Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul


Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul ||  Solat Jamak Dan Qasar merupakan Salah satu keringanan yang diberikan Allah S.W.T dalam amalan kehidupan seharian kita agar tetap menunaikan solat Fardhu walau di mana pun kita berada Dan ini juga memudahkan kita. Sebagai contoh, menggabungkan solat Zuhur pada waktu Asar, Maka kita tak perlu rushing untuk menunaikan solat Zuhur pada waktu Zuhur. Namun begitu, terdapat syarat Dan cara solat Jamak Dan Qasar yang betul serta lengkap. Tidak boleh dibuat sesuka hati, ada caranya.
Maksud Solat JamakSolat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat zohor dengan asar atau sebaliknya. Solat ini terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir. 
Maksud Solat QasarSolat qasar pula bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat zohor, asar dan isyak sahaja yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat Jangan dipendekkan solat Maghrib yer.. 😅

Gambar via GoogleSebab Sebab yang dibolehkan Solat Jamak Qasar Mengikut Mazhab Syafie1. Ittifaq
Ertinya pelaksanaan haji. Dibenarkan jamak sewaktu menunaikan haji di Arafah dan Muzdalifah.
2. Musafir (Mengikut had jarak yang dibenarkan)
3. Ketika Hujan Terlalu Lebat
Hujan lebat macam mana? Hujan lebat yang teramat sehingga menyukarkan pergerakan tersangat sangat. Tapi hanya dibenarkan solat jamak takdim dan di masjid sahaja.
4. Keuzuran
Bukan bererti datang haid. Tapi keadaan seperti doktor yang sedang mengoperate pesakit dan operation time tu memakan masa yang agak lama sampai melewati waktu solat, itu dibenarkan.
Ada lagi satu tapi itu menurut pandangan Imam Nawawi.
Sumber Info: Facebook 
Syarat-Syarat Musafir Yang Dibolehkan Solat Jamak Dan Qasar ⏩ Destinasi yang dituju atau jarak perjalanan ke destinasi adalah melebihi ukuran dua marhalah. TERKINI : Fatwa terkini Negeri Johor berkenaan ukuran dua marhalah ialah : 81 km 
(al-Bujairimi 90km)
⏩ Mengetahui destinasi yang dituju bertujuan untuk perkara yang baik baik seperti menziarahi saudara mara, melawat orang sakit, dan bukan untuk tujuan maksiat
Syarat-Syarat Solat Qasar
⏩ Seharusnya melepasi sempadan kawasan tempat tinggal sehingga 2 Marhalah.
⏩ Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
⏩ Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
⏩ Berniat qasar ketika takbiratulihram
⏩ Tidak berniat atau merancang untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik).
 ✅ Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah tiga hari, tiga malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Sekiranya berniat untuk tinggal di satu tempat Selama empat hari berturut turut atau lebih, Maka tidak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim.
✅ Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, boleh jika tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya
Jenis Solat Jamak 
1. Solat jamak taqdim 
2. Solat jamak jamak takhir



