Cerita 30 Jun Birthday Si Dia
30 Jun, Happy birthday husband! Dah plan harini beli kek. Ikut kebiasaan beli sehari awal untuk celebrate tepat jam 12:00 30 Jun. Tapi sebab semalam mak mentua dan adik ipar belikan brownies red velvet.
Tak jadi lah nak membeli petang semalam. Bukan dapat browies je dapat buah durian dan buah mangga jugak. Alhamdulillah...
Setelah sekian lama husband kata nak makan aiskrim, kita pun tunaikan lah selera dia sempena birthday. Beli kek aiskrim Baskin Robbins. Tahun lepas sempat juga celebrate staycation kat Bayfront PD. Tahun ni celebrate kat rumah. Kita kita je lah.
Husband pilih kek design Happy Pinwheel Red, flavour aiskrim Cookies n Cream. Kalau ikut taste saya paling favourite mint chocolate chip. Last makan aiskrim Baskin Robbins ni masa birthday saya tahun lepas.
Macam biasalah nak makan kek aiskrim ni kaedah nak makan dia cedok je senang. Sedap flavour aiskrim cream n cookies ni. cream n cookiesVanilla ice cream with lots of cookie chunks throughout.
Ada pulak beberapa ketul biskut oreo red velvet favourite saya. Memang sukalah dengan design dan flavour aiskrim tu. Ngam dengan selera kami berdua. Tak salah pilih.
Harga dan flavour yang ada, sila lah rujuk website Baskin Robbins : https://www.baskinrobbins.com.my
Harini agak sibuk sebenarnya, dah malam baru nak update. Semalam nak basuh baju, tiba tiba plug tak boleh switch on pulak. Jammed keras switch off je. Bila dah dapat ON, tak function. Adeh, kena tukar switch & socket baru nampaknya. Extension panjang tak ada pulak.
So harini, alang alang keluar nak beli barang. Beli kek sekali. Sekali bateri kereta kong daaaa.. Baru je sembang pasal bateri kereta macam dah nak kena tukar dah. Lain macam bunyi dia. Bateri dah 2 tahun dah. Sekali harini masanya pulak kena tukar. Syukurlah kejadian berlaku kat rumah.
Husband capai helmet naik motor pergi beli bateri kereta dulu. Pasang sendiri kat rumah. Mujurlah ada kemahiran pasang sendiri. Sebelum ni pandai pasang sendiri belajar kat youtube je. Sama juga cuci aircond sendiri tengok kat youtube. Jimat dah kat situ.
Settle pasang bateri kereta. Pergi cari kedai hardware dan elektronik semua tutup pulak. Non essentials jugak eh? Sudahnya pergi Mr. DIY. Nasib juga section tu dibuka.
Beli sekali spare part tanki flush toilet sebab leaking. Risau pulak kot bil air melambung pulak. Alang-alang dah keluar tu, baik beli sekali apa yang perlu. Bila dah susah payah buat tak fit pulak bendanya. Switch & socket plug settle dah.
Kesian husband kerja keras harini. Macam macam kerja kena buat sempena birthday. Tambah lagi cuaca panas. Terus jadi auto letih.
Cerita lain, harini kakak ipar dah habis kuanrantin di MAEPS Serdang. Masuk 22 Jun haritu. Abang saya pun dah habis kuanratin di PPUM. Anak anak buah pun dah habis tempoh pakai gelang di rumah. Alhamdulillah..lega mendengar berita ni.
Semoga yang baik baik je untuk semua orang. Terima kasih semua atas doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamin...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/06/cerita-30-jun-birthday-si-dia.html