Cara Trace Tracking Number Dan Maksud Disebalik 12 Status Poslaju Parcel Hub
Cara Trace Tracking Number Dan Maksud Disebalik 12 Status Poslaju Parcel Hub | Pos Laju is the leading courier company in Malaysia, okay bab ini memang tak boleh dinafikan kerana Pos Malaysia sememangnya antara pihak pengeposan terawal di Malaysia. Sesuai dengan kehendak pengguna semasa, kini online tracking is the fastest way to find out where your shipment is. Track Poslaju Express Shipments ni boleh di buat secara online dengan sangat cepat dan mudah.
Cara trace and track barang yang dikirim menggunakan tracking number Poslaju mungkin ada yang masih belum biasa. Lagi-lagi kalau semakan status atau tracking kiriman Pos Laju Malaysia ini masih samar-samar statusnya.
Berikut dikongsikan cara semak tracking Pos dan apakah maksud untuk setiap status yang dipaparkan. Dengan adanya perkongsian mengenai status dan Cara Semak Tracking Poslaju ini, dapatlah untuk kita lebih faham dan tahu akan situasi barangan yang sedang ditunggu-tunggu tu.
Poslaju Malaysia Tracking Number Check
1. pergi ke laman tracking untuk trace nombor penghantaran Poslaju tersebut
2. masukkan nombor tracking ke dalam kotak yang disediakan
3. klk TRACE dan status terkini untuk parcel tersebut akan kelihatan sebagai panduan
13 Status Poslaju Parcel Hub Yang Perlu Diketahui
Semua barang boleh di beli dengan menggunakan hujung jari. Selalunya urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak Poslaju parcel hub dan inilah maksud disebalik Sstatus 'Tracking' Poslaju yang perlu diketahui.
#1 - Item Posted Over The Counter
Petugas kaunter pejabat pos/poslaju baru saja terima parcel dan scan barcode tracking number ke dalam sistem.
#2 - Consignment received and processed from posting at Post Offices
Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Ia dah ready dari Post Office (PO) dan akan terus di hantar ke Pos Laju (Parcel Hub Pos Laju) yang paling dekat dengan rumah dengan kediaman anda.
#3 - Item dispatched out
Parcel telahpun dihantar keluar dari office pos laju.
#4 - Item processed
Parcel sedang diprocess di bahagian pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Proses ini mungkin melibatkan pembahagian mengikut lokasi poskod untuk melancarkan lagi proses penghantaran.
#5 - Consignment dispatch out from Transit Office
Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Maksudnya ia baru saja keluar dari pejabat pos utama tempat menuju ke lokasi poslaju yang tertera pada poskod.
#6 - Item Dispatched Out, Arrive At Delivery Facility
Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat si penerima.
#7 - Item out for delivery
Yeah!! Ini maknanya abang posmen sudah bawa barangan tersebut untuk di hantar pada kita. Pastikan ada orang di rumah untuk menjadi wakil penerima untuk barangan tersebut. Jika tidak, barang akan di bawa pulang oleh abang posmen ke pejabat poslaju semula. Notis pemberitahuan untuk pickup abang posmen akan masukkan ke dalam peti surat, sila periksa.
#8 - Item can be collected at…
Parcel boleh diambil di Pos Laju tertera. Inilah info yang ada pada notis yang ditinggalkan oleh abang posmen kerana si penerima tidak ada di rumah. Cara terbaik segera ke alamat poslaju tertera untuk ambil sendiri bagi mengelakkan barangan tersebut di send semula pada si penghantar.
#9 - Item posted after cut off time
Parcel akan di hantar pada hari berikutnya mengikut hari dan waktu berkerja
#10 - Item delivered to (Name)
Tahniah, parcel telah selamat stiba ke tangan si penerima atau sesiapa saja yang telah sign delivery note. Nama si penerima akan tertera pada detail.
#11 - Item delivered to mail drop
Barang di masukkan ke dalam peti surat
#12 - Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available
Besar kemungkinan salah alamat! Atau mungkin juga tiada sesiapa di alamat tersebut dalam masa yang agak lama (balik kampung mungkin). Ini bermakna Parcel tidak berjaya dihantar. Segera hubungi nombor yang tertera untuk check status terkini dan bolehlah terus tuntut parcel tersebut di pejabat pos yang berdekatan sekiranya parcel itu masih belum dihantar semula pada si pengirim.
Paling risau jika ada buat belian barang dan kemudian kita pula tak ada kat rumah. Alahai.. macam daku sendiri Alhamdulillah so far tak ada masalah dengan pihak poslaju kerana driver yang bertugas untuk hantar parcel untuk kawasan aku ni memang akan call terus jika kebetulan tak ada kat rumah.
Selama menggunakan perkhidmatan poslaju ni so far so good. Maybe bergantung pada kawasan dan si penghantar yang bertugas kot. Sebabnya si penghantar produk yang kita beli berlainan mengikut kawasan penempatan masing-masing. Jika balik kampung aku akan terus pickup direct kat poslaju dan tak pernah lagi mana-mana produk kena retry atau send back to seller.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/08/cara-trace-tracking-number-dan-maksud-status-poslaju-parcel-hub.html