2 Ogos, pukul 3 petang | Terowong Meru, PerakPerjalanan dari Pulau Pinang (PP) menuju arah KL kali ini sangat mencabar dek kerana banyak halangan di lebuh raya. Aliran trafik bergerak sangat perlahan di beberapa lokasi, ada kemalangan dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Kami keluar dari rumah PP waktu tengah hari dan tiba di rumah NS waktu malam (termasuk berhenti solat & makan). Badan terasa sangat letih
Pajam, NSBahang suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 hangat terasa. Sana sini meriah dengan kibaran bendera. Serabut pulak mata saya memandang, lebih lagi bila terlalu banyak bendera dipacak di simpang jalan utama yang sesak dan sibuk dengan kenderaan
Sushi King, Aeon Mall Nilai.Pertama kali saya cuba makan di restoran makanan Jepun - Sushi King. Selain hidangan di atas, ada dua jenis makanan lain yang tak ikut berfoto. Semuanya habis kami makan, maksudnya tekak saya boleh terima. Tetapi nampaknya ini bukanlah jenis makanan yang memenuhi cita rasa saya. Tak rasa nikmat macam makan masak lemak cili api atau menghirup kuah tom yam 😅
Donut peach / flat peach.Balik dari kerja pada hari Khamis, Encik Suami bawa balik buah yang heboh diperkatakan orang ni. Yang lucunya, Encik Suami tak tahu langsung pasal buah ‘donut peach’ 😄. Encik Suami beli sebab ternampak buah yang tak pernah dilihat ni di kedai buah MBG
Dapat oleh-oleh dari jiran setaman yang baru balik menunaikan haji. Alhamdulillah rezeki. Segan juga saya, dah lebih tiga tahun tak menetap di rumah NS tapi masih menerima kebaikan daripada jiran di sini
6 Ogos, pukul 1 petang | R&R Jejantas Sg. Buloh, SelangorDalam perjalanan balik ke rumah PP, kami singgah makan dan solat di R&R. Saya pilih meja makan menghadap lebuh raya. Mula-mula seronok jugak sebab dapat tengok pemandangan lebuh raya dari kedudukan tinggi. Tapi lama-lama macam pening kepala pulak tengok kenderaan bergerak dari dua hala 😄|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |