9.50 pagi - Jambatan Kedua Pulau Pinang.Kami pergi melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tak banyak kenderaan, lebih tenang. Cuaca pagi ini sedikit mendung
Tempat pertama dituju - kedai gunting rambut untuk muslimah yang beroperasi di sebuah rumah kediaman di Bayan Lepas. Ini merupakan kali kedua saya gunting rambut di sini. Kali pertama mencuba pada tahun lepas, saya rasa selesa dan puas hati dengan servis mereka. Jadinya tahun ni saya mengulang datang ke sini lagi walaupun jaraknya jauh dari rumah. Tak susah pun sebab setahun cuma sekali je saya perlukan servis gunting rambut. Caj dikenakan sebanyak RM16
Laksa Thai.Dari klinik, kami menuju ke kedai makan Pondok Style. Saya pernah tulis entri berkenaan tempat makan ini DI SINI. Kami pesan Laksa Thai dan Nasi Kerabu Daging Danok. Semuanya masih sedap sama seperti sebelum ini
12 tengah hari - melalui laluan berliku dan berbukit ke Balik Pulau.Destinasi seterusnya, kami menuju ke Balik Pulau untuk makan durian. Dah tiga tahun sejak berpindah ke PP, kami belum berkesempatan mencuba makan durian Balik Pulau yang cukup terkenal. Alhamdulillah kali ni dapat juga merasa durian Balik Pulau. InsyaAllah catatannya pada entri lain
1.20 petang - Jambatan Pulau Pinang.Semua urusan dah selesai, kami kembali ke tanah besar melalui Jambatan Pulau Pinang. Jalanan di sini lebih sesak dan sempit berbanding Jambatan Kedua Pulau Pinang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |