Catatan Abdullah Munshi Tentang Kelantan



 Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munshi (1796-1854) ialah seorang penulis kelahiran Melaka. Beliau disegani sebagai antara pelopor dalam bidang persuratan bahasa Melayu dan kewartawanan. Beliau diberi jolokan sebagai Bapa Sastera Melayu Moden. Beliau diberikan gelaran “Munshi” atas kebijaksanaannya. Perkataan munshi adalah bahasa Parsi yang bermaksud "pendidik" atau "guru".
 

Karya besar Abdullah Munshi ialah Kisah Pelayaran Abdullah. Ia menceritakan kisah pelayarannya ke Kelantan. Dalam pelayaran itu Abdullah Munshi telah sempat juga singgah di Pahang (Pekan) dan Terengganu (Kuala Terengganu).
 

Sebagai seorang etnografer dia telah mencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tiga buah negeri di Pantai Timur ini.
 

Catatannya ini menarik jika kita bandingkan perbezaan dan persamaan pandangan tersebut dengan apa yang ditulis oleh Hugh Clifford.
 

Mengikut Abdullah, negeri Pahang seperti sebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidak terdapat sebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalan kaki.
 

Abdullah percaya negeri Pahang kaya dengan hutan sebab penduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam dengan pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanah Pahang subur.
 

Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknya hanya 10 orang sahaja yang nampak berkerja. Yang lainnya, sama ada lalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkin maksud Abdullah, mencuri atau menjadi samseng kampung).
 

Setiap lelaki Pahang ada sekurang-kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya. Tabiat lelaki Pahang ialah suka melawar sahaja. Gemar memakai seluar dan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malas bekerja atau tidak mahu berusaha.
 

Kebanyakan mereka kurus kering kerana mereka juga suka menghisap madat atau candu.
 

Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yang ketagih candu. Rumah mereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup, rumah mereka ada yang kecil dan ada yang besar.
 

Kesemua rumah tersebut didirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumah mereka semak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun kerana rumah-rumah yang didirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapat sebuah rumah di sini dan sebuah rumah di sana. Ada rumah yang dibina dalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai.
 

Ada kawasan rumah yang dipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan di bawah rumah selalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumah dapur akan terdapat kelimbahan atau lopak air yang bertakung dan menjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yang mencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pinggan mangkuk makan dibasuh.
 

Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk kerana tidak terdapat longkang untuk mengalirkan air yang bertakung itu.
 

Di bawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atas rumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untuk menghalau nyamuk. Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Pakaian di atas rumah juga akan menjadi hitam disebabkan asap dan jelaga.
 

Tanaman yang banyak ditanam di sekeliling rumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit.
 

Terdapat juga sayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisang dijual tetapi hasil kebun ini datangnya dari kawasan hulu negeri.
 

Orang Pahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau, lembu, ayam dan itik.
 

Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidup masyarakat tani atau masyarakat kampung yang di samping bercucuk tanam dan berternak untuk sara diri juga menghasilkan tanaman kontan.
 

Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemaran gagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yang bersepah.
 

Hasil dagangan Pahang yang terbesar ialah emas dan timah. Ada juga penduduk yang menghasilkan sutera. Ada juga antara mereka yang ke hutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yang digunakan di Pahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit.
 

Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya mereka adalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal nama mereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran ini juga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengan golongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja.
 

Mereka bertengku dan berhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dari yang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampak jelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan cara hidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atau perkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu.
 

Mereka tinggal di tepi pantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantar mengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namun demikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkan nescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang.
 

Di Pahang, seperti di negeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakan pemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hamba Raja.
 

Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadap Sultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepada sultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti oleh orang ramai.
 

Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukul anak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakan oleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang.
 

Oleh kerana mereka dilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranya mereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba raja tadi.
 

Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Sula dilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya.
 

Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagai keris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitu kawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akan ditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut.
 

Rakyat Pahang dikatakan takut hendak mengubah cara hidup mereka, terutama taasub kepada golongan raja kerana takutkan daulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang masyhur tetapi sekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin.
 

Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang dan ditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu dan menjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannya hidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya.
 

Rakyat takut dan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akan diminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkan semangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.
 

Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka pada waktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yang istimewa dalam masyarakat Melayu.
 

Apabila melalui istana dan perkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung sama sekali. Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaian serba kuning.
 

Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh. Dia bertanya, mengapa tidak dilarang burung terbang di atas istana, atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijat menggigit raja dan sebagainya.
 

Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapan madat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja. Sepatutnya raja menjadi contoh teladan untuk rakyat tetapi di Pahang dan Terengganu sebaliknya berlaku.
 

Golongan raja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa, bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlak mulia bagaimanakah pula dengan rakyat biasa?
 

Orang yang menjadi penagih madat jarang mementingkan kebersihan dirinya. Pakaian mereka kotor dan berdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidak dibasuh. Baju mereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidak bersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari.
 

