Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah


Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
Caruman KWSP Bekas Suami, Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah. Namun, ia hanya boleh dilakukan atas arahan daripada Mahkamah Syariah. “Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.

Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.

Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Daftar Anak Jadi Ahli KWSP Seawal Usia 14 Tahun Untuk Simpan Duit, Tak Payah Tunggu Kerja
KWSP Rekod Pendapatan Pelaburan RM57.57 Bilion, Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih
Duit KWSP Cepat Habis? Ini 5 Penjelasan Pakar
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Caruman KWSP Bekas Suami, Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/caruman-kwsp-bekas-suami-bekas-isteri-boleh-ambil-untuk-nafkah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pekerja Sempat Lari Selepas Nampak Suami Azza Elite Dia Lari Tinggal Isteri Dia

Bekas Pekerja Sempat Lari Selepas Nampak Suami Azza Elite Dia Lari Tinggal Isteri Dia

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 120 hits
Bekas pekerja kepada penyanyi Azza Elite yang didakwa mencuri wang syarikat telah bertindak melarikan diri apabila terserempak dengan suaminya di sebuah pasar raya di Ukay Perdana Selangor Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawari berka...
Kedah Tiga Termasuk Suami Isteri Maut Kemalangan

Kedah Tiga Termasuk Suami Isteri Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 145 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com myKEMALANGAN di Jalan Alor Pudak yang mengorbankan tiga nyawa FOTO Ihsan Pembaca Pendang Suami isteri antara tiga yang maut dalam kemalangan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak Titi Haji Idris ...
Suami Ditahan Isteri Along Cham Alami Kemurungan Sukar Tidur Amp Berat Badan Turun 5kg

Suami Ditahan Isteri Along Cham Alami Kemurungan Sukar Tidur Amp Berat Badan Turun 5kg

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 177 hits
Isteri Along Cham alami kemurungan ringan sejak suaminya yang juga pelakon dan pelawak yang kini didakwa atas pertuduhan dadah ditahan reman Afreena Suhaimi 32 berkata dia akui sedih dan hilang selera makan selain sukar tidur ketika diminta...
Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 179 hits
KOSMOMangsa berada dalam keadaan stabil Polis Kutai KartanegaraJAKARTA Seorang wanita di Kutai Kartanegara wilayah Kalimantan Timur membakar suaminya ketika lelaki itu leka bermain judi online di rumah mereka lapor laman berita Warta Banjar...
Pu Salman Kongsi Cara Nabi Hargai Isteri Para Suami Kena Ikut Tips Ni

Pu Salman Kongsi Cara Nabi Hargai Isteri Para Suami Kena Ikut Tips Ni

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 175 hits
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun penceramah bebas PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka Jom ikuti perkongsian beliau dan amalan sunn...
Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 192 hits
Seorang suami dipuji ramai kerana berkongsi kesusahan seorang isteri yang terpaksa bertarung nyawa ketika melahirkan anaknya Kata Zul friendly Zulhilmi menerusi perkongsian diruangan komen Allah menciptakan seorang wanita dengan cukup hebat...
Isteri Kelar Muka Suami Sebab Enggan Pulang Ke Rumah

Isteri Kelar Muka Suami Sebab Enggan Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 232 hits
KOSMO SEORANG suami dihantar ke sebuah hospital setelah muka dikelar isteriya Foto KhaosodBANGKOK Seorang isteri di Pattaya mengelar muka suaminya menggunakan sebilah pisau dalam satu pergaduhan di tempat kerja mangsa selepas lelaki itu eng...
Isteri Jadi Buta Setelah 15 Bulan Tak Henti Menangis Suami Hilang Tanpa Berita Rupanya

Isteri Jadi Buta Setelah 15 Bulan Tak Henti Menangis Suami Hilang Tanpa Berita Rupanya

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 120 hits
Seorang doktor gigi berkongsi pengalaman uniknya berhadapan dengan seorang pesakit buta yang mengingatkannya kepada watak Kassim Selamat dalam filem klasik Ibu Mertua Ku Menurut doktor wanita tersebut seorang makcik dengan masalah penglihat...
Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

Suami Isteri Tidur Berasingan Sebab Anak Kecil Isteri Paling Terkesan

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 114 hits
Hadirnya cahaya mata pertama membuatkan kita terpaksa mendahulukan anak dalam segala hal Namun jangan hanya kerana anak kita abaikan segalanya pada pasangan kita Anak kecil bukan alasan untuk tidur bersama Benar dengan saiz katil yang kecil...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Lengkap Penggunaan Kalkulator Saintifik Untuk Pelajar Tingkatan 1

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Kambing Perap

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Female Politicians Share Experiences Of Gender Based Violence Misogyny

Month Long Asean Food Festival In Putrajaya To Highlight Regional Cuisine