Cara Trace Jejak Handphone Hilang Atau Dicuri
ASSALAMUALAIKUM !!!
Untuk pembelajaran kita kali ni aku nak ajar korang macam mana nak Trace atau Jejak Smartphone korang yang hilang ataupun dicuri. Mungkin anda atau kenalan rapat anda pernah kehilangan Handphone kan ??
Korang jangan risau sebab korang boleh dapatkan maklumat lokasi pencuri tu dengan mudah. Tapi make sure yang hp korang tu MASIH CONNECT DENGAN INTERNET YE !! Sebab nak tahu lokasi tepat dimana Handphone korang berada pada masa tersebut. Benda wajib korang perlu ada dan ingat adalah Gmail dan Password Gmail korang yang connect dengan HP yang hilang tu..
Baiklah tanpa buang masa aku nak tunjuk cara step by step macam mana nak trace hp korang ni. PENTING !! Step ni hanyalah untuk user ANDROID sahaja.. Untuk Iphone user korang boleh cari artikel mengenai trace Iphone hilang kat google.. sebab aku dah tak pakai Iphone, so takde tutorial untuk user IOS.. hahhaha
APA YANG ANDA DAPAT SELEPAS BELAJAR TUTORIAL NI :-
1. TRACE / JEJAK LOKASI HANDPHONE YANG HILANG.
2. BUNYIKAN RINGTONE HANDPHONE YANG HILANG.
3. HANTAR PESANAN KEPADA SI PENCURI HANDPHONE ANDA.
4. PADAM SEMUA DATA PERIBADI DAN PRIVASI DALAM HANPHONE YANG DICURI.
5. NO MORE CYBER BULLY.
CARA TRACE LOKASI HANDPHONE ANDA :
1. Korang search kat Playstore Apps, taip "Google Find My Device"
Install App tersebut dan Open
2. Sign In email Gmail korang yang SAMA dengan Smartphone korang yang hilang tu
3. Baca Terms of Service tu supaya korang faham macam mana benda ni work dan tekan Accept
4. Berikut adalah paparan bila korang dah Login dan dapat tengok HP korang yang Connect dengan Gmail tadi. Kalau korang ada banyak HP, maka akan ada semua hp korang yang connect dengan Gmail tersebut. So, korang pilih la HP mana yang hilang tu, kalau ada 1 je hp tak perlu pilih dah, just next step
Yang gambar peta tu adalah lokasi semasa HP korang yang hilang tu, kalau korang boleh gi serang orang tu, silakan. Kalau nak hantar maklumat tu kat Balai Polis pun, silahkan.
Tapi kalau gambar peta lokasi HP korang yang hilang tu takde sebab dia tak connect dengan Internet, takpe kita next step
Kat situ korang boleh nampak ada 3 pilihan iaitu Play Sound, Secure Device, Erase Device.
5. Kalau korang tekan button Play Sound, maka HP korang yang hilang tu akan berdering lama sampai la pencuri tu tekan button power kat hp yang dicuri tu. So, aku rasa step ni tak berkesan sangat. mungkin kita boleh gunakan step ni kalau masa tu korang tak jumpe hp kat bilik dan bukan disebabkan hp korang hilang dicuri, tapi lupa letak kat mana.. hahaha. Tapi boleh je buat missed call pakai phone lain kan ?? wkwk
6. Kaedah seterusnya adalah dengan cara Secure Device, korang boleh masukkan message atau pesanan untuk si pencuri tu. Lepas masukkan pesanan korang submit dan HP korang yang dirembat tu akan keluar message yang korang tulis tadi dan jadi auto lock device
PENTING !! Jangan tulis pesanan panjang-panjang sebab dekat HP yang dicuri tu hanya sampai sekerat je message. Cukup sekadar tulis "TOLONG BAGI BALIK HP AKU KALAU XNAK KEBALAI. AKU NI HACKER"Satu lagi pesanan, kalau korang masukkan HP number kat kotak Phone Number tu, pastikan masukkan kod negara malaysia +6. CTH: +601198765432
7. Ni contoh paparan yang keluar kat HP korang yang dicuri tu. Nampak tak pesanan ayat kat situ, tergantung kan ?? Aku tulis ayat macam ni, "Tolong Kembalikan HP saya.. saya takkan report polis kalau HP ni saya dapat balik dalam masa terdekat."Nampak tak !! Aku tulis punya panjang, tapi tu je yang keluar kt HP satu lagi
8. Last step, Kalau HP korang tak dipulangkan jugak atau tiada call dari mana-mana orang mengenai HP korang tu, korang wajib Erase Device supaya fail-file peribadi dan gambar privasi korang tu dihapuskan dan tak jatuh ke tangan yang salah
Tapi lepas korang Erase Device tu, HP korang tu akan jadi macam baru beli seolah-olah baru keluar dari kotak HP a.k.a masih dara atau kosong. So lepas dah Erase Device, korang dah tak boleh nak jejak lokasi HP korang tu dah. Tapi takpela kan, at least Fail Privasi korang tiada siapa yang tahu
Demikian pembelajaran kita untuk kali ini. Aku rasa benda ni memang wajib korang ambil tahu sebab ianya sangat penting untuk korang dan ahli keluarga korang. Jadi sebarkan tutorial ini kat kawan-kawan korang ye supaya tiada siapa lagi yang jadi mangsa siber buli. Assalamualaikum.
#TraceHandphone #JejakHandphone #SmartphoneHilang #EraseData #CariHPHilang #JejakLokasiPhone #TracePhone #PadamDataPhone #HandphoneDicuri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hackersmode.blogspot.com/2021/03/cara-trace-jejak-handphone-hilang-atau.html