Cendol Bakar Puncanya



Simpang Kg. Baru Assam Jawa Kuala Selangor dahulunya hanya ada sebuah stesen minyak. Stesen itu memang menjadi tumpuan penduduk mengepam minyak bagi kegunaan kenderaan mereka.
Betul-betul dekat simpang itu juga ada seorang pakcik menjual nanas potong. Selalunya tiap-tiap petang bapak saya gemar singgah untuk membeli nanas di gerai menjual buah-buahan itu. Setelah beberapa lama, masih kekal gerai buah yang kecil dan stesen minyak tadi. Hanya itu aktiviti ekonomi yang berjalan di Kg. Assam Jawa.
Kini, nama Kg. Assam Jawa sudah dikenali di seluruh negara. Kerap kali dokumentari berkenaan kawasan itu tersiar di dada akhbar atau di kaca televisyen. Ianya berkaitan tentang sebuah gerai Cendol berkonsep Drive Thru yang jarang-jarang dilihat di kawasan lain. Konsep Pandu Lalu selalunya sinonim dengan restoran makanan segera, di gerai cendol agak janggal untuk didengar. Ya, Cendol Bakar telah mencetuskannya.

Nama “Bakar” mengemparkan hati pelanggan. Benarkah ianya dibakar? Sebetulnya nama orang yang mencipta resipi cendol itu bernama Bakar. Pasti ramai berminat mahu melihat bagaimana Cendol itu dibakar! Tidak, kalau benar pun dibakar, hanya gula melakanya sahaja yang dibakar dan bukan dihidang secara panas-panas!
Walau apa pun resipinya, nama gerai itu telah berjaya melonjakkan nama Kg. Assam Jawa di mata masyarakat walaupun bagi sesetengah penduduk setempat, cendol bakar tidaklah sesedap mana berbanding cendol lain yang ada di Kuala Selangor. Setiap hujung minggu pasti jalan di kawasan itu sesak dengan kenderaan sehinggakan kami penduduk tempatan terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk ke mana-mana. Adakalanya langsung tak keluar rumah, apa tidaknya, mahu ke pekan Kuala Selangor yang hanya mengambil masa 10 minit sudah jadi 1 jam!
Disebabkan nama yang sudah dikenali dan terbukti mampu menarik ramai pelanggan ke kawasan itu. Timbullah bagai cendawan gerai-gerai lain menumpang berniaga. Wujud pula kedai Nasi Ayam di sebelahnya. Penjual rojak mengambil tempat, ada Aiskrim Goreng, Coconut Shake dan ada yang menjual Karipap Gergasi di tepi-tepi jalan untuk menumpang kesesakan manusia di situ. Lagi ramai orang, lagi banyak peluang untuk untung! Begitu juga dengan pelanggan ; lebih banyak pilihan makanan, lebih menarik!
Bukanlah saya di sini mahu komplen atau iri hati jauh sekali. Cumanya saya mengajak pembaca berfikir bagaimana masyarakat kita memerlukan PENCETUS dalam kehidupan seharian.
Mengambil contoh fenomena Cendol Bakar, sebelum itu bukan tidak ada aktiviti ekonomi di situ, cumanya hanya apabila Cendol Bakar berjaya menarik pelanggan dan popular, barulah ramai yang berani membuka perniagaan di situ tetapi tidak sebelum kewujudan Cendol Bakar.
Kita dapat menyorot kembali sirah Nabi berkenaan permintaam Nabi agar sahabat-sahabat baginda berkorban haiwan ternakan. Saranan itu nampak gagal apabila para Sahabat tidak ada pun yang berkorban. Isteri Nabi yang dicintainya, memberi cadangan agar Rasulullah S.A.W sendiri yang menyembelih haiwan ternakan untuk ibadah korban. Hanya apabila Nabi menyembelih haiwan, barulah para sahabat yang lain mengikut apa yang Nabi lakukan. Perkara ini boleh dicontohi oleh para pemimpin untuk memcetuskan sesuatu dasar yang baharu kepada rakyatnya, gunakan prinsip ; Kepimpinan Melalui Teladan.
Lihat juga bagaimana pencetus memarakkan tragedi Arab Spring yang melibatkan beberapa buah negara Arab dan menjatuhkan pemimpin-pemimpin dunia Arab yang terkenal seperti Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi. Ianya dicetuskan oleh seorang perevolusi jalanan bernama Mohamed Bouazizi di Tunisia yang bertindak membakar dirinya bagi menggerakkan Arab Spring sehingga berjangkit ke negara-negara serantau. Begitu juga di Malaysia, jika tiada yang berani merosakkan harta awam seperti kenderaan polis, perkara buruk itu tidak akan berlaku sewaktu demonstrasi.
Inilah pentingnya pencetus. Saya sudah memerhatikan bagaimana pentingnya pencetus dalam kehidupan orang-orang Melayu. Lihatlah bagaimana perniagaan minyak wangi yang dahulunya jarang diceburi oleh orang Melayu, apabila peniaga Melayu itu berjaya mencatatkan keuntungan besar, tiba-tiba ramai pula yang mahu menceburi perniagaan menjual minyak wangi. Ianya sama juga dengan perniagaan kosmetik dan makanan kesihatan. Setiap hari ada sahaja nama syarikat baharu yang kita dengar.
Ianya sama juga dengan bidang-bidang lain seperti muzik. Lihatlah bagaimana konsep busking mula mendapat tempat selepas Caliph Buskers popular menerusi Anugerah Juara Lagu, artis-artis yang tidak pernah mengadakan persembahan di jalanan pun sudah mula di jalanan. Padahal konsep ini dahulu dipandang sepi dan dianggap tidak popular oleh sesetengah artis atau selebriti. Begitu juga dengan filem, apabila filem seram kaut untung, semua pengarah buat filem seram. Kini, drama cinta dengan tajuk pelik-pelik mula menghiasi masyarakat apabila terbukti boleh tarik penonton!
Pencetus amat penting untuk perkara positif. Alangkah baiknya jika perkara-perkara positif dapat dijadikan fenomena seperti membudayakan ilmu, mengamalkan budaya yang baik, serta mengembangkan perniagaan dan ekonomi setempat. Namun, perkara baik di akhir zaman itu ibarat menggenggam bara api bak kata Nabi S.A.W tatkala fenomena negatif menjalar ke dalam masyarakat.
Orang ramai hanya akan buka mata dan mula bercakap apabila sesuatu perkara itu berjaya atau boleh buat untung. Ia juga diikut oleh kebanyakkan orang agar mereka tidak dituduh ketinggalan zaman.
Inilah kuasa pencetus dan propaganda. Gunakan sebaiknya.

Jamal Rafaie
Kuala Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2015/06/cendol-bakar-puncanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya

Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 333 hits
Seorang anggota polis di Alor Setar meninggal dunia ketika Ops Covid 19 Ini puncanya Mungkin dah tiba ajal AL FATIHAH Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid 19 Ini Puncanya
Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda Meninggal Dunia Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 288 hits
Seorang doktor muda di China kerja 35 hari stay hospital lawan Covid 19 telah meninggal dunia hari ni Ingatkan sebab kena jangkit Covid 19 tetapi rupanya Allahu baca selanjutnya TAKZIAH Kerja 35 Hari Stay Hospital Lawan Covid 19 Doktor Muda...
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 268 hits
Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor adalah port wajib singgah kalau balik Muar Ni lah mee Bandung muo paling sedap pada mama Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor ni dah lama dah kedainya Ada pelbagai menu di sini Uniknya kedai ini ...
Puluhan Trak Tentera Dikerah Ke Bandar Bergamo Itali Ini Puncanya Buat Ramai Sebak

Puluhan Trak Tentera Dikerah Ke Bandar Bergamo Itali Ini Puncanya Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 625 hits
Ketika wabak Covic 19 bandar Bergamo adalah antara yang paling teruk dijangkiti Terkini puluhan trak tentera dikerah ke bandar tersebut Puncanya buat dunia sebak Puluhan Trak Tentera Dikerah Ke Bandar Bergamo Itali Ini Puncanya Buat Ramai S...
Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya

Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 245 hits
Kejadian di Kuala Berang Seorang pakcik tua tiba tiba rebah meninggal dunia tepi kereta Ini puncanya Allahu tak sangka Baca selanjutnya Pakcik Tua Tiba Tiba Rebah Meninggal Dunia Tepi Kereta Ini Puncanya
Anak Aktif Tapi Sering Alami Kesukaran Bernafas Apakah Itu Tanda Awal Asma Pakar Ini Terangkan Apa Puncanya

Anak Aktif Tapi Sering Alami Kesukaran Bernafas Apakah Itu Tanda Awal Asma Pakar Ini Terangkan Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 422 hits
Kanak kanak yang sedang membesar memang kita sedia maklum aktif dan suka meneroka Berlari memanjat dan banyak lagi aktiviti yang dibuat tidak kira dalam rumah mahupun di luar rumah bersama adik beradik ataupun rakan yang seusia mereka Tapi ...
Abang Dibunuh Dan Disimen Dalam Tong Air Puncanya Buat Ramai Marah

Abang Dibunuh Dan Disimen Dalam Tong Air Puncanya Buat Ramai Marah

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 340 hits
Kejadian di Alor Setar Seorang abang telah dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong air hanya disebabkan ini Tak sangka Baca selanjutnyaAbang Dibunuh Dan Disimen Dalam Tong Air Puncanya Buat Ramai Marah
Tun Mahathir Tidak Mahu Bersalam Dengan Rakyat Apa Puncanya

Tun Mahathir Tidak Mahu Bersalam Dengan Rakyat Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 279 hits
Baru baru ini Ohmedia ada tengok satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna iamromyirwanshah9977 di Instagram mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir yang hadir di sebuah masjid A post shared by on Mar 6 2020 at 4 41pm PSTS...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Antara Pilihan



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Kes Denggi Meningkat

Jkt48 Heavy Rotation Chord

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Macc Nabs Three Senior Govt Agency Officers In Kelantan