Cara Tukar Telco Tapi Kekalkan Nombor Lama
CARA TUKAR TELCO TAPI KEKALKAN NOMBOR LAMA (Port Out)
Kepada anda yang ingin mengekalkan no telefon anda yang lama tetapi ingin beralih ke telco yang lain, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Untuk pengetahuan anda, proses Port-Out atau MNP adalah satu proses yang mudah tetapi terdapat beberapa syarat yang anda perlu ketahui. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar line telefon dan syaratnya, semoga membantu.
APA ITU MNP
Mobile number portability (MNP) atau Nombor Mudah Alih adalah kemampuan bagi pelanggan untuk bertukar ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu, sambil mengekalkan nombor telefon sedia ada. Terdapat juga beberapa istilah yang anda perlu ketahui iaitu:
Porting – adalah proses pertukaran ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu tanpa menukar nombor telefon seseorang. Perkataan “porting” boleh ditukar ganti dengan pertukaran.
Port-in – adalah merujuk kepada permintaan pelanggan untuk bertukar ke operator baharu
Port-out – adalah pelanggan yang meninggalkan operator sedia ada.
SYARAT UNTUK MNP TALIAN TELCO
Berikut adalah merupakan syarat-syarat untuk penukaran line telco ini iaitu:
Pastikan simkad asal masih aktif.
Mempunyai baki kredit sekurang-kurangnya RM1 untuk tujuan membalas SMS pengesahan untuk keluar telco. Sekiranya postpaid, pastikan anda telah membayar bil terkini (current bill) dan lebihkan RM1 dari jumlah pembayaran bil berkenaan.
Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
Simkad atau nombor anda seharusnya tidak mempunyai kontrak. Sekiranya mempunyai kontrak, anda perlu batalkan dulu kontrak sebelum proses boleh tukar line telefon boleh dilakukan.
Anda perlu pastikan simkad anda bukan subline atau mainline kepada sesuatu akaun. Sekiranya simkad anda subline atau mainline, anda perlu tukar line kedua-dua sim (nombor) sekaligus.
Pastikan anda pergi berjumpa dealer telco yang sah supaya proses tukar line untuk memudahkan urusan anda semasa proses pertukaran line telefon nanti.
CARA TUKAR TELCO TAPI KEKALKAN NOMBOR
Setelah anda memenuhi syarat di atas, berikut adalah merupakan cara penukaran line telco:
Pergi ke mana-mana dealer yang sah telco terbaru yang anda inginkan.
Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco.
Dealer tersebut akan membuatkan pendaftaran permohonan pertukaran line telefon (MNP) dan akan memberikan anda simkad telco terbaru tersebut.
Seterusnya anda akan terima SMS dari telco asal untuk pengesahan. Pastikan anda reply SMS ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya lambat proses akan terbatal secara automatik dan perlu diulang proses oleh dealer.
Kemudian anda perlu tunggu sehingga line telco lama tidak aktif (masa paling lama 3 hari).
Setelah sim lama tiada lain, anda hanay perlu masukkan sim baru (telco baru).
Selesai, anda kini telah menggunakan perkhidmatan line telco baru bati tapi masih kekal nombor lama anda
NOTA: Proses ni adalah sama untuk semua telco yang terdapat di Malaysia
The post CARA TUKAR TELCO TAPI KEKALKAN NOMBOR LAMA (Port Out) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/tukar-telco-kekalkan-nombor.html