Cempedak Goreng
Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang, terlambat shut down komputer. Biasalah, seorang Sk ni, kalau dah nak dekat pukul 5, mulalah kepala lutut dia menggegel nak balik 🤣. Dalam pada sibuk nak balik tu mungkinlah agaknya tak perasan komputer belum habis shut down, Sk dah off suis plug. Dah sudahhh, dia merajuk hari ni dari pagi sampai tengahari dok loading, working on updates katanya, melahu laaa tak buat apa. Nasib report semua dah hantar semalam. Nak kemas pejabat baru, dah habis kemas dah ni. Semua orang datang pejabat Sk kagum sebab dah cantik 😍. Haaa.. ni kalau bos bagi bajet penuh tuari, mahu berubah jadi Megah Holdings 🤭.
Ada kawan jual cempedak, sekilo RM10 dalam group Goshop. Group ni memang ditubuhkan khas untuk kawan-kawan berbisnes 😆. Disebabkan Pak Inche kita hantu cempedak goreng, Sk pun pesanlah sebiji yang beratnya anggaran 2 kilogram. Sebelum subuh kelmarin, dia hantar gambar cempedak kat whatsapp, menyatakan cempedak Sk seberat 2.5 kilogram bersamaan RM25. Sk tak klik gambar tu, baca ayatnya aje, setuju ajelah sebab dalam bajet lagi
Sekali bila dapat, dia bagi dua bijik. Mungkin nak cukupkan berat 2 kg, tapi kurang, jadi, ditambahnya sebijik yang kecik sikit. Sk klik semula gambar kat whatsapp tu, ah, memang dua biji dari jenis yang berlainan. Sebiji durinya tajam dan kecil, sebiji lagi tidak berduri dan coraknya lebar-lebar. Sampai rumah kelmarin, lepas mandi, bentang suratkhabar, kopek dan pindahkan dalam bekas
Yang ni, sejengkal jer panjangnya. Nak sebut gemuk pendek takut persatuan cempedak seMalaysia buat report mendakwa Sk body shaming 😆
Yang ni kurus tinggi.. eh.. kurus panjang. Nampak tak durinya tajam-tajam tapi taklah sampai terluka bila dipegang. Meh kita kopek yang gemuk dulu
Tak boleh upload video kopek cempedak, kita screen shot ya, maaf gambar jadi kabur sikit. Ni buah yang gemuk pendek tu ya, ulasnya besar-besar dan tebal isinya
Dapat 12 ulas, yang besar ada dalam 6 - 7 ulas yang lain tak besar sangat
Ni dari buah yang kurus panjang, ulasnya kecik-kecik tapi isinya masih tebal lagi. Banyak ulasnya, lupa nak kira 😆
Bukan saiz jer beza, warna pun berbeza. Bila dicicip sedikit, sama-sama manis tapi yang oren tu lagi melecaih! Ingatkan nak goreng lepas dinner tapi kekenyangan makan Daging Paprik dan Konco-Konconya 🤭.
Bagus jugaklah tak jadi goreng malam tu. Malam tadi baru goreng, kebetulan Iman ada kat rumah semalam kan, sebab dia nak ambil kereta. Iman makan dengan Pak Inche sambil tengok Live AFC Champion League, perlawanan antara Ulsan vs JDT. Yang ni cempedak goreng dari buah yang kurus panjang. Mungkin dah terlebih masak, terlebih peram ke, ada ulas yang rasanya dah lain sikit tapi belum teruk lagi la.
Ini pula cempedak goreng dari buah yang gemuk pendek tu, memang masak ranum la, Sk sengaja goreng bagi sedikit garing supaya buahnya berkaramel. Iman kata, puas makan kali ni sebab selalu dapat sikit aje, babah yang makan banyak 🤣. Untuk batter tu, Sk bancuh tepung beras anggaran secawan, air kapur sedikit, garam setengah sudu, sedikit serbuk kunyit dengan air. Sk memang tak sukat air tu, nanti lain kali Sk sukatlah ya dan kongsi di blog ni. Bancuh pekat-pekat supaya ia melekat pada ulas cempedak tu. Kemudian baru masukkan telur sebiji dan kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan cempedak dalam batter, gaul la bagi keseluruhannya disalut batter
Bila minyak dah cukup panas, angkat ulas cempedak satu persatu masukkan dalam minyak panas biar separuh tenggelam. Kalau nak bagi tenggelam pun bagus. Bila rasa-rasa bahagian bawah tu dah kering, terbalikkan cempedak dan goreng sehingga ia bertukar warna keemasan dan sedikit garing. Makan suam-suam nikmat, kalau makan panas-panas nanti bunyinya bukan Cempedak Goreng tapi Hemfedak Hoheng 🤣🤣🤣
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/10/cempedak-goreng.html