Celebrate Birthday Di Super Hero Cafe
Assalamualaikum..
Macam2 nak cerita kat blog walaupun lambat, tetap nak cerita juga. Kang lama2 lupa... rugi kan, kenangan untuk anak2 bila besar nanti
Ok lah, Awal tahun haritu birthday Kakna dan Bamfidh. Kami tak sambut serentak pun, kami sambut asing2 tanpa majlis. Kiranya pergi kedai, beli kek dan menyanyi je.. Simple asal ada kekdahnya... Nak beria-ia kena lah gabung 3 beradik terus.. baru adil kan..
Birthday kakna di Pizza Hut
Masa ni, mommy belanja anak2 tengok wayang kalau tak silap, kemudian pergi bawa mereka main2 kat area Paradigm Mall dan lunch terus kat sana. Nak makan apa, memang tak tau.. semua makanan biasa-biasa je, tak ada yang menarik pun. Jadinya kami pilih Pizza Hut, kenyang pun kenyang kan. Sebelum tu, mommy beli dulu kek kakna kat kedai dalam tu juga
View this post on Instagram
Happy besday kakna... Alahai... Br sempat nak update setelah 3 hari berlalu... 🤭 . Production mommy fullhouse, ingt cuti2 ni boleh berjimba, tapi nan gado... Dd sibuk, mommy pun sibuk. Tp sempat lah curi2 celebrate besday kakna, makan kek. . Nanti kita buat makan2 lagi bila besday hafidh pula ye... Lagi berapa hari je pun tinggal.. . Nah belanja refresh citer lepas dan semasa bersalin kan aydina... Tetiba ngeri nak ngandung lagi... Huhu. . http://www.mommylin.com/2016/01/pengalaman-bersalin-yang-ngeri.html . #mommybiscute #mommylindotcom #kbba9 #aydinanufayla #aydinanufayla3yearolds #aydinaturn3
A post shared by MommylinDotCom (@allene_mommylin) on Jan 21, 2019 at 3:18pm P
Cafe Super Hero di KL
Seminggu lepas sambut birthday kakna, kami sambut birthday bamfidh pula.. Kemain mommy excited nak pergi cafe ni. Awal pagi dah keluar, almaklum lah KL kan jem bila dah tengahari. Tu yang nak di elakkan
Sampai, terus tuju cafe ni, malas nak jalan2. Mommy order 2 cupcake, coffee dan breakfast set. Rasa tak berapa sedap boleh lah takat makan sekali sekala boleh lah... Hahaha... *harap tak kena kecam...*
Ok lah... Mommylin belanja gambar je banyak2 .. Jumpa lg..
Love,
Mommylin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mommylin.com/2019/07/celebrate-birthday-di-super-hero-cafe.html