Maksud Jamak TakdimMenghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Solat Fardhu Zuhur dan Maghrib)
Maksud Jamak TakhirMenghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Solat Fardhu Asar dan Isyak)
Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Pertama (Waktu Zuhur) - Jamak Takdim✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu pertama. 
✅ Memendekkan solat Zuhur Dan Asar daripada empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja kerana telah berniat Qasar.
1. Membaca niat.
🌟 Niat Solat Jamak Takdim Dan Qasar pada Waktu Zuhur (Gabung Zuhur dan Asar)
Niat pada dua rakaat pertama: 
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.
2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.
3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk dua lagi rakaat seterusnya. Niat pada dua rakaat seterusnya:
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.
Note: Dalam niat solat ni, dahulukan menyebut perkataan solat Zuhur terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Asar.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Pertama (Waktu Maghrib) - Jamak Takdim✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu pertama ( Lafaz niat haruslah menyebut solat Maghrib dahulu, baru Isyak)
❌ Tidak boleh memendekkan tiga rakaat solat Maghrib 
✅ Memendekkan Isyak empat rakaat kepada Dua rakaat.
✅ Dalam niat solat pertama (sewaktu Maghrib dihimpunkam Isyak), hanya ada perkataan Jamak Takdim tiada perkataan Qasar kerana Maghrib tetap tiga rakaat (Tidak dipendekkan)
✅ Sewaktu berniat untuk solat gabungan Isyak Dan Maghrib, barulah ada sebutan perkataan Jamak Takdim Dan Qasar. 
1. Membaca niat.
🌟 Niat Solat Jamak Takdim Dan Qasar pada Waktu Maghrib (Gabung Maghrib Dan Isyak)
Niat pada tiga rakaat pertama:
Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.
2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.
3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk dua lagi rakaat seterusnya. Niat pada dua rakaat seterusnya:
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.
Nota: Dalam niat solat, perkataan solat Maghrib disebut terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Isyak pada rakaat pertama.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Kedua (Waktu Asar) - Jamak Takhir✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu kedua. 
✅ Memendekkan solat Zuhur Dan Asar daripada empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja kerana telah berlafaz niat bersama solat Qasar.
1. Membaca Niat
🌟 Niat Solat Jamak Takhir Dan Qasar pada Waktu Asar (Gabung Zuhur Dan Asar)
Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah SWT


2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.
3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk Dua lagi rakaat solat Zuhur seterusnya. 
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Nota: Dalam niat solat, dahulukan menyebut perkataan solat Asar terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Zuhur pada rakaat pertama.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Kedua (Waktu Isyak) - Jamak Takhir✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu kedua ( Lafaz niat menyebut solat Isya' terlebih dahulu, baru disusuli Maghrib)
❌ Tidak boleh memendekkan tiga rakaat solat Maghrib 
✅ Memendekkan Isyak empat rakaat kepada Dua rakaat.
✅ Sewaktu berniat mendirikan solat Maghrib bersama Isyak, hanya ada perkataan Jamak Takhir tiada perkataan Qasar kerana Maghrib tetap tiga rakaat (Tidak dipendekkan) tapi sewaktu solat Isyak dihimpunkan bersama Maghrib, perkataan Qasar digunakan.
1. Membaca Niat
🌟 Niat pada dua rakaat yang pertama:
Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.
2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.
3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk tiga lagi rakaat seterusnya. Niat pada tiga rakaat seterusnya:
Sahaja aku solat fardhu Maghrib dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.
Nota: Dalam niat solat, perkataan solat Isyak disebut terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Maghrib pada rakaat pertama.
LEBIH AFDHAL⏩ Sewaktu menghimpunkan solat Zohor dan Asar, dirikan solat jamak dalam waktu Zuhur. Ia lebih elok untuk melakukan solat pada waktu pertama dahulu (Zohor atau Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar atau Isya’). Selepas salam solat pertama, sunat melafazkan iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua pula. 
⏩ Tidak menjarakkan antara rakaat dengan rakaat selepas memberi Salam. Contoh: Selesai menunaikan Dua rakaat Solat jamak Takdim Zuhur Dan Asar, kemudian terus berdiri menunaikan Jamak Asar Dan Zuhur. Begitulah.


Hikmah Mengamalkan Cara Solat Jamak Dan Qasar yang Betul1. Agar sah solat yang didirikan
2. Mendapat kebaikan Dan pahala tidak meninggalkan solat Fardhu
3. Menjadi lebih yakin untuk berkongsi ilmu mengenainya.
4. Menikmati keringanan dalam amalan wajib
5. Sentiasa merasai kewujudan Dan kebesaranNya.
KesimpulanKita perlu mengetahui Dan memahami cara Solat Jamak Dan Qasar yang betul agar memudahkan kehidupan kita kelak. Boleh jadi berdosa jika melakukan solat Qasar Dan Jamak secara suka hati tanpa tujuan yang dibenarkan. Semoga perkongsian kalini bermanfaat. Yang mana tidak pernah melaksanakan solat jamak Dan Qasar, bolehlah mencubanya atau jika ada yang rasa rasanya macam tersalah step selama ni, boleh ler diperbaiki ya! Selamat Menjamakkan Dan Mengqasarkan Solat!



SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2023/08/cara-solat-jamak-dan-qasar-yang-betul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 297 hits
Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak Dengan Betul Setiap pagi bila rasa nak makan telur setengah masak mesti buat atau bila ke kedai mamak mesti order telur setengah masak Sedapnya bila dapat telur setengah masak yang putihnya masak lembut ...
Cara Solat Jenazah Lelaki

Cara Solat Jenazah Lelaki

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 421 hits
Cara Solat Jenazah Lelaki Kematian itu pasti Semua tarikh Dan waktu kematian telah ditentukan Ada yang meninggal awal sejak dari perut sewaktu menjadi bayi kanak kanak Dan sebagainya Takut bila sebut pasal kematian kerana kita belum cukup b...
Azan Cara Lafaz Azan Dengan Betul Dan Fadhilatnya

Azan Cara Lafaz Azan Dengan Betul Dan Fadhilatnya

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 405 hits
Azan adalah panggilan sembahyang dalam agama Islam Ia merupakan seruan yang dilakukan oleh seorang muazin dari atas menara masjid atau tempat sembahyang Azan dilakukan untuk mengumumkan waktu sembahyang kepada umat Muslim sebagai tanda untu...
Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 386 hits
Tunggang agama level apa ni Sekarang ni ada satu pendedahan tentang operasi sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan Syarikat ini bagaimanapun telah menerima kecaman ramai kerana dituduh cuba menunggang agama Si...
Ini Cara Betul Masuk Gear Kereta Auto Waktu Parking Ramai Tersalah Buat

Ini Cara Betul Masuk Gear Kereta Auto Waktu Parking Ramai Tersalah Buat

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 446 hits
Ini cara betul masuk gear kereta auto waktu parking ramai tersalah buat Pandu kereta automatik memang senang tak perlu tukar gear tekan klac ketika memandu Tapi masalahnya walaupun senang tetap ramai yang melakukan kesalahan dengan gear sew...
Panduan Lengkap Solat Hajat Serta Baca Cara Solat Hajat Khusus Rezeki

Panduan Lengkap Solat Hajat Serta Baca Cara Solat Hajat Khusus Rezeki

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 332 hits
Solat Hajat merupakan suatu ibadah sunnah dalam agama Islam yang dilakukan dengan tujuan memohon bantuan petunjuk atau perlindungan khusus dari Allah dalam menghadapi situasi sulit atau penting dalam kehidupan Ibadah ini dilakukan dengan ni...
Cara Mengurangkan Principal Loan Rumah

Cara Mengurangkan Principal Loan Rumah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 283 hits
CARA PENGURANGAN PRINCIPAL LOAN RUMAH TERIMA KASIH MYRA MIYAKI EX STAFF CIMB BANK BHGN MORTAGE Ok sy cuba terangkan yaaa Kita masih gunakan contoh monthly installment RM1000 1 Monthly Loan Installment Bayaran bulan yang kita perlu bayar set...
Ramai Tak Tahu Cara Keluarkan Duit Di Mesin Atm Tapi Tak Guna Kad

Ramai Tak Tahu Cara Keluarkan Duit Di Mesin Atm Tapi Tak Guna Kad

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 193 hits
Ramai tak tahu cara keluarkan duit di mesin ATM tapi tak guna kad Biasa tak kadang kadang kalau kita kalut nak keluar rumah tak pasal pasal tertinggal bawa beg duit atau wallet Bila di pertengahan jalan dalam kereta baru perasan tengok teng...
4 Cara Translate Dokumen Pdf Ke Bahasa Indonesia Dengan Mudah

4 Cara Translate Dokumen Pdf Ke Bahasa Indonesia Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 400 hits
Selamat Datang di Blog Orang IT Bagi para blogger yang haus akan ilmu pengetahuan mungkin lebih suka mencari referensi bacaan ebook dari negara asing ketimbang negara sendiri Soalnya untuk ebook lokal seputar blogging kebanyakan isinya seke...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah