Cari Rezeki Mendapat Pahala Berjuang Di Jalan Allah
Allah telah menjanjikan limpah kurnia-Nya berkaitan rezeki kepada sesiapa yang berusaha mendapatkannya. Sesungguhnya semua kejadian alam ini telah dipermudahkan oleh Allah bagi manfaat manusia. Sesiapa yang berusaha mendapatkan apa yang diingini dengan cara mengikut aturan alam, maka dia akan memperoleh apa yang dihajati itu.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” -(Surah al-Mulk, ayat 15).
Sunggupan Allah tidak memandang kekayaan sebagai ukuran kemuliaan seseorang, tetapi jika ada dua orang yang sama-sama beriman, maka Allah lebih menyukai orang beriman yang kaya berbanding orang beriman yang miskin.
Dengan kata lain, mencari kekayaan dan kemewahan hidup adalah satu tuntutan dalam Islam. Sesiapa yang memiliki kekayaan dapat digunakan untuk menyempurnakan keperluan hidupnya dan membantu sesama Islam.
Setiap orang wajib berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan hidupnya sendiri dan ahli keluarga di bawah tanggungannya. Mencari rezeki yang halal adalah satu jihad berjuang di jalan Allah.
Kisahnya, sedang Rasulullah berbual-bual dengan para sahabat, seorang lelaki berbadan tegap dan kuat lalu di hadapan mereka. Maka para sahabat pun berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika orang itu berjuang untuk membela agama Allah.” Lalu Baginda pun menjawab dengan sabdanya bermaksud:
“Jika lelaki itu keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah (berjuang membela agama Allah) namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah. Mencari rezeki untuk dirinya sendiri supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi, jika dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk-nunju, ia dikira sebagai fisabilissyaitan (mengikut jalan syaitan).” -(Hadis riwayat Tabrani).
Amalan meminta sedekah atau meminta pertolongan orang lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian ditegah dilakukan, melainkan dalam keadaan terdesak atau terpaksa.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Jangan kamu meminta-minta daripada orang lain.” -(Hadis riwayat Ibn Hanbal).
Dalam satu riwayat, seorang Ansar datang meminta sedekah daripada Rasulullah bagi memenuhi keperluan hidup. Baginda tidak terus memberi sedekah seperti mana diminta oleh orang Ansar itu, sebaliknya bertanya apakah yang dimiliki orang itu.
Orang Ansar itu memberitahu dia memiliki beberapa barang keperluan harian termasuk kain dan mangkuk kayu.
Lalu, Baginda menyuruh orang Ansar itu agar dibawakan semua apa yang dimiliki itu. Setelah itu, Rasulullah menyuruh barang-barang itu dijual dan wang hasil jualan itu digunakan untuk membeli makanan keperluan harian dan dibelikan sebilah mata kapak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/vgf.html