Pagi hari Sabtu kami ke Drive-Thru Recycle Center (DTRC) Pasar Awam Sena, Kangar. Ini kali kedua kami menghantar dan menjual kotak kertas di sini. Bulan Disember lalu kami dapat menjual kotak kertas sebanyak 15 kg dan kali ini sebanyak 16 kg
Aktiviti jual beli barangan kitar semula di sini menjadi mudah dan telus dengan adanya aplikasi idamanXchange. Kita boleh buat semakan lokasi DTRC, harga serta pengiraan setiap jenis barangan kitar semula dan rekod jualan lalu
Selesai urusan di DTRC, kami bersarapan di sebuah kedai nasi kandar Melayu (saya perhatikan petugas kedai ni semuanya berwajah Melayu). Tapi kami tak makan nasi kandar, kami memesan roti canai telur bersama gulai lamb shank (saya sebut je gulai sebab tak tau nama masakan). Alhamdulillah sedap menepati cita rasa kami
Perut dah kenyang, jomlah kita ke destinasi seterusnya di Tambun Tulang, Arau. Buat kali pertama kami akan ke Pesta Angin Timur Perlis. Cerita lanjut insyaAllah pada entri akan datang
Pagi hari Ahad, saya buat aktiviti ‘morning walk’ bersama Encik Suami. Dapatlah berjalan lebih jauh dan lebih lama sebab ada peneman. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya, langit pagi ini dihiasi awan memutih. Petanda baik bahawa cuaca mungkin tak terlalu panas hari ini
Waktu tengah hari, kami menghadiri kenduri di Beseri. Ini merupakan kali kedua kami menghadiri kenduri sejak berpindah ke Perlis. Alhamdulillah ada yang sudi menjemput, dapatlah kami belajar menyesuaikan diri di tempat orang|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |