS could be the case of not being able to swallow its pride After having chastised the recent Madani Malaysia Aidilfitri Open House as being both politically motivated and a waste of money PAS is only behaving in exactly the same manner T...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm