Catatan Hujung Minggu 9 10 November 2024


Hujung minggu lepas, sekali lagi saya dan Encik Suami bermusafir ke wilayah tengah - kali ini ke Bandar Sunway, Selangor. Lewat petang hari Jumaat ‘terima arahan’, malamnya saya kemas beg dan esoknya Sabtu pagi perjalanan dimulakan seawal pukul 7.25 pagi

Alhamdulillah aliran trafik di lebuh raya lancar tanpa sebarang halangan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam (termasuk berhenti sarapan dan ke tandas) untuk kami tiba di Sunway Pyramid

Rupa-rupanya, susah sungguh nak mencari parkir di sini - tiada ruang parkir khas untuk tetamu hotel, boleh parkir di mana-mana saja bercampur dengan pengunjung mall. Dari setingkat ke setingkat mencari, pusing beberapa kali dan akhirnya terpaksa pergi ke kawasan parkir yang sangat jauh dari lobi hotel penginapan


SUNWAY PYRAMID MALLNak ke hotel penginapan, perlu melalui mall. Dari tempat parkir nak ke mall pun perlu berjalan jauh - lalu tangga, naik lif, jalan kaki. Fuh

Ice skating. Tumpang seronok tengok orang main

Kami jalan-jalan cari restoran untuk makan tengah hari, nampak ada simbol Halal JAKIM di restoran Tea Garden. Bolehlah cuba makan di sini, kita sokong bisnes yang berusaha untuk dapat pengiktirafan Halal JAKIM

Teh tarik Hainan

Salted egg bun.
Menu utama - kuetiau goreng dan laksa kari (tiada dalam foto). Walaupun namanya laksa kari, tapi rupa dan rasa lebih kurang macam mi kari


SUNWAY PYRAMID HOTELKalau tadi susah payah nak cari parkir, rupa-rupanya nak ke bilik penginapan pun tak mudah jugak. Jauh kedudukan lif dengan bilik penginapan - perlu belok beberapa kali ke kanan ke kiri. Memang mengelirukan tiap kali keluar/masuk bilik

Laluan luas ke bilik-bilik penginapan

Alhamdulillah dapat bilik yang sangat memuaskan - lengkap segala kemudahan, bersih dan selesa

Pemandangan dari jendela bilik kami. Di bawah tu laluan antara lobi hotel dan mall

Bilik airnya luas selesa. Satu je yang tak best - tandasnya menggunakan bidet jenis muncung di tempat duduk tandas, bukan jenis paip untuk spray tangan. Rasa kurang bersih dan kurang puas hati bila bersuci

Ini paling saya suka! Kerusi membaca/buat kerja dilengkapi dengan meja kecil boleh alih. Sedap duduk melunjur di sini sambil buat kerja atau menonton

Sunway Lagoon - tempat yang tak pernah saya pergi, kali ni dapat tengok dari jauh. Esok paginya nak sarapan, kami perlu berjalan jauh untuk ke tempat sarapan - berkongsi tempat makan dengan tetamu Sunway Resort Hotel. Dalam perjalanan akan nampak pemandangan dalam foto di atas. Masa ni pukul 7.45 pagi tapi agak ramai jugak pengunjung yang dah masuk ke Sunway Lagoon (klik foto untuk paparan lebih jelas)

Seronoknya bersarapan di sini - terdapat sangat banyak pilihan jenis makanan. Sesuailah dengan tetamu hotel yang ramai dan dari pelbagai bangsa. Sempatlah saya mencuba roti canai bersama kuah dalca, idli bersama chutney kelapa juga chutney tomato, nasi lemak, sushi, dimsum dan pastri. Alhamdulillah semuanya sedap sesuai dengan cita rasa saya. Setiap jenis saya ambil sekadarnya saja untuk merasa. Yang pasti, semua yang diambil mesti dimakan habis

PINTU BILIK DI BUKA PADA WAKTU MALAM | Sewaktu menginap di sini, berlaku satu hal yang tak dijangka. Kira-kira pukul 10.45 malam - sedang saya melayan mata mengantuk, tiba-tiba terdengar bunyi di pintu bilik kami. Bunyi orang cuba buka pintu, saya biarkan saja memikirkan agaknya ada orang tersilap bilik - kalau silap memang tak akan terbukalah pintunya kan

Tapi eh…pintu memang benar-benar dibuka! Mujurlah ada door guard, pintu tidaklah terbuka luas. Encik Suami segera berlari ke pintu bilik. Seorang lelaki staf hotel berdiri di depan pintu bersama satu keluarga bangsa Arab. Katanya, dalam sistem daftar mereka - bilik yang kami duduk ni tak ada penghuni. Eh??

Selepas itu, kami terima panggilan dari pihak hotel menerusi telefon bilik. Mereka minta maaf dan minta butiran peribadi (sama seperti ketika mendaftar masuk). Dan seperti yang kami jangka, kad akses bilik kami tak boleh digunakan selepas kejadian tersebut. Esok paginya sebelum pergi sarapan, kami ke kaunter untuk selesaikan hal kad akses. 
Pengajaran di sini, secanggih mana pun sistem atau di hotel bagus mana pun kita menginap - tetap kena bersedia dengan hal begini. Nampaknya selepas ini saya perlu bawa sendal pintu (rubber door stopper) - idea adik saya yang juga pernah mengalami situasi serupa. Saya sendiri, ini merupakan pengalaman kali ketiga - bezanya dua kejadian sebelum ini sewaktu kami menginap di hotel bajet rendah


Lebuhraya Utara-Selatan, laluan selepas terowong Menora | 6.25 petang.Suasana senja nan indah sewaktu kami dalam perjalanan kembali ke utara









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/11/catatan-hujung-minggu-9-10-november-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
November 13 2024 Doa Pagi Ini

November 13 2024 Doa Pagi Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 147 hits
Penting untuk ingat bahwa konsep rezeki sangat berkaitan dengan keyakinan dan pandangan hidup individu dan berbeza antara satu budaya dan agama dengan yang lain Beberapa orang mungkin lebih menekankan kerja keras dan usaha peribadi sebagai ...
Happy Birthday To Me 16 November 2024

Happy Birthday To Me 16 November 2024

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah Tarikh 16 November merupakan hari lahir CCL yang ke 3 So dah cukup umur 3 Sempena hari lahir ni tak minta apa apa pun Cuma minta doa untuk CCL sentiasa kuat di sisi keluarga ada mak ayah dan...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Usd Cad Pasangan Mata Wang Komoditi Isnin 11 November 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Usd Cad Pasangan Mata Wang Komoditi Isnin 11 November 2024

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 157 hits
Walaupun keadaan USD CAD pada carta 4 jam dilihat bergerak dalam keadaan mendatar ini dapat dilihat dari pergerakan EMA 21 yang bergerak di antara badan Graflilin Namun kemunculan penyimpangan tersembunyi antara pergerakan harga dan penunju...
Ai Team Subscribers November 10 2024

Ai Team Subscribers November 10 2024

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 164 hits
Nota AI ENTERTAIMENT tukar kepada AI TEAM DIVISION 2 bermula OGOS 08 2024 channel subscriber date joined 5 75m 06 08 2016 1 39m 09 12 2017 705k 19 04 2014 540k 24 01 2023 254k 17 01 2023 319k 28 05 2023 982k 01 01 2020 900k 17 12 2021 866k ...
Bab 11 November 2024

Bab 11 November 2024

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 211 hits
Bila dah lama tak update blog tahu tahu dah masuk bulan November dah Begitulah kehidupan tuan tanah sekarang ni Macam biskut Kejap muncul kejap hilang Nak buat macam mana kan bila idea tak mengalir Tak ada modal nak menaip pun Taip padam ta...
Sub Varian Sars Cov 2 Xec 4 November 2024 Africa Cdc

Sub Varian Sars Cov 2 Xec 4 November 2024 Africa Cdc

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 192 hits
Ringkasan SituasiCOVID 19 masih merebak di seluruh dunia dengan varian turunan SARS CoV 2 dari Omicron mendominasi Sekarang ini sub varian Omicron yang paling banyak beredar termasuk BA 2 86 JN 1 KP 2 KP 3 dan XEC Varian XEC adalah hasil pe...
Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 4 6 November 2024 Beli Di Atas 2 730

Isyarat Dagangan Untuk Emas Bagi 4 6 November 2024 Beli Di Atas 2 730

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 121 hits
Pada awal sesi Amerika Emas didagangkan sekitar 2 745 di atas 3 8 Murray dan dalam corak segitiga simetri yang terbentuk sejak 22 Oktober Dalam beberapa jam akan datang kami percaya bahawa emas boleh bergerak dalam koridor dagangan harian a...
Top Commentator Bulan November 2024

Top Commentator Bulan November 2024

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 102 hits
Assalamualaikum wbt Okey kembali ke trek asal Sebelum tue saya nak ucapkan terima kasih pada awak semua kerana masih sudi membaca jurnal saya nie Budi baik kalian semua amat saya hargai dan mintak maaf sangat sangat jikalau saya tak memberi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi