Cawangan Kedua Santan Caf Di Sunway Pyramid
Selepas kejayaan pembukaan Santan Café cawangan pertama di Mid Valley Megamall pada tahun lepas iaitu 2019. Kini, cawangan kedua Santan Café di Sunway Pyramid. Ruby berkesempatan ke sini bersama rakan-rakan AirAsia Travel Buddies. Walaupun kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Pihak Santan Café dan Sunway Pyramid amat tegas dalam melaksanakan SOP Pandemik COVID-19. Pakai pelitup muka, imbas kod QR, imbas suhu dari tv besar dan sentiasa sanitasi tangan.
Cawangan Kedua Santan Café Di Sunway Pyramid
Cawangan ini memiliki lokasi yang strategik kerana lokasinya berada di pintu masuk laluan Sunway Lagoon. Ketika melalui pintu masuk/keluar Sunway Lagoon, anda akan nampak dekorasi daun hijau dan dekorasi dalamannya luas dan selesa. Menu hidangan di Santai Café adalah sama seperti menu di dalam penerbangan yang selalu kita membuat pesanan awal. Keunikannya adalah, kita boleh nikmati makanan tersebut di restoran pada bila-bila masa. Buat anda yang merindui menaiki penerbangan AirAsia, rindu mengembara ke luar negara. Jom lah ubati rindu anda dengan makan di sini. Hehehe.
Apabila Santan Café dibuka pada tahun lepas di cawangan pertamanya di Mid Valley, Ruby mengambil inisiatif untuk rasa semua menu. Kebiasaannya kalau naik penerbangan AirAsia, pasti memesan makanan yang sama. Hahaha. Sekarang, dah pandai pilih makanan. Nanti lepas COVID-19, nak mengembara dengan anak-anak. Ruby tahu nak memesan makanan apa yang sesuai untuk sesisi keluarga semasa di dalam penerbangan AirAsia. Lagi pula anak dah besar, semua dah ada pilihan menu kegemaran. Ruby tak sabar nak bawa anak-anak Ruby ke Santan Café Sunway Pyramid. Pada 2 hingga 4 Ogos 2020 ni kami akan tebus pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway. Santan Café adalah lokasi eatery pilihan kami sekeluarga. Ibu dah masuk dalam jadual. Haha
Cara Membuat Pesanan Di Santan Café
AirAsia sentiasa memudahkan para pelanggannya. Malah dengan SOP pandemik COVID-19 ini, mereka lebih bersedia. Ini kerana cara Santan Café yang mudah. Anda boleh memesan melalui mesin sedia ada atau imbas kod QR di meja makan. Cara bayaran melalui kad debit atau e-wallet. Setelah itu, nombor anda akan dipanggil apabila makanan sudah tersedia. Mudah kan? Contactless sangat
Diantara menu yang tersedia di Santan Café menampilkan hidangan dalam bentuk set bundle, set combo, set nasi ala carte, snack, dessert, minuman dan ASEAN Picks. Menu baru juga diperkenalkan iaitu Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng Berempah, Chicken Bites with Rempah Keju sauce dan Chicken Bites With Rice.
Set Bundle
Set Kombo
🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang RM 16.00🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Goreng RM 16.00🎉 Uncle Chin's Chicken Rice RM 16.00🎉 Nasi Padang Beef Rendang RM 16.00🎉 Nasi Padang with Ayam Kicap Berempah RM 16.00🎉 Thai Basil Chicken With Rice RM 16.00🎉 Grilled Chicken Inasal Garlic Rice RM 16.00🎉 Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng Berempah RM 16.00🎉 Crispy Chicken Bites With Rice RM 16.00🎉 Gado-Gado (Vegetarian) RM 16.00
🎉 Kombo Crispy Chicken Bites RM 13🎉 Kombo Golden Fried Chicken RM 14
Menu Nasi
🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang RM 12.00🎉 Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Goreng RM 12.00🎉 Uncle Chin's Chicken Rice RM 12.00🎉 Nasi Padang Beef Rendang RM 12.00🎉 Nasi Padang with Ayam Kicap Berempah RM 12.00🎉 Thai Basil Chicken With Rice RM 12.00🎉 Grilled Chicken Inasal Garlic Rice RM 12.00🎉 Nasi Lemak Goreng with Ayam Goreng Berempah RM 13🎉 Crispy Chicken Bites With Rice RM 12.00🎉 Gado-Gado (Vegetarian) RM 12.00
Snek
Sweet Potato Cracker
🎉 Crispy Chicken Bites RM 9🎉 Golden Fried Chicken RM 10🎉 Sweet Potato Cracker RM 2
Dessert RM 9.90
🎉 Burnt Cheesecake🎉 Onde-Onde Cake
Minuman RM 5.00
Calamansi Iced TeaRoselle Iced TeaSoya BandungSugar CaneAsian Blend Specialty Brew
Asean Picks
Pak Nasser's Nasi Lemak Rendang & Sambal Paste RM 15Cup Noodle Starter Kit RM 15Tom Yum Goong Cup Noodles RM 5Braised Beef Cup Noodles RM 5Mushroom & Seaweed Cup Noodles RM 5Hokkien Prawn Cup Noodles RM 5Nutty Caramel Crisps RM 4Salted Peanuts RM 4Roasted Cashew Nuts RM 6Mix Fruits & Nuts RM 5Milk Chocolate Almonds RM 5BBQ Flavoured Potato Crisps RM 4Dried Pineapple RM 6Terengganu Fish Crackers RM 4.50
Banyak lagi hidangan tersedia di Santan Café, apa yang Ruby senaraikan itu hanya sebahagian sahaja. Hehehe. Jom ke Santan Café sekarang!
Promosi RM 20 Untuk 2 Kombo
Santan Café menawarkan promosi 2 hidangan kombo yang terdiri daripada satu set makanan dan minuman. Harga biasa untuk set kombo adalah RM 16. Sempena pembukaan di Sunway Pyramid, anda hanya perlu membayar RM20 untuk 2 set kombo. Menarik kan?
Promosi ini tersedia pada waktu terhad iaitu bermula dari 22 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020 dan anda boleh menikmatinya sama ada secara makan di Santan Café Sunway Pyramid, bawa pulang atau penghantaran ke rumah dengan menggunakan kod promosi SUNWAY.
Website | Facebook | Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/07/cawangan-kedua-santan-cafe-di-sunway.html