Cemas Terpijak Landak Laut Di Pulau Kapas


 
Pulau Kapas! 


Saya telah beberapa kali pergi ke Pulau Redang, tapi tak pernah sekali pun saya jejakkan kaki di Pulau Kapas sehinggalah suami bawa saya dan anak-anak ke sana pada bulan lepas. Apa yang saya tak tahu tentang Pulau Kapas adalah rupa-rupanya Pulau Kapas dekat sahaja dengan rumah saya! 


Hanya 10 minit perjalanan menaiki bot daripada jeti Marang, kami sampai ke pesisir pantai di Pulau Kapas tanpa mabuk laut dan pening kepala. Daripada rumah ke jeti Marang pula, kami hanya ambil masa lebih kurang 20 minit, jadi keseluruhan masa yang kami ambil adalah selama 30 minit untuk menikmati hari di Pulau Kapas. 




Selain dekat dengan rumah, apa yang menariknya dengan Pulau Kapas adalah kecantikan pantainya setanding dengan Pulau Redang. Selama ini saya ingatkan airnya kurang jernih dan kebiruan memandangkan saya seringkali dengar orang beritahu pulau tercantik di Malaysia adalah Pulau Redang dan Pulau Kapas berada di tangga ketiga sahaja namun rupanya saya salah..


Landak oh Laut

Kami tidak perlu menyertai aktiviti island hopping untuk melihat kawanan ikan berwarna-warni berenang bersama-sama. Hanya berenang di tepi pantai sambil menggenggam sedikit roti pasti akan menarik perhatian kawanan ikan untuk menghampiri kami! Tak lupa juga untuk memakai alat snorkel bagi menikmati pemandangan dasar laut.


Teruja saya dan anak-anak melihat keramahan ikan mencuri makanan daripada tangan kami. Tanpa segan silu turut menggigit jari saya dan Auni hingga buatkan Auni takut untuk memberi makan lagi. Namun tidak bagi saya, digigit pun tak mengapalah asalkan saya dapat lihat kawanan ikan mengelilingi saya.



Paling tidak dapat dilupakan saat saya bermain kejar-kejaran dengan Auni di dalam air. Waktu itu air sedang surut dan saya berenang agak jauh daripada Auni menuju ke tengah laut. tiba-tiba waktu berpijak, terasa ada duri tajam menusuk ke telapak kaki. Risau dan takut, cepat-cepat saya angkat kaki dan lihat.


Nah, ada anggaran 4 batang duri panjang berwarna hitam melekat di telapak kaki saya. Anehnya bila ditarik, ianya patah dan tak sempat saya keluarkan. Setiap satunya sangat lembut hinggakan setiap kali saya tarik, setiap kali itu jugalah duri tersebut patah. Kaki saya mula sejuk dan perasaan saya mula seram..


..sejuk bila memikirkan yang saya telah terpijak landak laut kerana apa yang saya tahu landak laut beracun. Oh, choi! Cepat-cepat saya menjerit pada suami untuk tolong tarik saya agar dibawa ke tepi pantai supaya saya boleh mencabut keluar setiap duri tersebut sebelum bisanya meresap masuk ke tubuh. Haish..saspens tau.



Bila sampai ke tepi pantai, kami cuba cabut semua duri namun tak berjaya sebaliknya duri telah patah hingga ke dasar dan lebihan duri yang berada dalam telapak kaki saya tidak dapat dikeluarkan. Kebetulan terdapat seorang pekerja resort yang peka dengan situasi saya, beliau berusaha membantu saya mengeluarkan duri tersebut.


Jangan Korek Keluar tapi Ketuk

Kata pekerja tersebut, duri landak laut tidak berbisa kerana bisanya tidak berada pada bahagian duri. Walau bagaimana pun, saya tidak boleh mengorek keluar duri yang berada dalam telapak kaki kerana kaki boleh membengkak jika dikorek keluar. Pekerja tersebut mengambil sebatang kayu halus dan dipukul di bahagian telapak kaki pada sekitar bahagian yang tertusuk duri tersebut.


Boleh tahan lama dan pedih juga kaki saya menahan setiap pukulan, terasa seolah berada di sekolah pula saat didenda guru BM kerana mendapat keputusan peperiksaan C semasa tingkatan 3! Namun demi ingin memastikan duri keluar daripada kaki, saya tahankan sahaja kepedihan tersebut.


Malangnya semua duri masih utuh berada dalam kaki saya meski kesakitan kaki merajai akibat dipukul bertalu-talu. Abang resort pun dah mula penat memukul dan kaki saya pun bertambah sakit dipukul. Akhirnya kami mengalah dan pekerja tersebut kongsikan satu tips untuk kami keluarkan duri landak laut dengan cara mudah.


Kencing Pada Bahagian ditusuk Duri

Ya, awak tak salah baca. Pekerja tersebut minta suami untuk kencing pada telapak kaki yang ditusuk duri landak laut tersebut. Dan sepanjang perkahwinan, itulah kali pertama saya dikencing suami. Sampai hati namun saya relakan saja..ahaha :P


Apa rasionalnya kencing pada duri yang menusuki kaki pun saya tak tahu tapi demi untuk mengeluarkan duri tesebut, kami tetap lakukannya. Dan apabila di Google, ternyata tujuan kencing pada bahagian ditusuk duri landak laut adalah untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian tersebut.


Walaupun pedih pada kaki akibat ditusuk duri landak laut namun ia tak membataskan pergerakan saya untuk meneroka setiap bahagian yang terdapat di Pulau Kapas. Malahan pada keesokkan paginya, saya mampu berjalan lebih satu kilometer di sepanjang pantai untuk menikmati pemandangan di sekitar pulau.



Seronok rasanya menikmati hari di pulau setelah sekian lama terperap di rumah akibat PKP. Selepas ini kami merancang untuk menempah penginapan di camp site yang disediakan di Pulau Kapas pula. Kami terjumpa camp site secara tidak sengaja semasa sedang berjalan menerokai kawasan sekitar. 


Namun kali ini saya nak bersedia dengan kasut boleh renang yang saya akan beli di Shopee nanti. Kalau awak nak tengok-tengok juga, boleh klik di sini >> Kasut Renang. Semoga kejadian terpijak duri landak laut tak berlaku lagi selepas ini. Aamiin..ngeri wak >_<


Walau bagaimana pun tahun ini kami tak sempat untuk ke Pulau Kapas lagi kerana pulau akan ditutup bermula bulan Oktober. In shaa Allah tahun depan saya kongsikan pengalaman bercuti di pulau sambil menginap dalam khemah ya. Kalau awak merancang nak bercuti di Terengganu, boleh lihat >> Senarai Hotel Tepi Pantai di Terengganu sebagai rujukan ya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/10/pulau-kapas-terpijak-landak-laut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
435 Nelayan Sokong Projek Tambak Laut Pulau Pinang

435 Nelayan Sokong Projek Tambak Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 250 hits
Seramai 435 nelayan merupakan sebahagian daripada 1 521 penduduk dari kawasan selatan Pulau Pinang yang menyerahkan nama serta tandatangan mereka kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyokong projek tambakan laut di kawasan tersebut So...
Jeti Nelayan Kampung Tepi Laut Pulau Tuba Langkawi

Jeti Nelayan Kampung Tepi Laut Pulau Tuba Langkawi

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 782 hits
Jeti Nelayan Kg Tepi Laut terletak sebelah Faridzuan Motel Che Hamid di Pulau Tuba Langkawi Jeti sepanjang 1 kilometer itu dibina bagi menggantikan jeti lama yang mengalami kerosakan struktur yang teruk dan tidak lagi selamat untuk digunaka...
Misteri Pulau Mururoa Yang Disembunyikan Oleh Satelit Google Pernah Jadi Lokasi Uji Coba Nuklir

Misteri Pulau Mururoa Yang Disembunyikan Oleh Satelit Google Pernah Jadi Lokasi Uji Coba Nuklir

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 524 hits
Belum ada yang tahu secara pasti alasan Google menyembunyikan Mururoa tapi sejarah kelam pulau tersebut diasumsikan publik sebagai alasan paling tepat
Aktiviti Snorkeling Di Pulau Perhentian Day 2

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Perhentian Day 2

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 383 hits
DAY 2 PAGI SNORKELING Pada pagi hari kedua kami di sini kami lepak lepak minum minum di kedai yang terletak di sebelah khemah kami tu sementara menunggu waktu untuk pergi Snorkeling jam 11 pagi Tak lama lepas tu bot pun sampai dan terus ber...
Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenar Solat Di Masjid Pulau Pinang

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenar Solat Di Masjid Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 337 hits
GEORGE TOWN Warga asing yang lengkap vaksin Covid 19 dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau di Pulau Pinang bermula esok Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria berkata ...
Fitnah Celaka Manakah Terhadap Melayu Pulau Pinang Bekalan Air Sejak 60an Rumah Kos Rendah Untuk Yang Miskin

Fitnah Celaka Manakah Terhadap Melayu Pulau Pinang Bekalan Air Sejak 60an Rumah Kos Rendah Untuk Yang Miskin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 296 hits
Aku selalu sangat tengok dakwaan yang macam ni Selalunya bila pemimpin PAS buat dakwaan begini yang akan mengiyakan adalah walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang Manakala Melayu yang tinggal di Pulau Pinang pula akan menafikan Yang menari...
Exco Pkr Di Pulau Pinang Dedah Bagaimana Dibuli Pemimpin Dap

Exco Pkr Di Pulau Pinang Dedah Bagaimana Dibuli Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 393 hits
Seorang Exco PKR kerajaan negeri Pulau Pinang mendedahkan segelintir pemimpin DAP di negeri itu termasuk Lim Guan Eng yang bertindak seperti membuli malah Dr Norlela Arifin mendakwa dilayan secara berat sebelah Norlela yang juga Exco Kesiha...
Pas Pulau Pinang Tolak Cadangan Jambatan Ketiga Fokus Isu Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat

Pas Pulau Pinang Tolak Cadangan Jambatan Ketiga Fokus Isu Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 347 hits
PAS PULAU PINANG TEGAS MENOLAK CADANGAN JAMBATAN KETIGA KERAJAAN NEGERI Parti Islam Se Malaysia Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Kamaruzaman Mohamad iaitu membantah rancangan kerajaan negeri DAP P...
Lirik Cando Pulau Ditinggakan Aia Vicky Marchel

Lirik Cando Pulau Ditinggakan Aia Vicky Marchel

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 310 hits
lambuik angin babisiakmanambah laruik hati nan sunyigalak jo sapo manjoraso diruang matoapo kadayo adiak jauah dari denaicangguang nan den rasokanlabiah bak raso kamatianbatahan sakik nan tibobalulua tangih kadadoubek rindu hanyo aia matoma...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket