Catatan Parlimen Kali Pertama Tidak Bermakna Ia Salah Bukan




1. Hari ini detik yang begitu bersejarah di Parlimen.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat terpaksa mengosongkan jawatannya apabila usul yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri telah berjaya mendapat undian majoriti 111 yang bersetuju manakala 109 yang menolak.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Rashid Hasnon tidak mengundi kerana beliau berada di kerusi Speaker bagi mempengerusikan mesyuarat pada ketika usul itu diundi.
Seorang lagi Ahli Parlimen Kerajaan PN yang tidak dapat hadir dewan kerana sakit ialah YB Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili, Ahli Parlimen Kota Marudu yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
2. Sepertimana dijangka dewan begitu gamat dan kecoh tatkala usul ini baru sahaja dibuka untuk dibahaskan. Kelihatannya YB PAN Kota Raja, YB PAN Shah Alam, YB PAN Sepang antara yang paling lantang mengecam usul ini.
Dalam ramai-ramai Ahli Parlimen pembangkang yang menjerit dan memekik tadi, hanya YB DAP Puchong, Gobind Singh Deo yang mampu berbahas dengan tertib dan teratur.
3. Ahli Parlimen Pembangkang yang membahaskan usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ialah YB Ketua Pembangkang sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Bebas Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan yang berbahas pula ialah YB UMNO Arau dan YB PAS Pasir Puteh.
Rasa kasihan pula melihat YB Langkawi yang begitu bersungguh mahu menolak usul tersebut tetapi dia kelihatannya hilang arah tuju apabila diasak dengan begitu kuat oleh Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan yang menyatakan semua yang berlaku sekarang berpunca daripada Tun sendiri yang berdegil mahu meletakkan jawatan Perdana Menteri walaupun tidak pernah dipaksa oleh parti-parti yang membentuk kerajaan sekarang.
Bahkan, Tun sendiri ketika mula menjadi PM Kerajaan PH pun menukar Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan Pengerusi SPR.
4. Adapun Ketua Pembangkang, YB Port Dickson yang menolak usul ini juga kelihatannya tidak mampu menjawab persoalan apabila ditanya mengapa YB Port Dickson sebelum ini meletakkan jawatan sehingga menyebabkan jutaan ringgit wang rakyat terpaksa dibelanjakan bagi membolehkan beliau menjadi Ahli Parlimen. Sama juga alkisahnya seperti Langkah Kajang dulu kan..?
Sedangkan pertukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada hari ini tidak pun menyebabkan jutaan wang rakyat terpaksa dibelanjakan.
5. Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato' Takiyuddin Hassan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diberikan amanah untuk menggulung bagi pihak Kerajaan.
Antaranya beliau menyebut
"Memang usul ini pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia. Tetapi perkara yang pertama kali bukanlah perkara yang 'illegal'. Perkara yang pertama kali boleh dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan di dalam Parlimen."
Antara landasan hujah Kerajaan untuk menukar Yang di-Pertua Dewan Rakyat adalah berpandukan apa yang termaktub di dalam Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan terang dan jelas;
(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya
yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatannya—
(c) jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan
sedemikian.
6. Kerajaan juga mematuhi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dalam hal pencalonan nama baru Yang di-Pertua Dewan Rakyat sepertimana yang terkandung di dalam Peraturan 4;
Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya
empat belas hari sebelum mesyuarat.
Perdana Menteri telah menghantar pencalonan tersebut kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada tarikh 29 Jun 2020, iaitu 14 hari sebelum bermulanya mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini.
Tidak ada pun di dalam peraturan tersebut yang mensyaratkan perlunya berlaku kekosongan terlebih dahulu barulah pencalonan dibuat.
Jelas bukan..?
7. Rakyat dapat menyaksikan sendiri bagaimana gelagat Ahli Parlimen Pembangkang ketika perbahasan yang kecoh tadi.
Apabila usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah berjaya diluluskan, mereka mendesak pula Dewan ditangguhkan selama 14 hari supaya Pembangkang diberi peluang untuk mencalonkan nama Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Mereka ini mahu membuat lawak ke apa..?
Sebelum ini, mereka juga yang bersungguh mendesak Parlimen segera bersidang, nak bahas itu dan ini.
Tetapi, apabila Parlimen mula bersidang mereka mahu tangguh 14 hari pula.
Untuk apa.?
Bukankah Kerajaan sudah terbukti mempunyai majoriti yang cukup apabila berjaya meluluskan usul pengosongan jawatan oleh Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof.
8. Apabila Kerajaan sudah bertukar, semestinya Kerajaan mahu membentuk pasukan kepimpinan yang punyai arah dan hala tuju yang sama.
Ia perkara normal bagi mana-mana Kerajaan pun tetapi Pembangkang sengaja mahu membuat kecoh dan melengahkan urusan dewan.
9. Hari ini merupakan ujian pertama bagi Kerajaan PN. Semestinya ujian getir dan liku yang tajam akan terus mendatang samada kita bersedia ataupun tidak menghadapinya.
Suka atau tidak, kita perlu akui menjadi Kerajaan yang mempunyai majoriti amat tipis ini amatlah mencabar dan menguji daya-tahan serta kesetiaan.
Kepada Allah jua kita berserah.
Catatan oleh;

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Tugas-Tugas Khas
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang)



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/catatan-parlimen-kali-pertama-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 207 hits
Tak sangka 2020 merupakan tahun yang melelahkan buat kita Ingatkan betul lah dah ada kereta terbang menghiasi langit tapi lain pula cerita apabila semua umat manusia kini hidup dalam ketakutan dek jelmaan raksasa COVID 19 Nak keluar rumah p...
8 Daripada 10 Client Pertama Kali Akan Rasa Risau Takut Iza Bantu Untuk Anda Faham Dari A Z

8 Daripada 10 Client Pertama Kali Akan Rasa Risau Takut Iza Bantu Untuk Anda Faham Dari A Z

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 370 hits
Client sign agreement PNC nampak tangan je Jangan minta gambar full Client First Time Apply Syarikat Kredit Komuniti Untuk yg first time iza pasti anda sangat sangat takut nak apply dengan syarikat kredit Ramai yang iza jumpa minta iza expl...
Kerabu Kerang Ala Thai Pertama Kali Buat Sedap Dan Mudah

Kerabu Kerang Ala Thai Pertama Kali Buat Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 1051 hits
hai assalammualaikumKerabu Kerang Ala Thai Kitaorang memang jarang sangat makan kerang tapi kalau dah teringin memang mencari la kerang Haritu pesan dekat mr mafia kalau ada kerang dekat pasar tolong belikan Dia kata kerang susah dapat tapi...
Biodata Sebenar Pencipta Lampu Yang Pertama Kali

Biodata Sebenar Pencipta Lampu Yang Pertama Kali

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1011 hits
THOMAS EDISON BUKAN ORANG YANG PERTAMA CIPTA MENTOL FAKTA Jika disebut nama Thomas Edison pasti ramai yang tahu bahawa dialah orang yang mencipta lampu mentol yang banyak sekali digunakan hari ini Namun tahukah anda bahawa fakta itu adalah ...
Selangor International Expo Pertama Kali Dalam Virtual

Selangor International Expo Pertama Kali Dalam Virtual

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 313 hits
Terbuka kepada 1000 peserta pameran berkaitan Makanan Minuman pada yang akan di adakan pada Oktober 2020 ini di www selangorsummit com dengan pembeli dari Malaysia dan Antarabangsa Kini ia tengah membuka peluang kepada usahawan yang ingin m...
Pertama Kali Ulama Pas Diperbetul Baca Matan Hadis

Pertama Kali Ulama Pas Diperbetul Baca Matan Hadis

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 279 hits
Dr FOMM YB Zawawi tolong bacakan matan hadis dari terjemahan yang dibuat oleh YB Ahmad Maslan Jadi dengan yakinnya YB Zawawi pun bacalah Tak lama kemudian YB Maszlee bangun mencelah Minta izin untuk betulkan matan bacaan hadis oleh YB Zawaw...
Tempat Berehat Sangkut Banjir Banyak Kali Kena Sam4n Aaron Aziz Kongsi Memori Kereta Pertama

Tempat Berehat Sangkut Banjir Banyak Kali Kena Sam4n Aaron Aziz Kongsi Memori Kereta Pertama

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 280 hits
Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kisah disebalik kereta pertama yang dimilikinya memberikan 1001 kenangan Menurutnya kereta tersebut digunakan selama tiga tahun dan dan berulang alik ke Singapura Malaysia ketika awal penglibatannya dalam ...
Foto Tak Mampu Beli Kfc Adik Zahirah Teruja Kali Pertama Ke Restoran

Foto Tak Mampu Beli Kfc Adik Zahirah Teruja Kali Pertama Ke Restoran

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 330 hits
Setiap kanak kanak pasti gembira mendengar restoran Kentucky Fried Chicken atau lebih sinonim dengan ayam gorengnya yang lazat sehingga menjilat jari Berkunjung ke restoran makanan segera KFC mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir ...
Minta Maaf Salah Tafsir Parlimen Mersing Kekal Milik Umno Zahid Hamidi

Minta Maaf Salah Tafsir Parlimen Mersing Kekal Milik Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 337 hits
Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah memuat naik satu ciapan yang menyatakan pendirian UMNO bahawa kerusi Parlimen Mersing adalah kekal menjadi milik UMNO dalam PilihanRaya Umum ke 15 yang akan datang Ciapan ini adalah susula...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp