Cerita Radioiodin Bahagian Nuklear Tempat Apa Tu


CERITA RADIOIODIN : BAHAGIAN NUKLEAR, TEMPAT APA TU? Dulu, masa kena buat rawatan radioiodin untuk kanser tiroid cikla juga berpengalaman duduk dalam bilik kuarantin, tapi masa tu cikla buat di IKN, Putrajayalah. Tapi, kisah ini dikongsikan oleh seorang staff nurse di Jabatan Perubatan Nuklear HKL. Jom baca kita tambah pengetahuan. 
Bahagian nuklear adalah tempat untuk pesakit tiroid yang memerlukan rawatan Radioactive Iodine (Radioiodine) Therapy for Thyroid Cancer.
Thyroid pulak ada dua, hypothyroidism dan hyperthyroidism. Ehh, amende tu. Senang faham, hypothyroidism tu kurang hormon tiroid, hyperthyroidism pulak lebih hormon tiroid. Korang, cara gali sendiri la ye. Cikla ada share sebelum ni. 
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 
Kita sambung balik pasal radioaktif iodin terapi. Radioaktif iodin terapi ni salah satu treatment yang agak important jugak la, bertujuan untuk menghapuskan thyroid cells yang bermaharajalela di thyroid gland atau kelenjar tiroid

Mana-mana pesakit yang admitted di Wad Radioiodine adalah pesakit yang minum iodine pada dos yang tinggi. Mana yang kena minum setakat 50 mci or 80 mci ke bawah, just minum kat klinik je tapi kena ikut pantang larang jugak ye. 
Radioactive Iodine (RAI) Therapy ni ada radiasi. Dah nama pun radioactive kan. So, ada pantang larang sebelum dan selepas minum. Pesakit yang minum dos melebihi 80 mci kena kuarantin dalam wad sekurangnya 8 hari atau seminggu

Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google. 
Pantang larang SEBELUM minum RAI :
❌Stop makan ubat Carbimazole 7 hari sebelum tarikh minum RAI (untuk hyper)
❌ Stop makan ubat Thyroxine sebulan sebelum tarikh minum RAI (untuk kanser). ❌ Stop makan seafood termasuk ikan 7 hari sebelum tarikh minum RAI
❌ Stop makan any produk tenusu termasuk cheese ke keju ke susu ke cheesy wedges ke or apa jua makanan yang berkaitan 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌ Stop makan sebarang coklat jugak tau 7hari sebelum tarikh minum RAI
❌ Stop makan KUNING TELUR 7 hari sebelum tarikh minum RAI
❌ Stop makan sebarang supplement luar terutama yang berunsurkan gamat, spirulina 1 bulan sebelum tarikh minum RAI

Pantang larang SELEPAS minum RAI :(Out patient - yang walk in ke ward dan balik umah terus lepas minum RAI)

❌ KUARANTIN kat rumah sekurangnya 7 hari
❌ TAK BOLEH nak singgah-singgah pasar ke shopping mall ke apa ke. Terus balik rumah. Jangan sebarkan radiasi pada mereka yang sihat. Kesian dorang
❌ Basuh baju asing, jangan campur dengan ahli keluarga yang lain. Digalakkan wash by hand je. Untuk elak sebaran radiasi
❌ TAK BOLEH MASAK melainkan untuk diri sendiri
❌ Pinggan mangkuk tak boleh kongsi. Kalau kuarantin kat rumah guna satu pinggan satu cawan satu sudu sepanjang kuarantin. Cuci asing dari pinggan mangkuk orang lain
❌ Tak boleh share bilik dengan ahli kelurga yang lain. Kena tidur dalam bilik berasingan
❌ Jarakkan sekurangnya 1-2 meter dengan ahli keluarga atau sesiapa sahaja apabila hendak berkomunikasi
❌ Guna tandas, pam sekurang 3x untuk kurangkan radiasi

Kalau patient in ward pun sama je pantang larangnya. Cuma beza dalam ward ni kena pakai baju hospital, diet served dalam bekas yang disposable. Guna tandas pam 3x. Buang sampah yang digunakan dalam tong khas yang disediakan. Ada ruangan khas yang memisahkan jarak pesakit dan staff untuk berkomunikasi. 
Boleh menerima pelawat tetapi pesakit tak boleh keluar dari bilik. Kiranya nak membawang kuat-kuat tak boleh la, kena maintain jarak 1-2 meter tu. Selepas 48 jam atau post day 3 minum RAI, Staff Fizik akan datang dan ukur bacaan radiasi dalam badan. 
Katanya lagi, "Ramai pesakit yang takut bila kena minum RAI ni disebabkan radiasi, even department lain pun ada yang tak paham. Takut sangat kalau dengar kita nak transfer patient ke department diaorang. 
Once Staff Fizik dah datang dan ukur radiasi dalam badan dan cakap all ok dan dah di tahap normal, means it's ok. Jangan campur aduk dengan perkara yang kita tak arif tentangnya. Jangan bahas dengan mereka yang pakar dalam bidangnya. Make it simple."
Cerita radioiodin : Bahagian nuklear, tempat apa tu? Gambar kredit Google.
Tambahan info..

Jika pesakit collapsed ketika menjalani rawatan Radioiodine (sangat jarang berlaku) nyawa pesakit tetap diutamakan walaupun pesakit berada dalam keadaan beradiasi tinggi dan agak berisiko pada staff. Namun, jururawat yang bertugas perlu mengikut SOP KESELAMATAN yang ditetapkan. Pegawai Sains Fizik yang bertugas atau oncall wajib diberitahu. Dan pegawai sains fizik akan datang ke wad dan mengukur kadar radiasi dalam badan pesakit

Jururawat dan PPK pula perlu masuk ke bilik kuarantin secara bergilir-gilir. Tidak digalakkan masuk bersama sekaligus. Tujuannya untuk mengelak terkena sebaran radiasi yang tinggi

Untuk pengetahuan, pada ketika ini waris telah pun dimaklumkan akan keadaan pesakit oleh doktor. Jika pesakit meninggal dunia, LO (Last Office) akan dilakukan seperti biasa, namun bezanya pesakit akan dimandikan dan disolatkan di wad. Segala urusan pengendalian jenazah akan dilakukan di dalam wad dan dipantau oleh pegawai sains fizik yang bertugas atau oncall. 
Untuk proses pengebumian, hanya seorang atau dua atau beberapa waris terdekat sahaja yang dibenarkan hadir. Tujuannya untuk mengelak sinaran radiasi merebak kepada mereka yang sihat. Selalunya waris faham dan akur dan akan mengikut arahan dari pihak hospital demi keselamatan diri masing-masing

Moga ia memberi sedikit info pada yang memerlukan. 
Sumber: SharkyLemon JavaLava (grup fb Tiroid dan Anda Ori).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/09/cerita-radioiodin-bahagian-nuklear.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waspada Dan Patuhi Sop Elak Tempat Sesak Kata Kumpulan Pelancongan Selangor

Waspada Dan Patuhi Sop Elak Tempat Sesak Kata Kumpulan Pelancongan Selangor

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 242 hits
MALAYSIA NOW Persatuan Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Selangor beri amaran untuk tidak alpa supaya kluster baru tidak tercetus Warga Selangor mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak Hulu Langat sele...
Pdpr4 0 Fiqri Isi Tempat Kosong

Pdpr4 0 Fiqri Isi Tempat Kosong

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 350 hits
PdPR4 0 Fiqri Isi tempat kosong Sambung lagi kerja kerja PdPR ici Ada dua kerja isi tempat kosong bagi Bahasa Melayu Hehehehe Yang ni siap masuk behind the scene tau Ingat senang ke nak rakam Selalu nampak yang perfect aje kan Saksikan apa ...
Jelajahi 6 Spot Wisata Alam Menarik Di Bali Utara Sejuk Dan Cocok Jadi Tempat Meditasi

Jelajahi 6 Spot Wisata Alam Menarik Di Bali Utara Sejuk Dan Cocok Jadi Tempat Meditasi

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 351 hits
Kebanyakan tempat wisata di Bali Utara berada di dataran tinggi sehingga suasananya sejuk dan tenang
Hiburan Bersesak Sesak Di Tempat Awam Untuk Berlibur Fynn Jamal Suruh Masyarakat Sabar Sikit

Hiburan Bersesak Sesak Di Tempat Awam Untuk Berlibur Fynn Jamal Suruh Masyarakat Sabar Sikit

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 253 hits
Penyanyi dan juga usahawan Fynn Jamal tampil menyelar tindakan orang ramai yang dianggap mementingkan diri sendiri apabila bersesak sesak untuk berlibur di kawasan peranginan air terjun pada hujung minggu yang lalu ARTIKEL BERKAITAN Adverti...
Cek Yuk Bagaimana Cara Memilih Tempat Olahraga Yang Hemat

Cek Yuk Bagaimana Cara Memilih Tempat Olahraga Yang Hemat

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 192 hits
Jika ditanya apakah kita ingin sehat maka pastinya jawaban dari setiap orang adalah mau Terlebih di masa pandemi covid seperti sekarang ini yang membuat kesehatan terbilang sangat berharga sekali Banyak cara yang bisa dilakukan agar tubuh s...
Ujian Covid 19 Di Tempat Kerja

Ujian Covid 19 Di Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum dan selamat petang kepada yang sudi melawat blog peribadi yang tidak seberapa ini Sejak akhir akhir ini mood memang ke laut dan menjadi terlalu malas Nak buat sebarang kerja pun seperti buntu dan rasa letih Kilang tempat say...
8 Tempat Rental Mobil Saat Anda Berlibur Di Makassar

8 Tempat Rental Mobil Saat Anda Berlibur Di Makassar

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 225 hits
Kota Makassar merupakan ibukota Sulawesi Selatan yang memiliki cukup banyak destinasi wisata dengan banyak pengunjung untuk berlibur Bagi Anda yang Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai Tak Guna Common Sense Cef Wan Luah Rasa Kecewa Nasihat Elak Tempat Sesak

Yang Kepala Batu Dan Selfish Ramai Tak Guna Common Sense Cef Wan Luah Rasa Kecewa Nasihat Elak Tempat Sesak

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 237 hits
Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kecewa dengan sikap sesetengah masyarakat yang mengambil mudah tentang penjarakan sosial
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Segera Tangani Isu Air Selangor

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

No Room For Narrow Minded Prejudice In Schools Says Anwar

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025

Sammy Simorangkir Luka Yang Luas Chord

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Insta360 X5 Di Malaysia Teknologi Dan Revolusi Kamera 360 8k