Jalan-jalan dan lorong-lorong di sekitar pekan didapati kotor dan penuh dengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut juga sering becak. Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dan tidak sama.
 

Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Ada rumah yang membelakangi jalan ada yang mengiring jalan dan terdapat juga lorong-lorong yang sempit yang hanya muat untuk seorang lalu sahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Atap rumah pula dipasang tinggi.
 

Keliling rumah kotor dan di bawah rumah terdapat banyak sampah sarap. Di bawah rumah dapur pula terdapat kelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyak sabut yang diperun pada waktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanam banyak pokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah.
 

Di pasar terdapat ramai peniaga barang-barang makanan tetapi kesemua mereka perempuan. Barangan makanan yang dijual adalah penganan, cucur, pisang rebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya.
 

Terdapat perbezaan di antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuat dari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumah tersebut diberi tembok tetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludah sirih dan juga lumut. Di Terengganu juga banyak ditanam pokok limau yang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murah harganya.
 

Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidak suka memakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yang busuk-busuk seperti tempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dan sebagainya.
 

Di Terengganu juga tiada tempat atau sekolah orang mengajar Bahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanak belajar mengaji.
 

Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di mana perkataan yang berakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya,
ikan = ikang,
tuan = tuang,
bulan = bulang,
makan = makang
 

Walau bagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya.
 

Di Terengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakan ada 4-5 campak buang (lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas (pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecuali memikul senjta-senjata ini ke hulu ke hilir.
 

Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannya rajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu juga rakyat takut hendak mengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takut nanti diminta atau dirampas atau dirompak oleh golongan raja.
 

Abdullah risau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga, anak-anak di rumah akan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yang akan jadi pada generasi akan datang?
 

Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7 batang campak buang di samping parang lading atau chenangkas atau pedang. Sebilah keris juga lazimnya tersisip di pinggang. Ada juga di kalangan mereka yang membawa senapang.
 

Warna kulit mereka semuanya hitam. Tanah perkampungan orang Kelantan subur dan ditanam penuh dengan nyiur, durian dan buah-buahan tempatan yang lain. Terdapat juga binatang ternakan seperti lembu, dan kerbau yang gemuk-gemuk. Di pasar penuh dengan perempuan yang berniaga.
 

Seperti di Terengganu, di pasar terdapat juga makanan busuk-busuk yang disukai orang tempatan seperti budu, ikan asin dan siput asin. Orang tempatan tidak banyak makan daging tetapi sebaliknya suka makan ikan yang banyak terdapat di perairan negeri itu.
 

Abdullah disuruh makan timun tetapi apa yang dipanggil oleh orang Kelantan timun itu adalah tembikai.
 

Kenderaan Raja Kelantan adalah gajah. Abdullah menghadap raja, dikeluarkan tempat sirih dahulu dan dia disuruh makan sirih sementara menunggu raja santap.
 

Raja Kelantan pada waktu itu berwajah rendah, hitam manis, tubuhnya gempal, mukanya bulat dan hidungnya mancung. Rambutnya mencecah bahu. Pada pinggangnya tersisip sebilah keris.
 

Keadaan kampung tidak tersusun. Sampah-sarap berselerakan menyebabkan alam persekitaran berbau busuk. Orang Kelantan, sama ada raja mahupun rakyat tidak memakai kasut.
 

Di Kelantan terdapat ramai perempuan jalang yang dikenali sebagai orang bujang. Apabila waktu petang mereka datang menghampiri perahu. Mereka datang berkemban dan memakai sanggul lintang. Pada rambut mereka diletakkan bunga melor yang telah dikarang. Bagi orang Kelantan pekerjaan ini tidak dianggap hina. Mengikut Abdullah, “adat dalam negeri tiada menjadi hina pekerjaan itu”.
 

Kebanyakan orang Kelantan juga suka menyabung dan berjudi.
 

Mengikut Abdullah, dari 100 orang hanya 2 sahaja yang mengikut perintah Allah seperti sembahyang.
 

Rakyat taat kepada sultan. Apabila sultan berperang sama sendiri (perang saudara kerana berebut takhta) rakyat dikerah untuk berlawan. Mereka membuat kubu dan terpaksa membawa bekalan makan sendiri kerana raja tidak menyediakan makanan untuk mereka. Anak bini di rumah dibiar mencari nafkah sendiri. Rakyat yang dikerah berperang juga terpaksa bawa senjata sendiri kerana raja juga tidak membekalkan mereka dengan sebarang senjata.
 

Peperangan ini biasanya memakan masa berbulan-bulan kerana masing-masing pasukan akan hanya melepaskan beberapa das tembakan dari kubu mereka setiap hari.
 

Peperangan ini menguji ketahanan mental dan juga bekalan makanan masing-masing pasukan. Apabila makanan habis rakyat yang dikerah akan balik ke rumahnya untuk menyediakan bekalan makanan bagi jangka masa berikutnya.
 

Di Sabak (sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai) rakyat rata-rata miskin. Kain baju mereka compang-camping. Kepala mereka gondol. Pekerjaan penduduk ialah memukat dan bertanam padi. Tempat tinggal mereka merupakan pondok, atap dan dindingnya dibuat dari daun nipah. Lantai pula jongkang-jongkit. Kawasan rumah busuk, bau ikan dan sampah sarap yang bertimbun-timbun. Sawah mereka luas dan bersih. Di sawah terdapat beratus-ratus ekor kerbau dan lembu.
 

Raja Kelantan disifatkan zalim oleh Abdullah. Rakyat sering dianiaya. Rakyat sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja tetapi makan minum rakyat tersebut laki-bini tidak diberi.

Sebaliknya, perahu, tanaman dan ternakan akan diambil (rampas) oleh raja mengikut sesuka hatinya. Begitu juga dengan anak-anak perempuan yang cantik akan diambil oleh raja untuk menjadi gundeknya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2023/05/ihg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan Siapa Berbohong

Antara Siti Zailah Dan Bomba Kelantan Siapa Berbohong

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 551 hits
Terdahulu Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menjelaskan tindakannya yang menggunakan pili bomba adalah mendapat kebenaran Air Kelantan Sdn Bhd serta Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Penggunaan pili bomba ad...
Pantai Pelancongan Paling Popular Kelantan Dah Jadi Lubuk Pembuangan Sampah Apa Dah Jadi

Pantai Pelancongan Paling Popular Kelantan Dah Jadi Lubuk Pembuangan Sampah Apa Dah Jadi

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 138 hits
NASUHA RAHMANPusat pelancongan menjadi mercu tanda sebuah negeri sama ada pantai dan tempat perkehlahan air terjun namun apa dah jadi dengan kawasan pantai dengan kehadiran sampah yang berlonggok di sana sini Pantai adalah sebuah lokasi yan...
Terlalu Memilih Kerja Tak Nak Keluar Dari Negeri Punca Ramai Rakyat Di Kelantan Menganggur

Terlalu Memilih Kerja Tak Nak Keluar Dari Negeri Punca Ramai Rakyat Di Kelantan Menganggur

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 171 hits
Kadar pengangguran di Kelantan tinggi apabila merekodkan 4 1 peratus pada Februari lepas kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Kelantan Nora Yaacob Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan itu kadar p...
Kelantan Bomba Chief Says Mp Didn T Seek Permission To Channel Water From Hydrant To Residents

Kelantan Bomba Chief Says Mp Didn T Seek Permission To Channel Water From Hydrant To Residents

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 321 hits
Rantau Panjang MP Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff did not get prior permission to open up a fire hydrant for the use of residents in her constituency facing a water shortage last week according to Kelantan Fire and Rescue Department chief Zai...
Mp Did Not Ask For Permission To Take Water From Fire Hydrant Says Kelantan Bomba Director

Mp Did Not Ask For Permission To Take Water From Fire Hydrant Says Kelantan Bomba Director

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 277 hits
PETALING JAYA Kelantan Fire and Rescue Department director Zainal Madasin says Rantau Panjang MP Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff did not ask for his permission to take water from a fire hydrant Sorry to say but she didn t ask permission from ...
Guna Pili Siti Zailah Kata Dapat Kebenaran Pengarah Bomba Kelantan Nafi

Guna Pili Siti Zailah Kata Dapat Kebenaran Pengarah Bomba Kelantan Nafi

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 347 hits
MalaysiakiniAhli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menafikan dakwaan dia mencuri air dari pili bomba untuk kegunaan penduduk di kawasan itu pada April lalu Sebaliknya Siti Zailah berkata dia mendapat kebenaran daripada Air Kel...
Mp Claims Hydrant Used With Permission Kelantan Fire Chief Says Otherwise

Mp Claims Hydrant Used With Permission Kelantan Fire Chief Says Otherwise

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 406 hits
Rantau Panjang MP Siti Zailah Mohd Yusoff has denied stealing water from fire hydrants saying she had approval from the Fire and Rescue Department as well as Air Kelantan Sdn Bhd However Kelantan Fire and Rescue Department chief Zainal Mada...
Kelantan Rtd S Drone Detects Cutting Queue Beating The Red Light

Kelantan Rtd S Drone Detects Cutting Queue Beating The Red Light

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 168 hits
Cutting queues and failing to obey traffic lights are the two highest offences detected in the operation of Kelantan s Road Transport Department drone during Ops Hari Raya Aidilfitri File picture courtesy of soyacincauKOTA BARU May 7 Cuttin...
Curi Air Bomba Kelantan Mana Satu Betul Sebenarnya

Curi Air Bomba Kelantan Mana Satu Betul Sebenarnya

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 290 hits
MP kata minta Pegawai Bomba kata tak minta Yang pasti air memang diperlukan untuk orang ramai Semasa MP PAS jadi kerajaan sebelum ini kenapa tidak diselesaikan secara pelbagai alternatif untuk memastikan bekalan air bersih kelantan dapat te...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever