Catatan Akhir Ramadan Dan Eh Esok Raya


SABTU | 28 RAMADAN 1443 HOrang sibuk balik raya, saya masih sibuk memenuhi janji temu dengan doktor gigi dan juga beberapa urusan lain yang perlu dilakukan sebelum bergerak balik kampung

Gambar bilik x-ray di klinik gigi. Tapi semalam untuk buat crown gigi tak perlu buat x-ray pun.Seawal pukul 10 pagi saya ada janji temu dengan doktor gigi untuk buat crown gigi. Sepanjang Ramadan ni saja, dah tiga kali saya ke klinik gigi. Sebelum ni untuk buat Root Canal Treatment (RCT) pada gigi geraham, Alhamdulillah dah selesai. Insya Allah akan saya catatkan di blog mengenai RCT ni

Selesai hal gigi, terus pergi ke Kompleks Bukit Jambul. Encik suami nak buat alteration pada seluarnya. Meriah sungguh dalam kompleks ni. Memandangkan kami pun tak pernah lagi sampai ke sini, sementara menunggu tukang jahit siapkan seluar kami pun naik dari satu tingkat ke satu tingkat untuk melihat-lihat

Antara tempat jualan yang menjadi tumpuan - emas Korea. Saya sebenarnya tak tahu pun emas apa, bila datang dekat baru nampak tulisan ‘emas Korea’. Murah rupanya, saya ternampak harga cincin RM10 je. Patutlah jadi tumpuan ramai. Saya pulak memang tak minat pakai barang kemas, jadinya taklah tertarik nak membelek emas di sini



Satu lagi catatan memori - 30 April merupakan hari terakhir penguatkuasaan check-in di aplikasi MySejahtera. Check-in saya yang terakhir di klinik gigi. Sepatutnya di Kompleks Bukit Jambul, tapi aplikasi saya bermasalah pulak - tak boleh nak scan

Semalam juga buat pertama kali saya bertemu empat mata dengan blogger Diana Rashid. Rumahnya taklah begitu jauh dari rumah saya, tapi itulah - dah dekat dua tahun berpindah ke PP ni barulah dapat bersua muka. Teruja dan segan juga bila pertama kali nak berjumpa dengan sahabat maya ni. Kami jumpa sekejap je di depan rumahnya, saya hulurkan sedikit pemberian sempena Hari Raya dan sebagai salam perkenalan di alam nyata. Yelah, sebelum ni kan cuma kenal di alam maya…hehe


AHAD | 29 RAMADAN 1443 HSeperti yang telah dirancang, hari ini kami mula bergerak untuk balik kampung kami di Johor dan akan singgah bermalam di rumah kami di NS terlebih dahulu. Jadinya taklah terasa penat sangat berbanding melakukan perjalanan tanpa henti dari utara ke selatan

Seperti yang dijangka, perjalanan dari PP lancar dengan sesekali kenderaan bergerak perlahan bila hujan turun di beberapa tempat. Manakala di laluan bertentangan (arah ke utara), kenderaan bergerak perlahan

Kami keluar di tol Putra Mahkota. Tertera bayaran 0 sewaktu kenderaan kami melalui plaza tol. Alhamdulillah, dapatlah merasa tol percuma sebelum ianya berakhir 11.59 malam nanti

Seterusnya, misi mencari makanan untuk berbuka dan bersahur. Kami menuju ke bazar Ramadan di BSP. Nampaknya banyak gerai dah pun kosong. Jadinya mana gerai yang ada, memang menjadi tumpuan ramai sampai terpaksa berbaris untuk membeli. Dapatlah kami membeli kuih Tepung Pelita dan Samosa di bazar Ramadan

Kemudian kami ke restoran Wong Solo di bangunan berhampiran. Beli dua bungkus set nasi dengan ayam/ikan. Eh, belum cukup lagi tu. Pergi pula ke Mc Donalds untuk membeli burger bagi bersahur esok pagi. Selesai semua barulah menuju ke rumah NS melalui jalan ke Nilai 3


EH, ESOK RAYA!Sedang saya berehat melepas lelah sambil melayan perbualan bersama kawan-kawan di grup WhatsApp, tiba-tiba kawan maklumkan yang esok adalah hari raya. Eh?

Tidaklah begitu mengejutkan kerana kita pun dah terima khabar yang viral di grup WhatsApp dan medium media sosial lainnya sebelum ini. Tetapi tetap jualah ada sedikit rasa terkejut kerana jangkaan hari raya jatuh pada hari Selasa

Nampaknya esok pagi, juadah raya kami adalah burger Mc Donalds 😂. Takpe, yang penting kita raya dengan menghidupkan amalan sunnah di Aidilfitri - seperti bertakbir, mandi sunat, memakai pakaian terbaik dan menunaikan solat sunat hari raya. Insya Allah selepas solat raya di sini barulah kami bergerak ke Johor. Segala perancangan raya bersama adik-beradik adalah tetap sama, kiranya esok kami sampai dan masak-masak raya

Seperti raya dua tahun lalu, nampaknya raya kali ini juga ada kisah dan cabarannya tersendiri. Semuanya adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Berkuasa dan ianya akan menjadi warna-warni hidup kita. Kisah hari ini akan menjadi satu sejarah dan memori indah pada masa akan datang


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER!Mohon maaf jika ada penulisan atau komen saya yang tidak disenangi






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/05/catatan-akhir-ramadan-dan-eh-esok-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masyarakat Islam Di Seluruh Malaysia Akan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Pada Esok

Masyarakat Islam Di Seluruh Malaysia Akan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri Pada Esok

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 241 hits
KUALA LUMPUR Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokas...
Penduduk Yahudi Dilarang Masuk Ke Masjid Al Aqsa Hingga Akhir Ramadan

Penduduk Yahudi Dilarang Masuk Ke Masjid Al Aqsa Hingga Akhir Ramadan

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 165 hits
Sebuah kumpulan Yahudi melawat Temple Mount di perkarangan Masjid Al Aqsa Baitulmuqaddis kelmarin AF BAITULMUQADDIS Kerajaan Israel melarang penduduk Yahudi daripada memasuki pekarangan Masjid Al Aqsa sehingga bulan Ramadan berakhir lapor a...
Telemovie Raya Ayahanda Ibrah Ramadan

Telemovie Raya Ayahanda Ibrah Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 334 hits
Bagi peminat drama bersiri nantikan drama khas Ayahanda sempena syawal
Video Muzik Hari Raya Berunsur Lgbt Cemar Kesucian Ramadan

Video Muzik Hari Raya Berunsur Lgbt Cemar Kesucian Ramadan

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia kesal atas penyebaran video muzik hari raya seorang usahawan kosmetik terkenal baru baru ini yang secara jelas mempromosi budaya songsang lesbian gay biseksual dan transgender Yang
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum hai semua Melipat gandakan amal di sepuluh akhir Ramadan Aisyah Radhiyallahu anha berkata Rasulullah SAW lebih giat pada sepuluh hari terakhir yang tidak baginda lakukan pada hari hari lainnya Dar Ihya Kutub Arabiyyah Status...
Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di Ikea

Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di Ikea

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 376 hits
Nikmati Buffet Dan Menu Istimewa Ramadan Dan Raya 2022 Di IKEA Assalamualaikum semua Baru je bermula Buffet Ramadan di IKEA dah kecoh sana sini Ni gara gara tular satu video tiktok yang menayangkan bahawa di IKEA ada menu meatball dalam buf...
6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 338 hits
Descendants of Dukut Maharajo including Ahmad Faizal Azumu at the gathering today IPOH It was a meaningful Raya for the descendants of Dukut Maharajo and Halijah Awang who gathered for a reunion involving six generations of the family in Ka...
Lepas Aliff Syukri Vida Pula Nak Keluar Mv Lagu Raya Sorang Lagi Buat Hal

Lepas Aliff Syukri Vida Pula Nak Keluar Mv Lagu Raya Sorang Lagi Buat Hal

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 218 hits
Selepas Dato Seri Aliff Syukri dikecam hebat susulan muzik video lagu rayanya kali ini seorang lagi usahawan kontroversi sedang menunggu waktu untuk melancarkan lagu raya istimewa untuk Aidilfitri tahun ini Lagu baru lagi katanyaSiapa lagi ...
Raya Berilhamkan Songket Berwarna Warni Di The Curve

Raya Berilhamkan Songket Berwarna Warni Di The Curve

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 176 hits
Setelah dua tahun menyambut hari Raya Aidilfitri secara sederhana ramai yang tidak sabar untuk beraya bersama sanak saudara serta rakan taulan pada tahun ini Bagi melengkapkan persiapan Hari Raya the Curve mengalu alukan semua pengunjung un...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini