Cctv Rekod Bagasi Hitam Merah Ditarik Dari Aras Pejabat Hasanah


Zahid M NaserHasanah Ab Hamid ketika menghadiri perbicaraan mahkamah berhubung pertuduhan pecah amanah libat RM50.4 juta wang kerajaan. Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dilihat menarik beberapa bagasi pelbagai saiz berwarna hitam dan merah keluar masuk, dari aras yang menempatkan pejabat bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab Hamid dan timbalan-timbalannya.
Ini berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada 163 fail rakaman CCTV yang ditayangkan hampir satu jam di Mahkamah Tinggi hari ini, pada perbicaraan kes pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) yang dihadapi Hasanah, yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyelidikan JPM.
Dalam prosiding itu, timbalan pendakwa raya Ahmad Farid Ahmad Kamal mengemukakan rakaman CCTV, ketika pemeriksaan utama terhadap Pegawai Siasatan di Bahagian Forensik Teknologi Ibu Pejabat SPRM, Badri Azni, 37.
Rakaman itu menunjukkan beberapa orang lelaki menarik keluar dan masuk beberapa bagasi melalui lif di aras satu, aras tujuh, dan anjung kereta, Blok B4, JPM pada 30 April dan 9 Mei 2018.
Bagaimanapun, mahkamah tidak diberitahu mengenai kandungan bagasi-bagasi berkenaan.
Ketika disoal balas peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah yang mewakili Hasanah, adakah tertuduh (Hasanah) dilihat dalam ratusan fail rakaman yang ditunjukkan di mahkamah hari ini, Badri, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan itu menjawab: “Tiada”.
Sementara itu, bekas polis bantuan JPM Norrashid Mahmud, 59, berkata berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, beliau mengenali kesemua individu yang dipaparkan menerusi rakaman CCTV berkenaan.
“Mereka adalah pegawai tadbir dan diplomatik di Blok 4, JPM (Bahagian Penyelidikan),” katanya ketika ditanya soalan tambahan semasa pemeriksaan utama oleh TPR Mohd Fairuz Johari, pada hari keenam perbicaraan kes tersebut.
Ketika membacakan penyataan saksinya, Norrashid yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, beliau mengenali semua pegawai serta kakitangan di bahagian berkenaan, kerana telah bertugas lebih 20 tahun sebelum bersara pada 20 Oktober tahun lepas.
Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 64, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya, antara 30 April hingga 9 Mei 2018, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh bersambung pada 12 April ini (Isnin).
Namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah pada 12 hingga 16 April bagi mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan yang dijalankan secara tertutup, kerana ia melibatkan isu keselamatan negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/cctv-rekod-bagasi-hitam-merah-ditarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sunting Foto Dalam Besen Merah Netizen Tuduh Fadzil Zahari Perli Nonny Nadirah

Hiburan Sunting Foto Dalam Besen Merah Netizen Tuduh Fadzil Zahari Perli Nonny Nadirah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 285 hits
Boleh dikatakan ramai rakan artis dan peminat yang berasa kecewa apabila melihat Nonny Nadirah memuat naik gambar seksi di laman Instagram miliknya meskipun terkenal dengan imej muslimah baru baru ini BACA AdvertisementMeskipun tidak member...
5 Rumah Dan Lokasi Usaha Di Padang Diamuk Si Jago Merah

5 Rumah Dan Lokasi Usaha Di Padang Diamuk Si Jago Merah

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 221 hits
Lima bangunan rumah tinggal dan lokasi usaha di Jalan Abdul Muis Jati Baru Kecamatan Padang Timur Kota Padang Sumatera Barat diamuk si jago merah Jumat sekitar pukul 14 40 WIB Tidak ada korban jiwa namun 15 keluarga terdampak kejadian ini
Pria Pembakar Bendera Merah Putih Dicokok Polres Lampung Timur

Pria Pembakar Bendera Merah Putih Dicokok Polres Lampung Timur

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 156 hits
Dari penelusuran tersebut pihak kepolisian melakukan penangkapan terhadap SN di kediamannya pada hari Kamis
Potret Ukkasya Bayi Irwansyah Dan Zaskia Sungkar Ganteng Banget Bibirnya Merah Merona

Potret Ukkasya Bayi Irwansyah Dan Zaskia Sungkar Ganteng Banget Bibirnya Merah Merona

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 288 hits
Kabar bahagia datang dari Irwansyah dan Zaskia Sungkar Setelah penantian yang panjang akhirnya mereka dikaruniai buah hati Namanya Ukkasya Muhammad Syakhi Berjenis kelamin laki laki baby Ukkasya terlihat amat tampan dan memiliki bibir merah...
Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 537 hits
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lepas seorang lelaki dikenali sebagai Ami Azzizol Abu Bakri 22 dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang Tasik Kenyir dua hari yang lalu Menurut abang sulongnya Amir Amizi 33 adik le...
Tanah Merah Polis Cari Empat Remaja Perempuan Gaduh Dalam Semak

Tanah Merah Polis Cari Empat Remaja Perempuan Gaduh Dalam Semak

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 2028 hits
Polis sedang mengesan empat remaja perempuan yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di dalam kawasan semak sehingga video perbuatan mereka itu viral di media sosial sejak semalam Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Zainud...
Analisis Ringkas Prestasi Cemerlang Baddrol Dan Bagaimana Kad Merah Goulon Menjadi Turning Point

Analisis Ringkas Prestasi Cemerlang Baddrol Dan Bagaimana Kad Merah Goulon Menjadi Turning Point

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 218 hits
Dari awal Liga Super ni berlangsung sehingga ke LS6 ni aku boleh katakan yang perlawanan menentang Sri Pahang ni antara permainan yang terbaik yang ditunjukkan oleh Kedah Benda utama yang menarik perhatian aku ialah bagaimana pemain pemain ...
Surat Edaran Kemenag Larang Tarawih Hingga Bukber Di Zona Oranye Dan Merah Covid 19

Surat Edaran Kemenag Larang Tarawih Hingga Bukber Di Zona Oranye Dan Merah Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 185 hits
Panduan ibadah itu memuat diizinkannya kegiatan buka puasa bersama salat berjamaah tadarus Alquran serta iktikaf dengan jumlah kehadiran maksimal 50 persen dari kapasitas masjid atau musala
Tuaian Pertama Bayam Merah

Tuaian Pertama Bayam Merah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 612 hits
Semasa di rumah NS dulu pernah la saya tanam bayam hijau tapi hasilnya tak berapa menjadi Kali ni di rumah PP saya cuba menanam bayam merah pulak Saya tanam guna pasu self watering yang dibawa dari rumah NS Biasanya orang akan semai biji be...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism