Catatan Sejarah 1 Syawal 1441h


Selamat Hari Raya kepada semua sahabat blogger!Alhamdulillah...semalam kita dah melalui 1 Syawal yang penuh bermakna dan pastinya begitu berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lebih terasa berbeza bagi yang terhalang oleh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk pulang beraya di kampung halaman. Semuanya menjadi satu catatan sejarah dalam lipatan kisah hidup kita. Warna-warni kehidupan, mungkin pahit untuk dilalui namun ada kemanisan tersendiri untuk dikenang

Atas halangan PKP, raya tahun ni saya dan suami tak pulang beraya di kampung kami di Johor. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami beraya berdua, seawal tahun pertama berkahwin kami dah merasa beraya berdua sebab suami perlu bertugas pada 1 Syawal. Masa tu kami tinggal di kuarters pekerja, jadi saya cuma menjemput jiran-jiran pekerja asing untuk datang makan juadah raya (yang saya sediakan dengan susah payah sebab itu pengalaman pertama masak segalanya sendiri). Untuk kali kedua ni, takdelah jemput jiran kan...sebab PKP


Catatan Sejarah 1 Syawal 1441H Bagi Diri Saya :
1. Tiada kesibukan di malam raya. Tiada aktiviti masak-masak dan kesibukan lainnya yang membuat letih badan yang kadang-kala berlarutan hingga lewat malam. Santai dan tenang

2. Malam raya yang aman dan bebas sakit hati. Tiada 'serangan' mercun bertalu-talu yang menggegar bagai letupan bom, ia berlaku saban tahun sama ada di rumah mak saya atau di rumah mertua. Sehingga hampir tercetus pergaduhan dek bumbung rumah mertua yang rosak dihujani mercun dan tingkap nako rumah mak saya yang pecah (serta ada kesan terbakar pada langsir) dek lontaran mercun jiran. Anak saudara yang masih bayi pun terkejut dari lena dan menangis. Aduan polis? Pernah adik saya telefon mengadu, tapi jawapannya menghampakan. Masalah tak selesai. Hiduplah kami tahun demi tahun dengan perangai manusia yang pentingkan diri sendiri dan tak terima teguran, hanya masa mampu menyelesaikannya

3. Menu raya yang sedikit. Pagi raya selepas solat Subuh, saya memulakan kerja memasak. Nasi impit segera dah pun dimasak semalam dengan cara yang mudah dan pantas - menggunakan PPC (Philips Pressure Cooker). Pagi raya selepas solat Subuh, saya terus ke dapur mengukus ketupat palas frozen, memasak Daging Masak Sate menggunakan PPC (daging sudah diperap dengan bahan perapan sejak semalam) dan memasak Lodeh. Bila berdua saja tak perlulah bermacam menu. Saya masak Daging Masak Sate sebab tu makanan kegemaran suami dan merupakan semacam hidangan wajib keluarga sebelah suami. Masak Lodeh pula sebab nak ada kuah dan sayuran, juga sebab ia antara hidangan tradisi bagi orang Jawa Johor. 
4. Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah di rumah. Kami mulai solat sekitar pukul 9.20 pagi. Terlewat sedikit daripada jadual asal sebab nak selesaikan hal di dapur. Terasa lain perasaannya bila solat sunat raya kali ini berimamkan suami.

5. Mendengar khutbah raya daripada suami. Pada awalnya saya sangkakan tiada khutbah raya (bukan syarat sah solat sunat raya, tak mengapa tak buat). Tapi semasa saya sibuk di dapur memasak awal pagi tadi, rupanya suami pula sibuk berlatih membaca teks khutbah JAKIM di ruang tamu. Alhamdulillah...buat pertama kali dalam hidup dapatlah pengalaman mendengar khutbah raya yang dibacakan oleh suami. Kadang saya nak ketawa sebab rasa macam kelakar dan comel pulak suami baca khutbah, mujur dia tak perasan reaksi saya dek khusyuk menjalankan tugas.

6. Buat video ucapan raya dan video call untuk Mak/Mertua di kampung. Disebabkan internet di rumah Mak saya tak berapa baik untuk kami buat video call, saya pilih untuk rakam video. Selesai solat sunat raya - kami duduk berdua di kerusi ruang tamu, pasang handphone pada tripod dan mula buat video pendek. Terus send ke Mak. Mak reply melalui voice note sambil ketawa-ketawa. Senang hati saya dengar suara Mak bukan dalam nada sedih. Kemudiannya kakak yang berpeluang balik kampung turut berkongsi gambar-gambar raya bersama Mak kami dalam grup WhatsApp keluarga. Manakala untuk mertua, terus buat video call. Walaupun ada gangguan suara, tapi dapatlah saling melihat wajah satu sama lain. Alhamdulillah adanya teknologi membuat kita selalu dekat.

7. Ziarah raya versi PKP. Rumah kami tak berapa jauh dari rumah adik saya (tak sampai 10 minit pemanduan). Tiada perancangan beraya bersama memandangkan adik ipar tak berapa sihat. Jadinya kami ke rumahnya sekadar nak berkongsi juadah raya yang saya masak, hantar depan pintu saja. Tapi kemudiannya kami masuk jugak ke rumah adik memenuhi pelawaannya. Tiada sentuhan fizikal, kami tak bersalaman - raya norma baru.

8. Membeli-belah di Aeon Nilai. Memang tak pernah dibuat seumur hidup - saya ke pusat membeli-belah pada 1 Syawal. Saya dan suami pergi selepas Asar. Orang tak sesak, tapi ramai jugaklah. Masing-masing masih berbaju raya - baju kurung, baju melayu, jubah dan lain-lain. Ramai juga yang sibuk berfoto sana-sini. Satu pemandangan yang asing dan kelakar juga. Kami pula hanya berpakaian santai dan datang dengan tujuan membeli sedikit keperluan kerja suami. Walaupun mulanya agak malas keluar rumah, tapi memandangkan 2 Syawal dah rancang nak berpuasa dan 3 Syawal suami perlu bekerja rentas negeri, maka gagahkan diri ke Aeon pada petang raya.

9. Air fryer raya! Dah agak lama berkira-kira nak beli air fryer, saya dan suami sama-sama dah buat perbandingan dan perbincangan. Dah pilih model apa nak beli. Dah tau harga diskaun terbaik ditawarkan. Jadinya semasa ke Aeon, kami sempat melihat-lihat di bahagian air fryer. Dan...air fryer yang kami nak tu memang sedang beri harga diskaun. Terus jelah beli...hehe.

10. Hari raya yang sangat santai, tak memenatkan dan tak banyak makan. Jauh berbeza dengan raya tahun-tahun sebelumnya. Biasanya selama beberapa hari Syawal tu akan kepenatan berziarah ke rumah sanak saudara dan perut sentiasa sendat dengan juadah raya.


Saya akhiri 1 Syawal dengan rasa syukur kepada Tuhan pemilik alam ini. Yang menghantar wabak juga beserta dengan segala hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan sebaik-baik perancang. Kita masih berada di Malaysia, tetapi COVID-19 telah mengubah hidup kita sekelipan mata - kita meraikan Syawal bagai berada di negara asing. Tiada masjid untuk menunaikan solat, tiada kemeriahan ziarah raya cara Malaysia, tiada istilah raya pertama kedua dan seterusnya. Hanya ada raya 1 Syawal, di lingkungan sendiri. Begitulah takdir hidup berjalan dengan penuh misteri

Juadah 1 Syawal kami. Ringkas je, cukuplah untuk dua orang makan. Masak lebih untuk jiran dan adik. Biskut raya pun beli satu jenis, lagi satu jenis adik yang beri

Suasana dalam Aeon Nilai, sana-sini orang berbaju raya. Mungkin ada keperluan atau mungkin sekadar menghabiskan masa pada 1 Syawal. Pengisian hari raya yang berbeza dari biasa


Bagaimana dengan catatan sejarah 1 Syawal sahabat-sahabat blogger semua



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/05/catatan-sejarah-1-syawal-1441h.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Syawal 2020m 1441h

Salam Syawal 2020m 1441h

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 527 hits
Assalamualaikum sahabat2 dan anakanda2 yang bunda kasihi Selamat menyambut Syawal tahun 2020 Masihi dan 1441 Hijrah Hari ini 26 May 2020 adalah hari raya ke tiga kita sambut pada tahun ini Di tahun ini juga kita beraya mengikut normal bahar...
Salam 1 Syawal 1441h Biar Raya Pkp Kasih Sayang Tetap Ada

Salam 1 Syawal 1441h Biar Raya Pkp Kasih Sayang Tetap Ada

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 508 hits
SALAM 1 SYAWAL 1441H BIAR RAYA PKP KASIH SAYANG TETAP ADA Assalamualaikum wbt Dah lama sangat aku tak menulis entri Aku sangat sibuk campur letih campur jadi babysitter Umar Entahlah lately aku jadi terlalu letih sampai jadi terlalu malas M...
Video Muzik Syawal Yang Biru

Video Muzik Syawal Yang Biru

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 597 hits
Sebuah muzik video khas oleh RMP TV Channel sempena Hari Raya Aidil Fitri 2020 bersamaan 1441 Hijrah bertajuk Syawal Yang Biru Lirik ditulis oleh SAC Dato Fadzil Ahmat Susunan Muzik oleh ASP Mesmoro Edward dan Lagu oleh Harry Khalifah Denda...
Telemovie Syawal Yang Datang Lakonan Syafie Naswip Rashid Jaafar

Telemovie Syawal Yang Datang Lakonan Syafie Naswip Rashid Jaafar

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 560 hits
Saksikan telefilem Syawal Yang Datang lakonan Syafie Naswip dan Amar Asyraf pada hari raya pertama pukul 2 30 petang di TV1 JUDUL SYAWAL YANG DATANGWAKTU SIARAN Ahad 24 Mei 2020 2 30 petangSIARAN TV TV1 PENGARAH PRODUKSI MRT PicturesPELAKON...
Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1441 H 24 Mei 2020 M

Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1441 H 24 Mei 2020 M

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 534 hits
Hari Lebaran atau Idul Fitri telah tiba CB ucapkan Selamat Idul Fitri 1441 H 2020 M Taqobbalallahu minna waminkum Amin Lebaran tahun ini kita rayakan secara berbeda dari tahun tahun sebelumnya Gegara pandemi virus corona kita shalat id di r...
Selamat Hari Raya Syawal 1441

Selamat Hari Raya Syawal 1441

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 933 hits
1 Syawal 1441 pkp pkpb hari ke 68selamat berhari raya kepada semua berhari raya dalam keadaan normal baharutiada episod jalan jem balik kampung tiada ziarah sanak saudaratiada ziarah sahabat handaitiada ziarah rakan taulan tiada salam bersa...
Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 350 hits
Pada 23 Mei 2020Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli dan Iskandar Fareez pada Jumaat 22 Mei 2020 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri Keput...
Lirik Syawal Di Kejauhan Fanaa

Lirik Syawal Di Kejauhan Fanaa

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 268 hits
Syawal kan menjelan tiba Aidilfitri kan menjelma Hati yang sekamin berduka Tak dapat beraya di desa www liriklagumalaysia com Bergema takbir aidilfitri Memecah keheningan pagi Sekian lama telah
Amalan Menjelang Syawal

Amalan Menjelang Syawal

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 299 hits
Amalan Menjelang Syawal Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA dapat kita sama sama berpuasa akhir Ramadhan pada tahun 2020 Alhamdulillah insyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Petang ni KakYa nak kongsi...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever