Cendol Rojak Mustafa Seksyen 17


 Assalamualaikum WBT 




BEGINILAH ya.. selagi tak dapat cendol yang menepati citarasa, selagi tu cari. Nak cari kedai cendol yang ada jual rojak sekali sebab masa kat Cendol Durian Runtuh tu, tak ada rojak. Jadi, lepas check out dari Royale Chulan The Curve, kami menuju ke Cendol & Rojak Mustafa yang terletak bersebelahan pasar Seksyen 17, Petaling Jaya




Dekat sini mereka cuma sediakan bangku plastik macam ni aje banyak-banyak, tak ada meja. Ia diletakkan di kaki lima bahagian belakang pasar.  Sk rasa tak semua orang selesa cara macam ni kot, tapi bagi Sk, no problem sebab tak ada bau yang tak menyenangkan, malah tak ada seekor pun lalat yang terbang depan Sk. Nampaknya peniaga mengambil langkah kebersihan yang sepatutnya




Cendol biasa, RM3 (kecil). Ada jagung krim dan kacang merah sekali. Portion cendol memang ngam untuk seorang. Bila Sk kacau-kacau, masih nampak lagi ais yang kasar tapi bila masuk pulut, ia mencair dalam mulut. Ternyata inilah rasa cendol yang dirindukan. Santan lemak masin dan manis-manis gula melaka, cendol lembut tak keras. Cuma kan, dia macam ada bau-bau hospital sikit. 



Pak Inche makan Rojak Sotong (RM9) dan yang ni Sk punya, Rojak Telur (RM7). Rojak Sotong ada telur jugak dan ada sotong macam sotong sambal yang selalu diletakkan dalam Mee Goreng Sotong (Penang). Kuah rojak dia walaupun kurang merah tapi agak pedas jugak




Macam ni la cara makan, tatang pinggan rojak atau mangkuk cendol. Sambil makan bolehlah hirup cendol tapi kena membongkok sikitlah




Tercapai jugak keinginan anak tekak nak minum cendol dan makan rojak. Rojak kat sini ala-ala pasembur. Kalau di Johor kami panggil Rojak Asma




Harga rojak dipamerkan di sini. Ada jugak rojak ayam dan rojak mee. Mulanya nak ambil rojak mee tapi tak jadi sebab macam masih kenyang jugak sarapan pagi tu




Kebersihan dijaga dengan baik cuma tu la, dah namanya belakang pasar, janganlah kita membayangkan tempatnya cantik pulak nak nak pulak kawasan lama




Harga cendol turut dipamerkan. Boleh bayar tunai atau transfer online dengan mengimbas kod QR. Dah dah.. jom balik Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/02/cendol-rojak-mustafa-seksyen-17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Baiklah kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua pengalaman aku membuat scaling gigi di klinik kerajaan Ya ramai yang sebenarnya tertanya tanya tentang bagai...
Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025

Sate Sungai Melaka Mee Rebus Dan Rojak 2025

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 161 hits
Assalammualaikum Dunia Hari minggu lalu jalan jalan Melaka wak hehehehee Melaka nie memang tak kan puas dan jemu kalau berjalan Mee rebusSate Sungai Melaka Part makan lagi lar jangan berkira sangat kalau datang Melaka kalau teringin tue Haa...
A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

What Are The Benefits Of Steamed Fish

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Euro Dibawah Tekanan

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gunakan Prinsip Pilihan Dalam Semua Pergaulan Dan Perhubungan Anda Dalam Kehidupan

Pusat Pakaian Hari Hari Sediakan Kelengkapan Sekolah Setempat

Strategi Efisiensi Energi Pada Penggunaan Forklift Di Industri Logistik

Tuduh Pm Derhaka Tidak Berasas Hanya Modal Politik Pembangkang Penganalisis

Januari Telah Pun Meninggalkan Kita

Santai Santai Bowling