Ekzos Bising Najib Jugak Jadi Hero





Turun naik Mahkamah menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta sudah menjadi rutin kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menghadapi pelbagai tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa.
Namun begitu beliau kini dianggap sebagai hero kepada orang ramai kerana apa yang diulas dan diperkatakan oleh beliau di media sosial terutamanya di Facebook seringkali mendapat perhatian daripada Kerajaan seperti isu pengeluaran wang KWSP, moratorium dan sebagainya.

Dan terbaru mengenai ekzos motor yang bising pula dan ianya telah mendapat perhatian dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
Ianya bermula bilamana sekumpulan lelaki menyapa beliau ketika sedang berjalan bersama pegawai dan pengawal peribadinya di dalam kawasan Mahkamah Duta.
Apa yang menarik mereka meminta bekas Perdana Menteri itu mengulas isu ekzos motor di Facebook.
"Bossku, kalau boleh isu pasal ekzos tu tolong bom sikit di Facebook." kata salah seorang lelaki di situ.
"Apadia?" tanya Najib dan tiba-tiba berhenti di situ.
"Ekzos bising, ekzos bising.."ulang lelaki itu lagi.
"Owh ekzos motor.." kata Najib.

Selasa 16 Mac 2021, 15:15 di laman Facebook miliknya Najib menulis..
Tempoh pengampunan (grace period) yang munasabah bagi pengguna kenderaan untuk perbaiki kenderaan untuk mengikut undang-undang sebelum penguatkuasaan besar-besaran dilakukan bukan satu perkara yang luar biasa.
Pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu untuk perlaksanaan 3rd brake light, window tinting dan kerusi keselamatan kanak-kanak kereta.
Setelah diminta oleh seorang anak muda untuk "bom" isu ini semalam, saya mula faham apa sebenarnya isu ekzos motorsikal.
Isu ekzos motor terlalu bising dan diubahsuai ini dah lama wujud.
Tidak dinafikan ianya melanggar undang-undang dan ianya juga kurang disenangi ramai. Dan saya rasa penunggang motor juga bersetuju mengikut undang-undang.
Namun masa pandemik ini bukan masa paling sesuai untuk melakukan operasi penguatkuasaan untuk mencari salah dan mengeluarkan saman secara besar-besaran terhadap isu ini.
Sebab virus Covid tak takut pada bunyi ekzos.
Jika pengguna motor nak perbetulkan ekzos dan aksesori motor mereka pun perlukan masa dan wang.
Tapi dalam krisis pandemik ini, ramai tidak ada duit berlebihan untuk memperbetulkannya.
Ekoran itu, ramai anak-anak muda yang tidak lagi berani membawa bike keluar untuk mencari rezeki sebab takut disaman RM2,000, penjara 6 bulan dan bike disita. Saya rasa usaha mencari salah ekzos berbunyi tidak membantu dalam usaha melawan Covid dan tidak menyumbang kepada pemulihan ekonomi.
Jika nak dilaksanakan operasi penguatkuasaan, saya berpendapat ianya lebih adil untuk beri tempoh pengampunan selama separuh tahun atau setahun setelah pandemik Covid sudah berakhir dan ekonomi telah memulih untuk memberi peluang pengguna motor mencari pendapatan untuk memperbaiki motor mereka.
Berilah tempoh yang munasabah bagi anak-anak muda untuk bernafas semula ketika pandemik Covid ini.
Jika parlimen boleh ditangguh dengan alasan tak masuk akal sehingga darurat berakhir dan PRU boleh diketepikan dengan alasan perlu tunggu sehingga pandemik berakhir, kenapa pula operasi penguatkuasaan ekzos serta aksesori motor tidak boleh ditangguh selagi ianya tidak membahayakan nyawa?
Pada masa ini, usaha penguatkuasaan boleh bermula dari sekarang juga dengan menyasarkan kedai-kedai aksesori dan motor untuk memastikan penjualan aksesori tidak dibenarkan dan pengubahsuaian ekzos keterlaluan tidak berlaku lagi.
Hasil dari pandangan yang diutarakan oleh Najib itu JPJ mengeluarkan satu kenyataan bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda, hukum atau sita serta-merta tetapi..

Tulis Najib lagi dilaman Facebooknya pada Selasa 16 Mac 2021, 20:54
Sebentar tadi, JPJ keluarkan statement bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda, hukum atau sita serta-merta tetapi akan:
a) mengeluarkan notis untuk pengguna motorsikal untuk ditemu bual atau disiasat lanjut; atau
b) mengeluarkan notis larangan menggunakan motorsikal tersebut dan diberi 7 hari untuk membaiki atau mengganti ekzos. Seterusnya, motor tersebut perlu dibawa ke mana-mana pejabat JPJ untuk pemeriksaan.


Sebentar tadi, JPJ keluarkan statement bahawa operasi ekzos bising akan diteruskan tapi mereka tidak akan lagi denda,...
Posted by Najib Razak on Tuesday, 16 March 2021
Hmmm.... Najib jugak jadi Hero... 
Anda lapar?.. Pesanlah Pizza di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/03/ekzos-bising-najib-jugak-jadi-hero.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
817 Saman Dikeluar Menerusi Op Khas Ekzos Bising

817 Saman Dikeluar Menerusi Op Khas Ekzos Bising

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 538 hits
JOHOR BAHRU 1 Syaaban 1442H Isnin Polis Johor mengeluarkan 817 saman kepada pemilik kenderaan di negeri ini hasil 110 operasi Op Khas Ekzos Bising yang dilancarkan sejak 1 Mac lepas hingga semalam Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pit...
Saya Pakai Ekzos Bising Ni Sebab Nak Halau Babi Alasan Pemilik Motor Ditahan Dalam Ops Khas Ekzos Bising

Saya Pakai Ekzos Bising Ni Sebab Nak Halau Babi Alasan Pemilik Motor Ditahan Dalam Ops Khas Ekzos Bising

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 700 hits
Saya pakai ekzos bising ni sebab nak halau babi Alasan pemilik motor ditahan dalam Ops Khas Ekzos BisingOperasi membanteras penggunaan ekzos bising masih giat dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia bagi menjaga ketenteraman orang awam yang se...
Penyelesaian 10 Perkara Cara Terbaik Selesai Isu Kalimah Allah Kata Najib

Penyelesaian 10 Perkara Cara Terbaik Selesai Isu Kalimah Allah Kata Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 302 hits
Penyelesaian 10 perkara dicadangkan kerajaan pada 2011 adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim kata Najib Razak yang menjadi perdana menteri ketika itu Beliau berkata penyelesaian itu akan menamat...
10 Point Solution Best Way To Resolve Allah Issue Says Najib

10 Point Solution Best Way To Resolve Allah Issue Says Najib

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 249 hits
Former prime minister Najib Razak says Islamic enactments are not applicable to Sabah and Sarawak PETALING JAYA The 10 point solution put forward by the government in 2011 is the best way to resolve the use of the word Allah by non Muslims ...
Najib Petik Kes Sprm Berhubung Pengunduran Xavier

Najib Petik Kes Sprm Berhubung Pengunduran Xavier

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 430 hits
Najib Razak menyindir pengunduran Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar dari PKR hari ini Dalam catatan di Facebook Najib merujuk kepada beberapa laporan berita mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyaksikan...
Najib Slams New Rm10 000 Fine For Not Seeing Difference Between Serious Accidental Offences

Najib Slams New Rm10 000 Fine For Not Seeing Difference Between Serious Accidental Offences

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 275 hits
The manner the Ordinance was outlined by the government does not differentiate between unintentional and non serious offences like forgetting or failing to scan the MySejahtera app or failing to use a face mask against serious offences like...
Najib Cops Forced To Issue Rm10k Fine Shows Why Parliament Debate Important

Najib Cops Forced To Issue Rm10k Fine Shows Why Parliament Debate Important

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 243 hits
Police being forced to issue RM10 000 fine for Covid 19 SOP violations shows why it is important to debate government orders in Parliament said former prime minister Najib Abdul Razak This is after an RM10 000 fine was issued against an ind...
Govt Must Explain Silence On Pengerang Solar Project Najib

Govt Must Explain Silence On Pengerang Solar Project Najib

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 245 hits
The federal government must explain its silence on the solar power project announced by Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar last week said Pekan MP Najib Abdul Razak This came after the groundbreaking ceremony for the Sultan Ibrahim ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach