Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Kalau perasan dekat Instagram sekarang aku tengah bertatih nak susun Instagram feed supaya cantik dan kemas serta paling penting aku tengok tak pening. Aku dalam proses nak susun dan tambah baik mana yang perlu. Nampak cantik di mata aku pun dah cukup bagus.
Ada yang tanya kenapa eh nak susun bagi cantik? Penting ke? Bagi aku sendiri sebenarnya terpulang pada diri masing-masing. Oleh sebab Instagram menjadi salah satu platform aku mencari rezeki secara tak sengaja jadi bila client minat promote produk mereka di Instagram, aku rasa tak wajar aku buat secara sambil lewa. Tak adil la pula. Itu pendapat aku okeh. Aku cakap pasal diri aku ni ya.
Jujurnya dulu aku tak ambil kisah juga, asalkan kualiti gambar dan caption posting aku lulus di mata client dan mata aku sendiri aku post saja. Tapi lama-lama aku jadi macam bosan. Salah satu hikmah PKP aku dapat sit down dan samak Instagram feed aku. Tahu kan, media sosial macam Instagram dan Facebook boleh jadi lubuk pahala kita.
Untuk susun Instagram feed aku banyak rujuk influencer cantik molek Fara Dafri sebab dia kongsi banyak tip dan juga aplikasi berguna untuk Instagram. Tak terhad kepada feed malah juga Insta story ya. Ada nasihat-nasihat dan aplikasi yang memang aku sedang dan pernah guna tapi aku tak fully utilize. Jadi bila Fa highlight semula baru lah tergerak hati nak explore lebih tool yang ada dalam aplikasi tu.
Selain Fa aku banyak rujuk Instagram influencer lain macam saudari atiehilmi, zhr dan ramai lagi. Mana yang cantik aku buat rujukan dan aku cuba follow.
Cabaran Susun Instagram
Jujurnya sebelum ni aku dah pernah cuba susun feed IG aku tapi akhirnya menemui jalan buntu. Gitu sangat buntu. Banyak hoi cabaran-cabaran dalam nak hias dan susun supaya kelihatan kemas sekurang-kurangnya.
Tak study dan tak buat persediaan.Tak faham niche sendiri. Tak cukup masa. Malas. Tiada ilmu. Tiada minat. Tiada idea.
Cabaran terbesar aku ialah malas dan tak cukup masa serta keliru dengan niche sendiri. Tepuk bahu sendiri dan sebut syabas sebab mengaku.
Langkah-langkah Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
Apa yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan minat aku. Semestinya kalau korang tak berkenan abaikan sahaja langkah-langkah yang bakal aku kongsikan. To be honest followers aku tidak la sampai 10K jadi alang-alang tu marilah sokong dan follow aku di Instagram www. Mana tahu bangun pagi terus ada 10K followers.
Apa yang aku cuba sampaikan, bukan kuantiti follower yang kita bincangkan tapi sejauh mana kualiti konten yang boleh kita kongsikan dengan orang lain. Pahala tu. Tapi kan korang aku selalu terfikir, ayat dalam movie Spiderman “Kuasa yang hebat datang dengan tanggungjawab yang besar” Terus aku insaf.
#1 Kenal Pasti Niche
Untuk jadikan korang mudah nak susun feed Instagram dari segi konten maka amat penting untuk tahu niche masing-masing. Ada orang suka post tentang makanan, apa dia masak dan makan jadi semua posting berkaitan antara satu sama lain. Barulah wujud penceritaan dekat feed, maka nampak cantik di situ.
#2 Pilih Tema
Bagi aku sendiri tema paling mudah nak ikut adalah tema warna. Pilih satu warna kesukaan dan kekalkan warna pilihan dalam setiap post. Jadi kalau korang edit macamana design sekalipun, feed masih nampak seragam dan kemas.
#3 Rancang Instagram Feed
Macam aku tekankan dekat atas cabaran untuk susun feed adalah sifat malas dan juga tak cukup masa. Ya aku faham itu adalah alasan paling bagus aku beri untuk diri sendiri. Lol. Korang wajib rancang apa yang korang nak post. Baca la mana-mana tip pun, merancang adalah langkah kritikal yang korang kena ambil peduli. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Wow.
Aku guna aplikasi Preview untuk susun dan rancang feed IG sebelum aku post. Atleast boleh la try & error sebelum aku post. Banyak lagi aplikasi lain boleh korang explore macam Later. Sila study okeh
#4 Rajin, Kreatif dan Tuntut Ilmu
Oleh sebab Instagram ni sangat la laju dan selalu berubah-ubah, maka hendaklah korang cakap dekat diri sendirialert dan tambah ilmu dari masa ke semasa. Cari circle yang suka sharing dan edit Instagram selain daripada baca dan ambil tip dari Pinterest.
#5 Jangan Putus Asa
Pesanan ini lebih kepada diri sendiri sebab aku selalu sangat putus asa dan cepat down. Benda baik dan bawa manfaat terutama kepada diri sendiri memang banyak halangan dia
Apa yang dapat aku kongsikan, selepas aku mula rancang dan susun Instagram Feed aku jadi kemas dan cantik aku jadi lebih sayang diri aku. Paling penting aku semakin kenal diri sendiri.
Aku offkan segala kata-kata negatif yang selalu berkumandang di telinga dan aku tukar jadi benda positif.Aku juga dalam proses belajar dan tak malu mengaku banyak sangat lagi kelemahan aku kena atasi. Aku selalu pesan dekat diri, sekurang-kurangnya kalau aku pergi atleast apa aku tinggalkan tu sedap mata memandang dan yang baik-baik sahaja
Jadi selamat susun feed menjadi cantik. Siapa yang belum berkawan dengan aku dekat Instagram marilah kita jadi kawan. Boleh cari username nama @rodiahamir okeh. Jumpa lagi di lain entri. Babai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2020/05/cara-susun-instagram-feed-supaya-cantik.html