Cepat Betul Renew Lesen Memandu Kat Utc
Assalamualaikum & hello!
Nak story sikit nie. Petang tadi tengah syok bawa motorsikal dari Jinjang menuju Shah Alam, ikut highway LDP. Dekat sikit je lagi nak sampai stesen LRT Kelana Jaya tu ada abam polis peronda suruh BBL ke tepi jalan. Mungkin regular check up sebab confident saya ada lesen motor yang sah, road tax masih hidup & tak bawa laju pun. KONFIDENT ye
Okay bila dah berhenti terus cari wallet bagi dokumen biasa polis minta bila tahan kan. Sekali dia check lesen motor BBL dah mati - 10 Ogos 2019 time birthday. Aduh masak cuak kena saman on the spot kah aku ni. Sekali buat muka seposen & bagitau saya tak perasan tarikh expired. Nasib baik hati abam polis baik hari ni, so dia lepaskan BBL. Siap pesan suruh renew lesen cepat-cepat. Baik abam polis!.. noted
Lepas tu bawak motor sambil tengah pikir kat mana nak renew lesen. Dah pukul 5.15 petang mana ada office JPJ buka lagi. Terus berhenti motor kat petrol station. Benda pertama orang akan buat mestilah tanya pak cik Google. Hahaha taip "cara renew lesen motor paling cepat'. Keluar result renew kat Pejabat Pos tapi ambil masa pulak. Second is renew kat UTC centre.
Ingat nak renew besok tapi cuak kan tetiba kena tahan lagi, ada roadblock ke..tak pasal-pasal kena saman sebab lesen mati. Boleh tahan mahal saman penalti hingga RM300 sebab memandu dengan lesen tamat tempoh. BBL sendiri dah overdue 18 hari.
Waallah..tak fikir panjang keluar duit kat ATM, terus bergegas pergi UTC Anggerik Shah Alam. Lega UTC buka sampai 10 malam
Renew Lesen Di UTCSampai je UTC Shah Alam, terus naik level 3 sebab kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan kat level 3 bangunan UTC tu. Aduh gigih naik tangga. Sampai je terus pergi kaunter no giliran untuk ambil number giliran. Lega pukul 6 petang orang berurusan tak ramai sangat. Tak sampai 15 orang je. Kaunter pun buka semua. Good JPJ!
Sementara tunggu turn, elok sediakan dulu1. Kad pengenalan2. Lesen memandu 3. Duit secukupnya
Bila sampai turn, terus pergi kaunter pastu serah IC & lesen memandu lama. Bagitau nak renew lesen. Kemudian pegawai akan tanya nak renew berapa tahun.. bagitau je nak berapa lama sampai limit 5 tahun.
Harga Renew Lesen Motorsikal & KeretaSetahun - RM 30Dua tahun - RM 60Tiga tahun - RM 90Empat tahun - RM 120Lima tahun - RM 150
Harga Renew Lesen Motorsikal SAHAJASetahun - RM 20Dua tahun - RM 40Tiga tahun - RM 60
Empat tahun - RM 80
Lima tahun - RM 100
Oh ya, BBL ni ada lesen memandu motorsikal je - B3. So bayaran renew cuma RM20 setahun. Kalu lesen memandu kedua-kedua jenis kerenderaan ni RM30 setahun. Tak silap waktu renew di JPJ Petaling Jaya tahun 2017, pegawai caj RM30 setahun. Lamp some ingat BBL ada lesen motor & kereta. Aduh.. nasib baik pegawai tu bagitau tadi. Jimat RM20..
Dah siap bayar, bawa slip pembayaran ke Kaunter 6 (sebelah kaunter no giliran tadi). Serah pada pegawai kaunter tu & tunggu no giliran di panggil. Kat UTC Shah Alam, BBL terus dapat lesen memandu yang baru on the spot. Fuh cepat giler. Tunggu tak sampai 5 minit dah siap lesen baru.
pukul 5.55 sampai ambil nombor
Overal BBL cuma ambil masa 10 minit nak renew lesen memandu. Pantas amat sangat. Memang suggest korang datang ke UTC berdekatan. Contoh BBL ni, orang Shah Alam, Puchong, Subang, Sunway atau sekitar nya boleh pergi UTC Shah Alam. Saya suggest datang lepas 6 petang sebab tak ramai pun orang berurusan kat kaunter JPJ.
tada..dah siap lesen memandu baru (pukul 6.01 pm siap bayar di kaunter)
Waktu Operasi UTC
So kad lesen lama tu boleh simpan buat kenangan. Btw gambar BBL masih sama seperti kad pengenalan & lesen sebelum ni. Yang penting lesen dah hidup. Kena tahan polis/JPJ tak ada hal lah! Wah cakap besar ye...
Ha korang tu boleh la check tarikh expired lesen bila. Walaupun sekarang tarikh tamat lesen sama dengan tarikh hari lahir kekadang kita kompius tahun ni atau tahun depan expired. Better check & buat reminder kat calendar awal-awal.
Terima kasih kerajaan dulu perkenal UTC ni. Memang sangat membantu dalam kes kecemasan macam BBL alami hari ni. Mudah untuk rakyat Malaysia setel urusan dengan perkhidmatan kerajaan lepas waktu bekerja kan. Tambah lagi pekerja private sector ni bila habis waktu kerja 6 petang baru free nak renew lesen bagai ni. Betul tak..
Okay tu je nak cerita. Bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/08/cepat-betul-renew-lesen-memandu-kat-utc.html